bebalismeSaya kongsikan di sini pendapat En Norizan Bin Sharif, CEO Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) tentang konsep yang dia panggil sebagai Bebalisme.

Menurut beliau, seorang usahawan perlu bersikap bebal atau keras kepala untuk membuktikan bahawa dia betul tanpa perlu mendapatkan anggukan kepala dari orang lain.

Jom baca pendapar beliau dan cuba hadamkan untuk dijadikan penyuntik semangat.

USAHAWAN BEBALISME

Seorang sahabat bertanya adakah idea perniagaan beliau bagus dan akan berjaya. Saya diam. Saya tak mahu menjawab kerana usahawan merupakan seseorang yang mencabar konvensional dan berani mengharungi segala ketidakpastian. Maksudnya, kalau saya jawab “tidak,” dia sepatutnya memulakan bisnes itu dan membuktikan saya salah. Itu usahawan.

Saya pernah sebutkan apabila Jack Ma pengasas Alibaba dan kini orang ke-18 terkaya di dunia, ditolak oleh venture capitalists, dia tidak berhenti. Tuan Haji Ali Hassan, pemilik kumpulan lebih 140 buah rangkaian kedai peralatan sukan pernah ditolak oleh banyak bank, dia tidak berhenti. Apabila kedai sukan beliau diserbu penguatkuasa PBT, Tuan Haji Ali Hassan berjalan terus.

Seseorang yang nak jadi usahawan harus ada sifat bebal dan keras kepala. Elok juga jika kepala batu. Atau, kepala simen. Lagi orang kata tak boleh, lagi dia nak buat. Usahawan seharusnya merupakan non-conformist.

Sekiranya anda ingin sesuatu yang pasti atau hampir pasti, jadilah pegawai bank. Pegawai bank beri pinjaman hanya apabila pasti dapat kutip bayaran. Kalau ada risiko, minta cagaran. Kalau risiko tinggi, minta cagaran lebih banyak atau naikkan kadar faedah (atau keuntungan). Usahawan bukan begitu.

Mark Cuban, pemilik Dallas Maverick dan Magnolia Pictures, pernah kata bisnes ialah dunia yang penuh dengan tidak kepastian. Apa yang pasti ialah apabila usahawan berhutang, mereka kena bayar hutang.

Di sinilah usahawan kena ada sifat bebal atau bebalisme. Cuba tanya usahawan yang berjaya, mereka ada kisah-kisah keras kepala yang menjadikan mereka berjaya. Sekiranya mereka dengar cakap orang, sampai sekarang pun mereka tidak akan ke mana-mana.

Walaupun saya selalu menyebut mengenai pembinaan kapasiti, namun kita usah sertai latihan demi latihan keusahawanan sehingga menjadi training junkie. Sijil penuh di dalam fail, tetapi masih belum memulakan bisnes. Kutip sijil latihan bukan bisnes.

Memulakan bisnes samalah seperti berenang. Walau bagaimana hebat sekali pun kita belajar, selagi kita tak terjun ke dalam kolam, sungai atau laut, selagi itulah kita tidak pandai berenang.

Memang kita perlu ada sedikit kemahiran sebelum berenang. Namun begitu, apabila kita berenang nanti, barulah kita akan kaut kemahiran baru yang kita tidak boleh belajar di atas dataran. Kemahiran-kemahiran ini saya namakan sebagai “survival skills” atau dalam bahasa mudah, kemahiran nak hidup.
Nasihat saya ialah, mulakan bisnes. Mulakanlah apa saja. Dunia keusahawanan ialah dunia harapan dan dunia impian.

Usahawan yang memulakan perniagaan dengan jual 50 bungkus nasi lemak boleh impikan membesar dan sediakan katering kepada syarikat penerbangan antarabangsa. Orang yang jual tudung secara online boleh bermimpi menguasai platform yang mampu bersaing dan boleh buatkan Lazada tak tidur malam. Anak muda yang memulakan bisnes menyewa dua buah kereta boleh berfikiran besar untuk menandingi Uber atau paling tidak, Avis atau Hertz.

Ringkasnya, usahawan kena bebal. Usah cuba dapatkan endorsement orang lain. Biar orang panggil anda usahawan bebalisme. Buatlah apa yang anda percaya akan berjaya. Buatlah sekarang!

Tamat bab bebal

Macam mana ? apakah anda rasa ada punyai sikap bebal seperti yang digambarkan oleh CEO Insken di atas ?

Atau anda ada pandangan lain ?

Total
98
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. Salam..
    SubhanaLLah..
    nak berkongsi antara pengalaman keputusan bebal yang di ambil..walau ada halangan dari keluarga untuk datang merantau..akhirnya hampir 7 tahun di perantauan..dan keluarga akhirnya merestui keputusan bebal itu..
    lagi, keputusan yang bakal di buat juga di kira bebal..nak terjun dalam bidang usahawan..juga pasti akan ada halangan dari keluarga terdekat..insyaAllah..Tawakkal pada Allah..panjatkan doa banyak2..insyaAllah akan ada yang positive di akhirnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge