Cara buat perniagaan meningkatPerkara penting untuk perniagaan maju bukanlah banyak terletak dalam apa yang anda tahu. Banyak rahsia perniagaan maju terkandung dalam apa yang anda tidak tahu.

Oleh itu apa yang anda tahu sebenarnya tidaklah sepenting apa yang anda tidak tahu.

Untuk mencari jawapan kepada apa yang anda tidak tahu, perlu sentiasa bertanya soalan-soalan yang penting yang mampu membuatkan perniagaan maju ke depan lebih baik daripada apa yang sedang dikecapi.

Setiap usahawan yang berhenti bertanya bakal berhadapan dengan perniagaan yang merosot. Tidak ada orang yang akan belajar jika tidak melazimkan dirinya bertanya soalan.

Tidak semestinya soalan ditanya pada orang lain. Kita boleh mula bertanyakan soalan pada diri sendiri. Untuk itu mari kita lihat apakah soalan-soalan penting yang perlu ditanya oleh seorang usahawan.

Soalan utama untuk perniagaan maju

Sudah tentu soalan pertama yang setiap usahawan perlu bertanya dan sentiasa bertanya adalah ” bagaimana nak majukan perniagaan yang sedang dijalankannya sekarang?”

Kemudiannya, soalan tersebut perlu diiringi dengan sedikit tambahan agar kita dapat menjadi usahawan hidup ringkas yang buat apa yang diperlukan sahaja dan meninggalkan semua yang lain yang tidak perlu.

Mungkin soalan ini anda perlu jadikan tabiat agar perniagaan maju cara usahawan hidup ringkas:

” Apa lagi yang saya boleh lakukan untuk membolehkan hasil perniagaan berganda dengan kerja yang lebih ringkas?”

Soalan di atas kedengaran seperti seorang yang nak cepat senang. Tapi hakikatnya tidak begitu. Banyak kajian demi kajian membuktikan bahawa hasil yang banyak biasanya disumbang oleh usaha yang sedikit.

Cuba lihat cara anda bekerja sekarang. Dalam 8 jam masa yang diperuntukkan untuk anda menjalankan perniagaan berapa jumlah masa yang benar-benar mendatangkan hasil yang banyak.

Jika kita ambil rumusan daripada Teori Pareto, biasanya hanya 20% sahaja daripada usaha yang menghasilkan sebanyak 80% daripada keputusan yang dikehendaki.

Perkara yang sama berlaku dengan lebih ketara kepada mereka yang makan gaji. Dalam keseluruhan waktu yang diperuntukkan padanya buat menjalankan tugas, hanya sedikit sahaja benar-benar mendatangkan hasil yang banyak. Kebanyakan daripada masa lebih terarah kepada perkara yang tak perlu seperti gossip, mengeluh, mengata, melepak, minum dan mengantuk.

Kenal pasti aktiviti sedikit yang buat perniagaan maju

Bila kita sedar bahawa ada aktiviti sedikit yang kita lakukan mendatangkan hasil yang banyak, maka tugas pertanyaan seterusnya adalah bertanya, ” apakah aktiviti sedikit tersebut?”

Cuba senaraikan semua rutin harian kita satu persatu dan cuba analisa hasil daripada setiap aktiviti. Jika dibuat analisa secara jujur, kita pasti akan terkejut betapa kebanyak daripada aktiviti harian kita tidak membawa apa-apa hasil melainkan lagha.

Kita juga akan terkejut apabila mendapati hanya sedikit sahaja dari aktiviti yang dilakukan memberikan impak yang besar terhadap hasil yang kita kejar. Malangnya kita sentiasa menghadapi masalah untuk berdisiplin meninggalkan aktiviti yang tak mendatangkan hasil itu.

Gandakan aktiviti sedikit tersebut untuk perniagaan lebih maju

Setelah dikenal pasti apakah aktiviti yang berharga dan tidak berharga. Seterusnya kita hanya perlu gandakan lagi yang berharga dan mula cari pendekatan untuk kurangkan yang tidak berharga.

Untuk para usahawan, sebenarnya jika kita benar-benar tahu apakah aktiviti yang sedikit tetapi besar impaknya itu, masa selainnya yang tak memberikan hasil besar boleh dihentikan dan gunakan untuk aktiviti bersama keluarga atau masyarakat.

Selepas ini, kita cuba pula melihat bagaimana pendekatan pertanyaan soalan ini boleh diguna pakai untuk mencari produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan kepada pelanggan pula. Pendekatan yang sama terhadap produk atau khidmat itu bakal membuatkan tawaran kita lebih hebat dan berorientasikan pelanggan dan seterusnya bakal membuatkan perniagaan maju setapak lagi.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge