seni mendengar

Apa pulak seni mendengar ni?, Jika anda tak dilahirkan cacat, sudah tentu ada keupayaan untuk mendengar. Ertinya semua daripada kita yang tak pekak berupaya mendengar. Tak ada pulak dalam sukatan mata pelajaran disekolah dimasukkan bab seni mendengar.

Kita semua merasakan bahawa sudah pandai mendengar. Lagipun tak perlu berlatih untuk berupaya mendengar sejak dilahirkan. Jika ada bunyi, maka telinga akan menangkap bunyi tersebut dan mendengarlah kita.

Tetapi sebenarnya bukan semua orang tahu mendengar. Hanya mereka yang ada kefahaman terhadap seni mendengar sahaja yang mampu mendengar dengan baik.

Jika anda mahu merebut apa-apa saja peluang dalam perniagaan, seni mendengar perlu ada kerana ia banyak membantu kejayaan sesebuah perniagaan dan membantu kejayaan seseorang usahawan.

Usahawan memerlukan seni mendengar ketika berada bersama mereka yang berikut di bawah:

  1. Ketika bersama-sama dengan kawan – Mereka adalah sumber maklumat ikhlas yang tidak berkepentingan terhadap perniagaan kita. Mendengar pendapat, teguran, cadangan atau luahan kemarahan daripada kawan-kawan adalah satu amalan yang banyak menyelamatkan kehidupan dan juga perniagaan seorang usahawan.
  2. Ketika bersama dengan pelanggan – Tanpa mereka siapalah usahawan. Usahawan yang mendengar pelanggannya berupaya memberikan tawaran yang dapat memenuhi keperluan pelanggannya. Sebaliknya usahawan yang tidak mendengar pelanggannya akan syok sendiri dan memaksa orang memilih tawaran yang merupakan kesukaan usahawan itu sendiri dan bukannya apa yang pelanggan mahukan.
  3. Ketika bersama dengan keluarga – Usahawan merasakan mereka mendengar keluarga seperti anak, isteri, ibubapa, abang adik dan seumpamanya, tapi biasanya mereka tidak pernah mendengar. Setiap kata keluarga dipotong cakap. Belum sempat anak-anak menghabiskan ayat, jawapan sudah dibalas. Mendengar apa yang diperkatakan oleh keluarga samada bersuara atau tidak bersuara amat penting untuk kejayaan usahawan. Untuk apa harta bertimbun jika bukan untuk kemudahan keluarga?
  4. Ketika bersama dengan pekerja – Pekerja mungkin tak suka berterus terang pada boss yang tak kasi peluang orang lain cakap. Mendengar apa yang diperkatakan oleh pekerja cukup penting kerana merekalah angkatan yang berada di barisan hadapan perniagaan anda. Mereka ada banyak maklumat dan kebiasannya lebih tahu daripada anda.
  5. Ketika bersama dengan rakan kongsi – Rakan kongsi dengan keluarga sama saja. Jika keluarga ialah orang paling rapat dalam kehidupan kita. Rakan kongsi pula ialah orang paling rapat dalam perniagaan kita. Mendengar apa kata mereka penting untuk mengelakkan syak wasangka dan membina kepercayaan sesama rakan kongsi.

Anda mungkin rasa telah mendengar apa yang diperkatakan oleh kesemua mereka yang disenaraikan di atas. Tapi percayalah bahwa selama ini kebiasaannya anda hanya mendengar bunyi yang keluar dari mulut mereka.

Kebiasaannya, tidak ada aktiviti mendengar secara yang sepatutnya berlaku. Bagai mana nak tahu samada anda mendengar atau tidak? Perhatikan samada anda berlaku perkara berikut setiap kali anda mendengar:

  1. Potong cakap orang separuh jalan – Setiap kali orang bercakap, anda bukannya mendengar apa yang diperkatakannya kerana perasaan hebat yang ada membuatkan anda sudah jangkakan apa yang orang itu nak kata. Sebaliknya diwaktu orang sedang penat bercakap, anda pula sedang merangka apa yang anda nak kata dalam kepala. Bila tak sabar, anda potong cakap orang separuh jalan. Itu bukanlah mendengar apa orang cakap, tetapi hanya dengar bunyi suara.
  2. Tak sabar nak balas – Jiwa anda resah setiap kali mendengar apa yang orang lain sedang beritahu. Fikiran ternanti-nanti bila agaknya dia nak berhenti cakap. Akhirnya anda akan buat perkara no 1 di atas. Terus potong cakapnya.
  3. Tidak tuunggu 5 ke 10 saat sebelum membalas – Sebaik saja orang tutup mulut anda terus jawab dengan tergesa-gesa. Maknanya ketika dia bercakap tadi anda sibuk susun jawapan dalam kepala dan bukannya cuba memahami apa yang diperkatakannya.
  4. Tidak memandang mata orang yang sedang bercakap – Berapa kali ketika kawan bercakap mata anda mengekori punggung seorang gadis manja yang lalu di depan anda?. Atau jika anda perempuan mungkin mata anda sibuk mengekori jejaka tampan yang lalu di situ.

Tidak ada pemahaman yang betul jika kita tidak sanggup mendengar. Tidak ada pemahaman jika kita rasa sudah tahu apa saja yang orang lain nak cuba sampaikan.

Elakkan kesemua 4 perkara yang disebutkan di atas, insyaallah anda akan mula mendengar. Bila anda sanggup mendengar orang lain pula akan mula sanggup mendengar apa yang anda nak kata dan begitulah berbagai peluang tercipta. Itulah seni mendengar. (Sumber gambar)

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. Terbaik entry dan perkongsian ni. Agak tergamam juga bila memikirkan bagaimana sikap diri saya sendiri ketika berhadapan dengan orang-orang sekeliling dan juga ahli keluarga. Tidak dinafikan juga, kadang-kadang saya terlupa untuk menghargai orang yang cuba menyampaikan sesuatu maklumat kepada saya. Apapun, saya tidak pernah lupa untuk berusaha menjadi pendengar yang baik kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dan kerana itulah ramai rakan-rakan mahupun orang luar senang untuk berkongsi masalah dengan saya. Terima kasih yer. Entry ni menjadi satu guideline dalam diri saya sendiri.
    mohdridzwan recently posted…Segmen Aku Tanya Dia JawabMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge