Sand Castle And Red Bucket On BeachIni lanjutan dari artikel yang lalu berkenaan bagaimana nak pilih rakan kongsi.

Saya tunggu untuk mendapatkan komen atau perkongsian daripada para pembaca yang ada pengalaman negatif terhadap masalah rakan kongsi.

Ataupun pengalaman positif dengan adanya rakan kongsi dalam melayari dunia perniagaan…

Tapi nampaknya tak ada yang sudi kongsikan pengalaman masing-masing di ruang komen pada artikel yang lalu.

Mungkin tak ada pengalaman atau mungkin tak sudi nak kongsi ilmu dengan orang lain, jadi tak ada sedikit input dalam bab pengalaman dengan rakan kongsi ini dari para pembaca.

Walau apapun sebabnya yang membuatkan anda tak mahu kongsikan ilmu, tak kisahlah, itu adalah hak masing-masing.

Saya tetap akan kongsikan apa saja yang telah dipelajari sejak menjadi usahawan selama ini untuk mereka yang sama-sama mahu menjadi usahawan berjaya.

Saya teruskan penulisan di sini dengan satu lagi artikel berkenaan siapa yang sesuai untuk jadi rakan kongsi  dalam memulakan perniagaan atau dalam usaha untuk kembangkan lagi perniagaan yang telah ada.

Asas sebelum ambil sesiapa jadi rakan kongsi

Asasnya telah saya nyatakan dalam artikel yang lalu.

Kalau boleh biarlah anda dan isteri sahaja yang jadi rakan kongsi dalam perniagaan yang diusahakan.

Itu untuk mereka yang telah berumah tangga. Ia menjadi lebih mudah kerana rakan kongsi dalam perniagaan sama seperti rakan kongsi dalam kehidupan.

Bila anda gabungkan perniagaan sebagai gaya hidup, maka sudah tentu pasangan rumah tangga merupakan orang terbaik untuk jadi rakan kongsi anda.

Jika belum mendirikan rumah tangga, macam mana pulak ?

Kalau belum ada pasangan, elok jika jadikan saudara sebagai rakan kongsi. Samada adik atau abang atau kakak yang bebas dari sebarang ikatan kerja.

Asalkan tak timbul masalah keluarga, dan mereka pula tidak ada sifat kawal segala pergerakan anda, itu adalah pilihan yang baik.

Kenapa orang nak jadi rakan kongsi anda

Kebiasaannya, orang lain nak jadi rakan kongsi anda dalam perniagaan atau idea perniagaan yang mahu dibina adalah bermotifkan keuntungan.

Itu adalah perkara biasa. Siapa yang tak ada cita-cita untuk berniaga dan buat duit untuk jadi kaya raya?

Pergilah tanya siapa saja kat luar sana, terutamanya mereka yang sedang selesa makan gaji. Tanya samada dia berminat untuk jadi rakan kongsi tidak aktif dalam idea perniagaan anda.

Sudah tentu dia mahu.

Tambahan pula jika dia tak perlu berhenti kerja dan biarkan anda terkehel-kehel menjayakan idea perniagaan anda.

Biasanya mereka akan berkata,

” Engkau buatlah dulu, aku back-up dari belakang. Bila dah stabil nanti, aku akan berhenti dan buat full-time…”

Wah ! seronoklah macam tu.

Bila dah senang baru nak ambil bahagian!.

Apa pulak yang akan jadi jika semuanya kecundang ?

Biasanya bila kecundang, andalah, yang berusaha secara sepenuh masa korbankan segala apa yang ada, akan dipersalahkan. Itu lumrah yang sering terjadi dalam ada berkongsi menjalankan perniagaan.

Oleh itu, jangan jadikan orang yang bermotifkan duit sebagai rakan kongsi dan dalam masa yang sama dia masih makan gaji dan tidak ada pengalaman dalam perniagaan secara sepenuh masa.

Orang yang makan gaji,walaupun mereka banyak duit langsung tak memahami ranjau duri perjalanan sebagai seorang usahawan sepenuh masa.

Mereka dah biasa selesa tersusun segala kemudahan yang disediakan oleh majikan. Jadi bila perniagaan yang dia laburkan wang pada anda gagal atau menghadapi masalah, dia tak akan faham. Dia akan kecewa sebab gagal mengaut keuntungan.

Dua faktor penting untuk jadi rakan kongsi

Untuk tidak panjangkan penulisan ini, saya berikan rumusan yang perlu dipertimbangkan sebelum anda pilih seseorang jadi rakan kongsi.

Ada dua faktor penting yang membentuk rakan kongsi. Dua perkara tersebut adalah:

  1. Idea berserta ilmu kemahiran
  2. Kewangan berserta pengalaman

Mungkin ada yang akan berkata, ‘masa’ juga adalah satu faktor penting yang perlu ada bagi usahawan.

Ya! memang betul, usahawan perlu ada masa !.

Dan semua orang telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan masa. Tidak ada seorang manusiapun di dunia ini yang lahir ke atas muka bumi tidak diberikan masa. Kita semua ada masa 24 jam sehari tidak terkecuali.

Fakta penting yang anda mesti faham adalah, masa merupakan anugerah modal yang paling penting semua orang dapat sejak dilahirkan. Terpulang bagaimana kita mahu menggunakannya.

Sebab itu, saya tidak letakkan masa sebagai salah satu faktor penting dalam mempertimbangkan seseorang untuk jadi rakan kongsi.

Jika anda mempunyai kedua-dua faktor yang saya berikan di atas, anda memang tak perlukan sesiapapun untuk jadi rakan kongsi dalam perniagaan yang nak dijalankan.

Dalam keadaan itu, sila layari sendiri bahtera perniagaan anda dengan menggajikan sesiapa yang bagus dalam pasaran untuk melaksanakan segala tugasan yang perlu.

Jadi rakan kongsi

Jika anda ada duit dan ada pengalaman sebagai seorang usahawan yang berjaya, sebab itu anda ada banyak duit, maka anda boleh cari orang lain yang ada idea serta ilmu kemahiran untuk menjayakan idea perniagaannya.

Dan jika anda seorang yang ada idea berserta ilmu kemahiran bagaimana nak menjayakan idea tersebut, cuma tak ada modal kewangan, maka anda boleh cari saya… eh! kenapa saya pulak ?

Sebab saya ada duit dan dalam masa yang sama ada pengalaman menjadi usahawan dan masih berstatus seorang usahawanpun sampai sekarang.

Ok! lawak saja !, saya hanya berikan contoh untuk mudah faham.

Silap orang jadi rakan kongsi

Saya kongsikan satu pengalaman baik yang anda semua boleh belajar jangan sampai ulang kesilapan yang telah saya buat ini.

Salah satu syarikat yang saya tubuhkan suatu masa dahulu menjana duit yang agak lumayan. Saya gunakan kemahiran untuk meyakinkan orang berserta pengalaman dan pengetahuan industri untuk mengambil alih sebuah syarikat yang tidak aktif.

Dengan syarikat itu, saya berjaya mendapatkan kontrak kerja yang lumayan dari jaringan yang saya ada. Semua kerja saya outsource pula kepada seorang lagi jaringan kenalan yang saya percaya.

Hasilnya, saya menjana pendapatan yang amat baik yang jarang-jarang orang susah macam saya boleh lakukan.

Di situ bermulalah satu kesilapan besar yang paling mahal telah saya lakukan.

Nak tahu apa ?

Saya pergi ambil orang yang tak ada idea berserta ilmu kemahiran, dan dia juga tak ada kewangan berserta pengalaman dalam industri yang saya buat. Dia saya masukkan untuk dijadikan rakan kongsi.

Atas dasar apa ?

Atas dasar kesian dan kononnya nak bagi peluang pada orang lain. Ternyata itu satu kesilapan besar buat saya.

Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tapi ia adalah sesuatu yang anda perlu elak dari berlaku dalam perjalanan keusahawanan anda.

Perumpamaannya adalah seperti berkahwin dengan pasangan yang tak sesuai yang tidak saling lengkap melengkapi dan isteri pula tidak anggap suami sebagai kapten kapal. Lambat laun bercerai juga !.

Bayangkan bila bercerai ketika itu !, anak dah ramai, harta sepencarian banyak, memang berbagai masalah timbul. Semuanya terpaksa dimulakan balik dari awal.

Ada banyak lagi pengalaman saya dalam mengambil orang jadi rakan kongsi. Yang saya ceritakan di atas tu adalah satu contoh.

Ada yang saya pilih jadi rakan kongsi dengan cara yang betul dan tidak kurang juga yang jadi rakan kongsi yang mendatangkan pancaroba.

Itu semua adalah asam garam dalam perniagaan.

Adakah saya menyesal ?

Tidak sama sekali !

Jika saya hilang semua yang saya ada, adakah saya akan tinggalkan dunia keusahawanan ?

Insyaallah tidak !, akan saya ulang dan teruskan perjalanan dunia keusahawanan ini sampai pencen.

Total
18
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. 7 kali jalankan perniagaan, walaupun kecil-kecilan tetapi modal ribuan dan perlukan sumbangan idea yg besar. Seperti marketing, design, idea product, dan lain2.. Partner hanya sekadar sleeping partner. Cuma muncul semasa untung sahaja. Dari idea, research, eksperimen product, test product, semua buat seorang. Partner cuma cakap “dah siap nanti bgi aku tengok”. Rasa macam makan gaji pula. Tapi semua yg permulaan hampir keseluruhan modal sendiri. Partner cuma akan labur bila nampak potensi sahaja. 7 kali dah jumpa partner macam tu. Ramai dalam masyarakat kita cuma fikirkan NILAI UNTUNG berbanding LANGKAH DAN USAHA.. Susah mencari partner yg bersungguh-sungguh. Penat letih sama2, untung sama2.. Susah cari..

  2. Saya mempunyai rakan yg bankrup.. dan menggunakan nama isterinya semasa mendaftar didlam syarikat perkongsian.. nama syarikat didaftarkan nama saya dan isterinya.. kami sama2 keluarkan modal dan kerja2 dari segi mngurus syarikat. Setelah beberapa bulan rakan saya besar kepala dlm menguruskan hal ehwal syarikat tanpa merujuk kepada saya dan ingin memecah perkongsian syarikat..pertanyaan saya.. bolehkah saya memecat suaminya dlm syarikat perkongsian diantara saya dan isterinya..kerana isterinya tidak langsung terlibat dlm mengurus syarikat.
    Untuk pengetahuan anda tidak perjanjian perkongsian diantara saya dan rakan kongsi

  3. Pada tahun 2013-2014 kerjaya saya masih katakan sukses dan punya rumah condo yg mewah dan kereta pun kira lumayan juga…bila dah masuk tahun 2015 hingga 2016 ni nasib saya dh tk begitu bagus..mungkin ini nama kan nahas sy la..smpi la skrg sy hutang keliling pinggang rumah pun sdh dijual kereta tk mampu bayar selama 8 bulan…usaha sy ialah sebagai kontraktor swasta (subcond projek perumahan dan bangunan kerajaan juga ada)keadaan sy jadi mcm ni pun gara”terlalu percaya dgn org” dan sy ialah seorg fighter…pokoknya nmpk mcm ada peluang blh lbh cepat jadi org kaya…sy tk terfikir bnyk terus melabur tk kira bidang apa…nahas sy ialah ditipu dgn kawan..dlm tahun 2015 hingga skrg kehidupan sy dah jadi huru hara..isteri dan anak”pun terpksa pindah blk ke kmpng krna wktu ni sy memang tk kuat utk sara keluarga sndr…projek yg terakhir sy dapat jumlah amount ialah 4juta lbh…sbtlnya sepanjang projek ni masa dijlnkan sngt sukses tapi pada suatu hr sy terjmp dan terkenal seorg kawan baru recommand dari kawan sy…masa tu la keadaan kehidupan dh berubah jadi sy hutang keliling pinggang…smpi sy tk mampu dan dh tk da modal nk lanjutkan projek tersebut…dah la tk mampu byr supplier..Gst..pinjaman kawan”dan saudarmara juga ah long…sy dah kerja bidang binaan hmpr 11 tahun…toke” pun sngt menghargai sy selalu pun bagi peluang utk sy krn wktu sy krj memang tk pernah kecewakan toke sy…maka nya sy selalu dpt projek” besar…tapi skrg walaupun cerita bmyk pun dh tk da guna sbb modal utk buat krj pun dh tk ada…apalg supplier pun dh tk kan bagi credit utk ambl barang dh…disini sy harap sngt blh dpt jodoh jadi rakan kongsi sy atau toke”besar blh support sy dari belakang…walaupun apa sj urusan usaha ni sy blh (one man show)Yg penting ada toke”yg sudi support sy dari belakang biar sy blh bangkit lg kerjaya sy…

  4. Masyarakat melayu masih kurang dalam perkongsian.. kongsi pengalaman serta kemahiran takut.. sedangkan ilmu itu harus diajar kepada orang lain baru berakah.

  5. Pendapat saya, nak cari business partner memang memerlukan penilaian yang cukup teliti waima kawan baik sehidup semati atau macam adik beradik sekali pun. Pengalaman sendiri, ada ramai kawan yang boleh dikira kawan rapat yang betul-betul rapat seperti adik beradik dan tak pernah berkira antara satu sama lain. ada masanya berbincang dan berborak mengenai perniagaan dah boleh nampak yang kawan-kawan ni bukanlah seorang yang boleh menjadi business partner yang baik. bukan bermaksud mereka tidak baik. maksudnya, mereka ni memang orang yang paling baik dan sahabat terbaik tetapi untuk buat perniagaan bersama mungkin tidak sesuai. Ketidaksesuaian itu mungkin disebabkan oleh minat, perhatian, perancangan, kehendak, keinginan, cara berfikir, pendapat atau yang seumpamanya terhadap dunia perniagaan tu tidak sama seperti kita. bersahabat dengan mereka seperti keluarga sendiri itu memang tidak dinafikan amat sesuai dan bagus. tetapi dalam perancangan untuk berniaga bersama-sama mereka mungkin tidak. Kerana, ada di kalangan mereka takut berniaga dan lebih gemar makan gaji. Oleh itu, nak carik partner mesti cari orang yang sama minatnya dan memang minat berniaga. itu belum baru bercakap dan berborak ja belum buat business betul-betul.

    Seperti yang tuan shubhi dan pakar-pakar lain kata, berkawan dengan orang dah berjaya lebih memudahkan kita untuk mengenali siapa yang boleh menjadi partner kita dan kita juga akan berjaya. Bagi saya, selagi boleh buat sendiri buat ja itu lebih mudah dan dapat elak pelbagai masalah yang tidak dijangka pada masa hadapan.

    Mohon perbetulkan jika pendapat saya salah kerana saya orang yang masih makan gaji. Tetapi insyallah merancang untuk menceburi dunia perniagaan samada part time or full time dalam masa terdekat ini sekiranya ada rezeki.

  6. terbaik..
    saya pun memang terfikir utk cari rakan perniagaan..tapi saya x tahu mcm mna..bila baca artikel dr tuan baru tahu mcm mna nk cari rakan perniagaan..saya cuma ada pengalaman dan idea dlm perniagaan yg saya lakukan sekarang..cuma x ada modal utk cari syer..nk cari pekerja pun masih x mampu utk bayar gaji..terpaksa la kerja seorang diri buat masa ni..
    Mohd al hakim bin ramin recently posted…Siapa yang sesuai jadi rakan kongsi andaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge