Siri kaya #7: Buat perancangan bayar hutang

By | 31/07/2013
Panduan jadi kaya

Dengan siapa kita berhutang?, biasanya kita berhutang dengan berbagai cara.

Tambahan pula sekarang ini, institusi kewangan cukup bermurah hati menyediakan berbagai produk untuk kasi semua orang berhutang.

Mungkin atas dasar untuk bersaing dengan bank konvensional yang hebat memberikan hutang maka muncul kumpulan yang meniru moto AirAsia dalam bab hutang,

“Sekarang, semua orang boleh berhutang…!”

Mereka yang menggunakan moto tersebut, kalau para pembaca nak tahu ialah para ‘Along’!.

Kebiasaannya, mereka yang terjebak dengan Along berakhir dengan kesedaran tahap tinggi dan berubah menjadi serik,

ataupun berkawan rapat dengan kumpulan Along yang sering mengejarnya, kali ini dia pula mengejar orang lain yang menjadi pelanggan Along.

Walau apapun, ingat pesanan saya agar,

“Jangan sesekali pinjam wang pada Along walau apapun yang terjadi!”

Jika anda lemas orang asyik datang atau menelefon untuk minta duit sekarang, lalu dapatkan duit dari Along untuk selesaikan masalah ringan itu, maka anda akan berhadapan dengan kelemasan yang jauh lebih besar lagi selepas ini dikerjakan dek Along.

Oleh itu bertahanlah dengan kelemasan yang ada sekarang dan cari jalan keluar.

Bagaimana “Dr.” bayar hutang?
Ada seorang kawan yang berhenti kerja dan menjalankan perniagaannya sendiri. Dia bukanlah calang-calang orang. Ada title “Dr.” di depan namanya.

Dia memulakan perniagaan dalam industri kesihatan. Syarikat yang ditubuhkannya menjalankan khidmat pembekalan barangan yang ada kaitan dengan industri perubatan dan kesihatan.

Perniagaannya berkembang maju dan gaya hidupnya berubah dari merendah diri bertukar menjadi tinggi diri. Rumahnya bertukar dari rumah teres biasa kepada bunglo.

Terdapat 5 buah kereta di depan halaman rumah banglonya. BMW 3 siri, BMW 5 siri, Mini cooper dan lain-lain.

Dia memang peminat kereta BMW, “the ultimate driving machine!”, katanya. Itu melambangkan ciri-ciri gagah yang ada pada dirinya.

Sebesar manapun pendapatan anda, sebesar manapun perniagaan anda, jika jumlah wang keluar melebihi jumlah wang masuk dan keadaan itu berlanjutan tanpa ada kesedaran untuk buat sesuatu, itu merupakan petanda menuju kehancuran.

Ringkasnya, itulah yang berlaku pada Dr., akhirnya sedar tak sedar rumah akan kena lelong, 3 kad kredit dah kena blok, semua kereta dah kena tarik. Itu belum lagi masuk bab hutang bank untuk perniagaannya.

Seperti dalam cerita mana-mana drama, hero akan jatuh insaf dalam saat sebegitu. Begitu jugalah yang terjadi pada Dr. Tapi itu bukan apa yang nak kita pelajari di sini.

Apa yang menarik minat saya adalah bagaimana dia keluar daripada kesempitan serta melepaskan diri daripada semua belenggu hutang yang menjerut lehernya.

Berikut apa yang Dr buat:

  1. Sedih dan terima keadaan – Dia mula sedar kealpaan selama ini. Tak mahu kalah dengan rakan-rakan lain yang berjaya lalu bertanding siapa lebih hebat pamerkan kekayaan. Semuanya dah berlaku dan itu satu kesilapan. Sekarang tak ada orang nak tolong melainkan dirinya sendiri dan dia bersedia untuk menghadapinya bagi mengubah keadaan.
  2. Senaraikan semua hutang – Dia mula menyusun strategi pertama dengan menyenaraikan kesemua hutang yang dia ada. Mana-mana hutang yang dia boleh serah diri dan pulangkan balik harta pada yang empunya, dia lakukan dengan segera. Ini termasuklah kesemua keretanya dan juga rumah yang dia ada. Rugi sedikit tak apa. Malu berhadapan dengan kawan-kawanpun tak kisah kerana hanya dia sendiri tahu apa yang baik untuk dirinya.
  3. Susun dari paling besar menurun ke paling kecil – Bila semua dah selesai dan tinggal lagi hutang lain yang tak boleh diserahkan barang. Dia susun mana satu yang paling kecil. Jumlah hutang yang paling kecil tetapi perlu di selesaikan juga dan tidak boleh ditukar ganti dengan barang sudah tentu kad kredit. Dia pergi bertemu dengan pihak bank yang empunya kad kredit. Tukarkan pada soft loan dan bayar seminima mungkin setiap bulan. Dia lakukan pada semua kad kreditnya. Dak tidak lagi menggunakan kad kredit selepas itu.
  4. Buat penstrukturan semula – Hutang perniagaan yang dia ada dibuat semula jadual pembayaran. Dia berjumla dengan pegawai bank demi pegawai bagi selesaikan kesemua itu. Katanya pada saya, kejadian itu membuatkan dia sedar rupanya macam mana pun teruk hutangnya dengan bank, mereka akhirnya adalah manusia macam dia jugak. Jika anda jujur mereka sudah tentu akan bantu.
  5. Bayar satu persatu – Setelah selesai semua itu maka dia mula tanam disiplin membayar kesemua hutangnya satu persatu. Perniagaan yang ada diuruskan dengan lebih rapi dan kedekut. Perbelanjaan peribadi bermewah-mewah sudah tidak lagi menjadi budaya dan dia mula peka pada usahawan yang merendah diri untuk dijadikan sebagai kawan yang menjadi pilihan utama.
Walau sebesar manapun hutang yang anda ada sekarang, sebaik saja tersedar segeralah buat satu azam dan berikan komitmen untuk selesaikannya.
Buat perancangan dengan terperinci dan berjumpa dengan semua pemiutang anda untuk berbincang. Mereka semua manusia dan jika anda berterus terang dan berjanji untuk selesaikan dalam masa tertentu, insyallah mereka akan terima.
Jangan lupa untuk selesaikan hutang yang paling kecil terlebih dahulu. Terutamanya hutang kawan-kawan yang biasanya kita buat acuh tak acuh seolah-oleh kawan tidak pandai menggunakan wang seperti anda.
Dengan membayar hutang kawan-kawan itu sampai habis, dia memberikan semangat dan satu kepuasan pada diri sendiri. Kayakinan mula naik teguh dan kawan akan tersenyum lebar mendoakan anda.
Secara langsung dorongan semnagat diri dan keyakinan diri ditambah dengan keyakinan yang mula muncul dari kawan-kawan bakal memudahkan anda untuk memulihkan keadaan.
Jadikan diri kita bebas hutang, insyallah hidup akan lebih bermakna.
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

10 thoughts on “Siri kaya #7: Buat perancangan bayar hutang

  1. Salmiah

    Sy hidup sgt sederhana.. Apa adanya sj
    Xda harta byk tp cukup utk kprluan idup sj. Dr luar kwn2 nmpk sy sng dan tmpt mrk brhutang. Atas rasa simpati sy beri. Ada ti smpi nk mkn pun xda. Takkan kita sanggup ketepikan pulak sdgkn simpanan ada sikit utk d beri. namun time mmbyr punyala liat. Sudah bertahun2 msh xbyr. Bila d minta jwpn slalu xda duit pdhal sy tahu mrk ada kalau mmg nk byr. Xpenting nk byr dgn anggapan sy nie jenis org yg ada duit sdgkan sy mcm mrk jugak mkn gaji malah gaji sy lbh rendah dr mrk. Skrg nie sy mmg xkeja dan perlukan duit tp mrk buat xtau dan 1000 alasan d beri. Ada tu yg xdpt dihubungi. Nk buat camna. Sy sabar kn sj. Skrg nie sy ada terfikir nk berniaga utk berubah. Apa nasihat tuan shubhi?
    .

    Reply
  2. Hafizul

    Alahmdulillah..mujurlah saya tak terjebak dengan hutang yang banyak kecuali PTPTN sahja..masih belum mampu nak lunaskan secara pukal..bayar sikit2 aje yang termampu sekarang ni..hehe

    Reply
  3. encikarman

    ahhhh… hutang rumah sampai bersara dari kerja belum tentu boleh habis nih. Cuba elakkan hutang, hidup secara ringkas je lagi baik.

    Reply
  4. Zuan

    sofar sy berhutang dengan ptptn dan yayasan.inshaAllah dalam masa setahun dua cuba elak dari berhutang dalam pembelian kereta atau personal loan supaya boleh fokus pada bayaran pelajaran

    Reply
  5. Dja@Sishaza

    Agak susah kalau tak nak berhutang lantaran gaji kecil tapi keperluan banyak. Apa2 sekalipun, sebelum nak berhutang kena buat homework sikit, lihat kemampuan utk membayar…. dan pilih institusi yg selamat saja sbg sandaran utk berhutang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge