Sikap keusahawanan rakyat Malaysia yang anda perlu tahu

By | 29/08/2016

dunia usahawanSikap keusahawanan rakyat negara kita amat menarik untuk diketahui oleh mereka yang ada niat nak jadi usahawan. Anda boleh mendapatkan gambarannya dalam laporan terkini yang dikeluarkan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM) baru-baru ini.

GEM merupakan satu badan dunia yang memantau segala perkembangan dunia keusahawanan di seluruh dunia. Mereka membuat kajian di 62 buah negara termasuklah negara kita Malaysia.

Ada banyak institusi pendidikan tinggi dunia yang terlibat dalam usaha ini. Di Malaysia, Universiti yang terlibat adalah University Tun Abdul Razak yang dilancarkan secara rasmi pada 29hb Disember 1998.

Sikap keusahawanan orang Malaysia

Ada dua perkara menarik yang dikaji oleh GEM yang perlu anda tahu:

  • Sikap masyarakat terhadap usahawan – Secara umumnya dalam 62 negara yang dikaji, laporan mendapati bahawa purata 68% daripada orang ramai memandang tinggi pada individu yang bernama usahawan. Negara jiran kita iaitu Filipina dan Indonesia merupakan antara negara yang rakyatnya paling memandang tinggi dan menghormati para usahawan
  • Keyakinan diri menjadi usahawan – Secara umum, 42% daripada masyarakat di 62 buah negara yang dikaji mempunyai keyakinan bahawa mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya. Negara yang rakyatnya paling ramai rasa yakin untuk menjadi usahawan adalah dari negara Afrika iaitu Senegal, Burkina Faso and Botswana. Rakyat dari negara Barbados juga mempunyai keyakinan amat tinggi untuk jadi usahawan.

Daripada rumusan umum untuk keseluruhan 62 negara yang tersebut di atas, mari kita lihat bagaimana kedudukan rakyat di negara kita Malaysia.

Sikap masyarakat terhadap usahawan di Malaysia

Berdasarkan kajian, hanya 51% daripada rakyatnya meletakkan status yang tinggi terhadap para usahawan.

Jadi kalau keluarga anda tidak bersetuju anda berhenti kerja dan berniaga, tidaklah berapa mengejutkan sebab mereka masuk dalam kumpulan hampir separuh rakyat yang tidak pandang tinggi pada para usahawan.

Apa yang lebih teruk daripada di atas, kajian mendapati bahawa hanya 39.3% daripada rakyat Malaysia menganggap bahawa berniagaan bukanlah satu pilihan kerjaya yang baik !.

Sekali lagi anda tak perlu hairan jika ibu bapa atau keluarga serta rakan taulan anda tidak bersetuju jika anda nak jadi usahawan.

Berbanding kesemua negara lain, negara Malaysia menduduki tangga 50 dari 60 buah negara, dari segi persepsi rakyatnya dalam meletakkan status tinggi pada seorang usahawan. Memang antara negara yang teruk nampaknya !.

Sikap masyarakat untuk jadi usahawan

Ini satu penemuan yang amat mengejutkan terhadap sikap rakyat kita untuk menjadi seorang usahawan.

Dalam kesemua 62 negara yang dikaji, negara kita menduduki tangga ke 57 dalam keyakinan diri untuk menjadi seorang usahawan. Ternyata antara negara paling teruk keyakinan rakyatnya untuk jadi seorang usahawan.

Hanya 28% sahaja yang merasakan dia ada melihat peluang untuk terjun berniaga !.

Dan hanya 27.8% sahaja dari kalangan masyarakat kita yang rasa dia mampu atau ada keupayaan untuk jadi seorang usahawan !.

Dalam ayat mudah majoriti besar rakyat kita, penakut, tak yakin pada diri sendiri dan tak mampu nak lihat peluang, termasuklah anda sendiri yang sedang baca artikel ini yang masih jadi pemakan gaji tegar !….

Jangan marah ya !.

Kenapa rakyat Malaysia macam tu ?

Ini persoalan besar yang perlu anda cuba kupas. Saya tak akan kupas perkara ini sebab akan jadi panjang berjela pulak artikel ini nanti.

Sebelum anda buat apa-apa rumusan, anda perlu tahu maklumat yang akan saya nyatakan di bawah ini terlebih dahulu.

Mungkin akan ada yang beranggapan, kerajaan perlu disalahkan yang membuatkan rakyat negara kita jadi macam tu. Jika anda ada kecenderungan untuk buat rumusan tersebut nanti dulu !

Jom kita lihat bagaimana pula galakan persekitaran ekonomi negara kita dalam melahirkan para usahawan di Malaysia.

Fakta yang mengejutkan sebenarnya !. Dari segi mewujudkan suasana kondusif para rakyatnya menjadi usahawan, negara kita menduduki tangga ke 6 terbaik dunia !.

Berikut faktor persekitaran yang menggalakkan anda terjun jadi usahawan di negara kita:

  1. Polisi kerajaan dari segi sokongan dan galakan – kita di tangga ke 10 terbaik dunia (berbanding 62 buah negara)
  2. Polisi kerajaan dari segi cukai dan birokrasi – no 7 terbaik dunia
  3. Program keusahawanan dari kerajaan – no 5 terbaik dunia
  4. Pendedahan kepada dunia keusahawanan dalam sistem pendidikan – no 11 terbaik dunia
  5. Pendidikan keusahawanan selepas sekolah – no 13 terbaik dunia
  6. R&D yang berkaitan – no 5 terbaik dunia
  7. Struktur komersial dan perundangan berkaitan – no 12 terbaik dunia
  8. Pasaran dalaman yang dinamik – no 10 terbaik dunia
  9. Kemudahan masuk pasaran – no 10 terbaik dunia
  10. Infrastruktur fizikal – no 9 terbaik dunia
  11. Norma sosial dan budaya masyarakat – no 8 terbaik dunia
  12. Kemudahan kewangan keusahawanan – no 1 terbaik dunia

Apa yang anda mahukan lagi agaknya ?

Jika anda masih tidak nampak kesemua faktor galakan yang saya berikan kat atas, tak tak tahulah apa lagi yang nak dikatakan. Besar kemungkinan masalah paling besar yang ada adalah dalam diri anda sendiri. Tidak mencabar persepsi yang salah yang tertanam di dalam minda dengan melakukan kajian dan pencarian.

Bagi saya itulah masalah paling besar rakyat Malaysia terutamanya kaum bumiputera. Mereka tidak mencari dan tidak mencabar persepsi salah yang terbeku di dalam otak berkarat mereka sendiri.

Bila bertemu dua atau tiga halangan, itu dijadikan bukti bahawa persepsi mereka benar. Sedangkan masih banyak ruang lain yang belum dilalui dan dicuba.

Sikap malas mencari masyarakat kita

Baru-baru ini saya ada berikan kursus pada para usahawan yang dianjurkan oleh MARA. Seperti biasa hampir kesemua para usahawan mahukan dana atau bantuan dari MARA.

Masalahnya ramai yang anggap untuk mendapatkan dana adalah terlalu sukar. Sedangkan masalahnya bukanlah sukar, tetapi mereka sendiri tidak memenuhi syarat mudah yang ditetapkan oleh MARA.

Saya katakan syarat mudah sebab memang mudahpun… tapi itupun masih tak mampu sediakan. Mereka harapkan MARA akan berikan dana seperti kawan-kawan berikan mereka pinjaman duit. Main bagi saja tanpa soal banyak. Bila masuk bab nak bayar, mereka tutup telefon bimbit dan melarikan diri. Mana boleh macam tu.

Dalam kursus itu, Pengarah MARA negeri sendiri turun secara peribadi dan berikan penerangan dan buka peluang soal jawab. Sebenarnya, pengarah mara negeri sendiri pening kepala kenapa dana banyak yang masih ada tapi para usahawan tak pergi pinjam.

Alasan ramai adalah mereka tak tahu !

Takkanlah nak mara sendiri pergi terhegeh-hegeh cara mereka disegenap kampung dan bawa beg duit. Kalau dah nak jadi usahawan, berusahalah  mencari. Namapun usahawan !.

Oklah, ak perlu saya membebel lagi. Tepuk dada tanya selera. Adakah anda memang seorang pengecut atau seorang yang berani ?

Kalau pengecut, tak boleh nak buat apa-apa. Minum air jampi satu telagapun tak mampu nak ubah jiwa kecil kat dalam diri tu. Tetapi kadang kala saya hairan, bila masuk bab nak pergi perang lawan Zionis bukan main lagi terbakar menyala… ! betul ke tu ?

13 thoughts on “Sikap keusahawanan rakyat Malaysia yang anda perlu tahu

  1. Pingback: 4 pakej pembiayaan perniagaan dari PUNB untuk usahawan

  2. FAUZI

    PERTAMANYA, KENAPA TAK ADA PENDEDAHAN AWAL BUDAYA KEBERANIAN MENCARI….PELUANG SEBAGAI USAHAWAN BERKALIBER BERMULA DARI ASUHAN SEKOLAH RENDAH LAGI? KEDUANYA, NENEK MOYANG KITA AJARKAN “BELAJAR PANDAI-PANDAI BESAR NANTI BOLEH PEGANG JAWATAN TINGGI DAN BERGAJI TINGGI”. MAK BAPAK SUATU KAUM LAIN PULA DALAM MALAYSIA AJARKAN ” BELAJAR PANDAI-PANDAI BESAR NANTI BOLEH JADI TOKEI” 2 PERKARA BERBEZA DARI 2 KAUM BERBEZA.

    Reply
  3. mrhanafi

    persepsi dan mentali kita mesti diubah..buat pelahan-lahan agar sikap dan budaya bisnes berakar umbi dalam masyarakat..

    usaha admin blog hidup ringkas amat saya hargai dan beri perhatian sepenuhnya
    mrhanafi recently posted…Cara Mudah Dapat Duit OnlineMy Profile

    Reply
  4. Ilmu percuma

    Mentality orang kita dari kecil…bila tya bila besar nk jd apa?semuanya mkn gaji…mana ada yg jawab buusinessman?

    Reply
  5. Ubat Kuat Lelaki Gambir Emas

    Terima kasih atas perkongsian fakta tuan. Rata-rata ramai yang ingin menjadi kaya tetapi tidak tahu caranya.Siapa yang x nak duit kan? Mungkin perkongsian ini boleh menjadi satu ‘wake up call’ supaya kita tidak berada di takuk lama. Dalam al-quran pun ada kata, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka “. Selamat berjaya

    Reply
  6. Mohd Azrai Sujana

    Bismillah usahawan. Pikiran positive menghasilkan hasil positive. Amin.

    TUKAR JAWAPAN

    ●Asal: Aku takde duit nak berniaga

    Ubah: Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga

    ●Asal : Aku mana ada bakat berniaga

    Ubah : Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga

    ●Asal : Keluarga aku mana ada berniaga

    Ubah : Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga

    ●Asal : Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk

    Ubah : Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa

    ●Asal : Aku takut gagal, tak laku dan malu

    Ubah : Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je

    ●Asal : Aku takut sombong bila kaya

    Ubah : Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan

    ●Asal :Aku banyak hutang

    Ubah : Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat

    ●Asal : Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde

    Ubah : Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga

    ●Asal: Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua,tiga atau empat

    Ubah : Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes

    ●Asal : Bila masa sesuai untuk berniaga?

    Ubah : Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok

    In Shaa ALLAH. Aamin. #He2kopisatu!

    Ps : Bukan tak boleh tetapi tak mahu.

    Reply
    1. Izham

      Setuju dengan kupasan terperinci daripada Tuan. Tapi mengikut kajian pakar perunding ekonomi Shamsuddin Kadir, salah satu faktor besar kegagalan sesebuah perniagaan jika sekiranya seseorang itu menceburi bidang perniagaan dengan niat untuk bayar hutang. Juga, jika niat untuk jadi kaya semata-mata.

      Reply
  7. kern

    Pendapat saya kenapa fakta peratusan yg dinyatakan dalam artikel terbaru tuan shubhi ini terdapat jurang yang ketara diantara persepsi masyarakat kepada bidang usahawan dan prasarana yang disediakan kerajaan kepada bakal usahawan.

    Ini kerana terdapat sikap yg menebal yang sudah menjadi tabiat iaitu mengharapkan tongkat dari pihak kerajaañ bagi menjalankan perniagaan.

    X salah dapatkan bantuan, tapi terlalu sangat pun x elok juga..

    Satu lagi penyakit sikap kebanyakan usahawan di Malaysia ini terutamanya usahawan melayu SME adalah x berani mencipta produk baru, contoh,kalau citer bab makanan kuih berapa puluh malah beratus nak berlumba buat kuih yg sama.. kelainan pada kandungan saje..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge