Siri cara jadi kaya

By | 05/09/2013

fk180X60 Siri cara jadi kaya

Sebelum ini saya ada mulakan penulisan siri kaya yang merupakan panduan cara jadi kaya bagi mereka yang ada cita-cita melunaskan tuntutan fardu kifayah untuk umat Islam di negara kita.

Berikut saya lampirkan kesemua siri yang telah berjaya ditulis sebagai panduan untuk diri saya sendiri bagi menyambung siri-siri yang selanjutnya.

Juga buat mereka yang berminat mendapatkan sedikit panduan serta pedoman bagi merealisasikannya:

  1. Siri kaya #1: Mula dari bawah
  2. Siri kaya #2: Pupuk otak niaga
  3. Siri kaya #3: Ringan tulang, jangan curi tulang
  4. Siri kaya #4: Bezakan antara pelanduk dengan jerat
  5. Siri kaya #5: Selesaikan hutang, jangan lari
  6. Siri kaya #6: Buat!, jangan tak buat!
  7. Siri kaya #7: Buat perancangan bayar hutang
  8. Siri kaya #8: Istiqamah dan disiplin

Rujukan panduan cara jadi kaya

fk250x250 Siri cara jadi kayaTentu ada yang berminat untuk tahu dari mana saya mendapat ilham sebagai rujukan untuk mengarang panduan cara jadi kaya di dalam blog ini. Sebenarnya rujukannya banyak, panduan cara jadi kaya ini termasuklah dari:

  1. Bahan bacaan
  2. Pengalaman sendiri
  3. Pengalaman kawan-kawan
  4. Rancangan TV
  5. Dll

Antara buku bacaan yang saya rasa cukup hebat sebagai panduan cara jadi kaya adalah buku bertajuk The Richest Man in Babylon. Saya tertanya-tanya kenapa tak ada orang yang memperkenalkan buku ini ketika saya bersekolah menengah dahulu.

Tak pula saya terjumpa buku panduan jadi kaya ini ketika seronok mengumpul bahan bacaan di perpustakaan sekolah ketika minat membaca naik menggunung.

Walau macam manapun, biar terlambat asalkan tidak berjumpa terus. Buku tersebut mengutarakan pedoman atau panduan cara jadi kaya dengan cara yang cukup mudah dan hampir semua orang tahu tapi tak perasan.

Bila baca sahaja buku itu, kita akan mengiyakannya dan seterusnya terfikir kenapa benda mudah ini tidak dapat aku lakukan?

Buat mereka yang tak pernah baca buku ini lagi, saya nasihatkan agar pergilah mencarinya dan belilah. Baca sampai habis dan simpan baik-baik dalam rumah untuk diberikan pada anak-anak kita bila mereka dah remaja nanti…insyallah berbaloi.

Sebenarnya ikutkan teori, mudah saja cara jadi kaya, masalah utamanya adalah bila masuk bab praktikal…

Author: Mohd Shubhi

Mohd Shubhi Abdul merupakan seorang usahawan yang suka hidup ringkas. Pernah berniaga di pasar malam, jual petai, jual kain, jual kerepek. Pernah juga jual baja dan telah bertemu dengan bermacam ragam usahawan lain. Kini memiliki beberapa syarikat perniagaan yang autopilot mula berkecimpung dalam dunia Biz Coaching.

Elak kesilapan awal memulakan perniagaan

Mulakan dengan betul !, nilai dahulu potensi perniagaan anda! ? Insyallah tak menyesal...Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

11 thoughts on “Siri cara jadi kaya

  1. Dzariff

    Dah besa baca lama dulu, memang baguih buku ni Tuan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge