Situasi perniagaan yang menjadi mimpi ngeri seorang taukeh

By | 08/08/2016

bisnes yang lancarDalam dunia keusahawanan, ada banyak situasi perniagaan yang membuatkan seorang taukeh menghadapi mimpi ngeri.

Tak ada sesiapapun yang akan sanggup menerima keadaan sebegitu sepanjang perjalanannya melalui dunia perniagaan.

Namun begitu, realitinya adalah ramai usahawan yang terjun masuk ke dunia penuh cabaran itu menghadapi masalah yang sedemikian.

Situasi perniagaan sebegitu, jika dibiarkan berterusan, lama-kelamaan, perniagaan akan runtuh dan akhirnya usahawan akan menghadapi kekecewaan dan hidup dalam kesempitan.

Berikut saya kongsikan situasi perniagaan yang boleh membuatkan seseorang taukeh menghadapi mimpi ngeri saban hari.

  1. Pekerja yang tidak berkelayakan
    • Banyak berlaku keadaan di mana anda terpaksa menerima kerja-kerja yang menyusahkan syarikat.
    • Ia bertambah teruk apabila para pekerja yang ada sebenarnya tidak layak melakukan kerja-kerja tersebut. Mereka kurang kemahiran, tidak ada komitmen, dan sentiasa berada dalam keadaan tertekan.
  2. Taukeh terpaksa buat semua kerja
    • Perniagaan yang bergantung pada taukeh untuk melakukan semua kerja sudah tentu mendatangkan mimpi ngeri pada taukehnya.
    • Taukeh terpaksa melakukan semua kerja daripada pamasaran, jualan, follow-up operasi, kejar bayaran dan semua urusan pemantauan dan pentadbiran lain.
  3. Aliran tunai syarikat yang ketat
    • Walaupun kerja ada banyak, tetapi keadaan kewangan syarikat sentiasa bergelora.
    • Syarikat hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
    • Taukeh tak boleh tidur lena setiap kali nak masuk hujung bulan. Wang perlu disediakan untuk bayar gaji dan segala hutang sedangkan cash yang ada dalam bank tak mencukupi.
    • Anda dikejar oleh pembekal, pihak bank, dan para pemiutang lain hampir setiap bulan sepanjang tahun.
    • Tak ada bank yang sudi memberikan bantuan kewangan dalam keadaan syarikat sedemikian.
  4. Taukeh tak ada masa untuk bercuti
    • Dalam keadaan seperti tersebut di atas, mana ada masa untuk taukeh nak berehat.
    • Walaupun taukeh dah korbankan segala-galanya, wang dan masa untuk menjayakan syarikat dari mula, namun tahun demi tahun berlalu, keadaan tetap masih dalam keadaan yang sama.
    • Jika ditakdirkan Taukeh dihempap buah kelapa dan terpaksa duduk atas katil hospital sebulan, syarikat akan bungkus, terhenti beroperasi dan semua pekerja akan tinggalkan anda keseorangan. Kalau nasib baik, pasangan akan tetap setia menunggu, kalau tidak, alamat boleh jadi tak siuman.

Boleh tak anda bayangkan situasi perniagaan yang saya gambarkan seperti di atas itu ?

Mahu tak anda jalani keadaan sedemikian ?

Atau memang anda sedang menghadapi keadaan yang sama dan mula seram sejuk dan timbul rasa menyesal masuk dunia perniagaan. Anda dah mula teringat amaran sanak saudara masa mula nak berhenti kerja dahulu.

Tindakan dalam situasi perniagaan getir

Apakah yang biasanya seorang usahawan lakukan jika terperangkap dalam situasi perniagaan yang saya berikan gambaran seperti di atas ?

Biasanya ramai usahawan dah mula fikirkan untuk mencari pembeli. Dia bercadang nak jual saja perniagaannya pada orang yang ada duit dan mahu perniagaan yang dia jalan itu.

Tetapi, cuba fikir balik !, hanya pelabur yang tak cukup bijak saja yang akan sudi membeli perniagaan atau syarikat yang berada dalam situasi tersepit.

Yang pastinya adalah, perniagaan sedemikian tidak layak untuk dimiliki oleh siapa saja yang bijak dalam dunia pelaburan. Syarikat sedemikian adalah seumpama sampah yang hanyut di celah longkang.

Jika anda belum lagi menghadapi situasi begitu, berhati-hatilah. Elakkan sebaik mungkin membina sebuah perniagaan yang berakhir dengan menjadi seperti sampah yang tak laku.

Perbetulkan situasi perniagaan anda

Untuk membetulkan keadaan, anda perlu terbalikkan semua situasi perniagaan yang saya gariskan di atas tadi. Ertinya anda perlu pastikan perniagaan anda,

  • Dipenuhi oleh para pekerja yang mahir dan mampu melaksanakan semua kerja yang anda dapat dengan cekap dan pantas.
  • Tidak bergantung banyak kepada taukeh untuk semua urusan penting dari A sampai Z. Sibuk dan semua pelanggan hanya mahu berurusan dengan taukeh bukanlah satu kelebihan atau satu perkara yang perlu dipuji.
  • Kerja tersusun dan tak ada masalah tunai dalam bank. Kerja banyak tapi akaun kosong bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan walaupun taukeh pakai BMW
  • Boleh boleh beroperasi dan berjalan lancar walaupun taukeh pergi bercuti Pulau Perhentian atau mengelilingi dunia.

Tugas untuk menjadikan 4 perkara di atas adalah tugas utama anda sebagai seorang taukeh. Anda mesti ada strategi untuk pastikan perniagaan jadi sedemikian. Bukan main harung ikut sedap hati untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Apakah strategi yang perlu anda rangka untuk elakkan situasi perniagaan jadi mimpi ngeri ?

Anda boleh dapatkan semua idea untuk buat begitu dengan membaca banyak bahan tulisan tentang perniagaan yang hebat. Ada banyak buku di pasaran yang boleh dibeli. Rajin-rajinlah luangkan masa untuk tambah ilmu.

Anda juga boleh dapatkan idea daripada para usahawan yang dah berjaya bina perniagaan mereka tanpa perlu sentiasa sibuk dan terperangkap dalam urusan perniagaan mereka dari dalam. Rajinlah berkawan dan pilihlah dari kalangan usahawan yang berjaya dan cool.

Anda juga boleh dapatkan bimbingan daripada Business Coach yang ada banyak di negara kita sekarang. Tapi pastikan anda buat pilihan yang betul. Pilihlah coach yang serasi dengan anda dan mampu bercakap bahasa yang sama dengan anda.

5 thoughts on “Situasi perniagaan yang menjadi mimpi ngeri seorang taukeh

  1. kulit-muka-kering

    Terima kasih tuan atas perkongsian… Saya juga pernah hadapi masalah pembahagian tugas kepada pekerja sehingga tiada masa yang dapat saya berikan untuk Menjalankan Marketing untuk syarikat…

    Reply
  2. daddydee

    kena mantapkan diri dulu sebelum mulakan perniagaan. Tampak mudah tapi penuh cabaran

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge