pinjaman punbPernah dengar tak tentang kewujudan skim Prosper Usahawan Muda yang disediakan oleh PUNB ?

Kalau tak pernah dengar, baca maklumat ringkas ini.

Kelayakan skim prosper usahawan muda

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendapatkan pembiayaan skim prosper usahawan muda dari PUNB;

  1. Anda mestilah berstatus bumiputera yang berumur dalam lingkungan 18 tahun dan tidak melebihi umur 33 tahun pada tarikh pendaftaran. Jadi jika umur dah 32 tahun, segeralah pergi daftarkan diri supaya tidak terpelas peluang ini.
  2. Usahawan perlu sediakan sedikit modal terlebih dahulu dalam lingkungan minimum RM500. Modal minimum tersebut bergantung pada jenis projek yang mahu dilaksanakan. Mungkin ianya lebih dari RM500.
  3. Anda perlu sanggup mengikuti semua program yang ditentukan oleh PUNB dari masa ke semasa. Ini bagi memastikan anda bersedia dengan ilmu yang penuh di dada.
  4. Anda mesti tidak ada rekod buruk dari mana-mana institusi kewangan. Jadi jika anda dah ada masalah hutang tak berbayar seperti hutang kad kredit atau hutang kereta, pastikan semua itu diuruskan terlebih dahulu sampai padan semua rekod kurang memuaskan tersebut.
  5. Perniagaan yang anda jalankan mestilah dimiliki 100% oleh usahawan bumiputera. Perniagaan itu juga mestilah dikendalikan sepenuhnya oleh usahawan yang memohon dan tak boleh biarkan orang lain menguruskannya sedangkan anda goyang kaki atau buat benda lain.
  6. Perniagaan anda juga mestilah sebuah perniagaan yang berdaya maju. Kalau tak tahu samada perniagaan anda berdaya maju atau tidak kena cari orang yang lebih berilmu untuk memberikan panduan. Atau anda boleh ikuti kursus Menilai Potensi Perniagaan, yang dianjurkan oleh Hidup Ringkas Dot Com Sdn Bhd bila ianya dianjurkan kelak.

Pakej skim prosper usahawan muda

Apakah yang PUNB sediakan dalam pakej ini ?

Ada 3 pakej yang PUNB sediakan khas untuk anda yang berkelayakan.

  1. Pembiayaan perniagaan
    1. Skim ini menawarkan pembiayaan berlandaskan syariah. Jumlahnya dari RM5,000 sehingga maksimum RM100,000.
    2. Jika nak dibiaya melebihi RM50 ribu, mestilah,
      1. Sebuah perniagaan milik tunggal atau perkongsian.
      2. Dah berniaga sekurang-kurangnya satu tahun dan perniagaan mestilah berdaya saing.
    3. Anda akan diberikan kemudahan pembiayaan yang perlu dibayar semula dalam tempoh sehingga 7 tahun.
  2. Perkhidmatan perniagaan
    1. Anda juga akan diberikan perkhidmatan berupa konsultasi pra operasi perniagaan.
    2. Anda juga akan dibantu dalam hal ehwal pemantauan akaun
    3. Anda juga akan diberikan khidmat nasihat perniagaan.
  3. Kursus kemahiran – Selain dari kedua-dua perkara tersebut di atas, PUNB juga ada menyediakan kursus-kursus keusahawanan seperti motivasi, pembangunan pengurusan, kemahiran pemantauan operasi dan tadbir urus korporat dan lain-lain seumpamanya.

Proses permohonan skim prosper usahawan muda

Berikut adalah proses bagaimana anda mahu mendapatkan skim prosper usahawan muda yang ditawarkan oleh PUNB ini.

  • Buat rancangan perniagaan dan serahkan pada PUNB. Anda juga akan dinilai dalam sesi kesesuaian keusahawanan.
  • Pihak PUNB akan melakukan penilaian awal terhadap rancangan perniagaan anda di atas.
  • Selepas dinilai, anda akan diminta membentangkan cadangan perniagaan anda tersebut pada pihak PUNB
  • Jika semuanya berjalan lancar, anda akan mendapat pembiaaan seperti mana yang diminta.

Mudah sajakan ?

Kalau tak lulus macam mana pulak agaknya ?

Kalau ditolak, buat semula semua proses di atas dari awal. Buat lagi dan buat lagi sampai lulus. Mudah kan ?

Bidang perniagaan yang dibiayai PUNB

Berikut adalah senarai bidang-bidang perniagaan yang mendapat tawara pembiayaan dari PUNB untuk skim prosper usahawan muda ini.

  1. Telekomunikasi dan peralatan komputer
  2. Pendidikan
  3. Pengedaran dan pasar basah
  4. Pakaian dan aksesori
  5. Konfeksi dan gerai makanan
  6. Kosmetik dan servis kecantikan
  7. Alatan logam dan perkhidmatan kejuruteraan
  8. Fotokopi dan percetakan
  9. Buku dan alat tulis
  10. Perhiasan rumah
  11. Automotif

Jika anda berminat, jangan tunggu lama-lama. Sila buat pendaftaran dalam talian dengan melayari portal PUNB berikut:

www.punb.com.my

Anda boleh ajukan pertanyaan dengan menelefon pusat khidmat pelanggan PUNB di nombor berikut:

1300 13 7862

Total
12
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

  1. Assalamualaikum Tn Shubhi, perkongsian yang bermanfaat kepada bakal usahawan muda agar tidak melepaskan peluang ini. Seperti yang saya baca dalam buku Chef Li, “Hidup di Malaysia tapi tidak kaya, amatlah malang”.

    Memang sangat banyak peluang & ruang yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk rakyatnya berdikari dan melakukan bisnes. Hanya nak dan tak nak sahaja.

    Step nya juga telah di jelas dengan ringkas di sini.

    Cuma saya tak layak skin Prosper ini sebab saya dan dalam kategori RELAU (Remaja Lanjut Usia)….hu..hu…

    Zamree
    Zamree recently posted…Warih Homestay : Pasang Cadar Dan Sarung BantalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge