kembangkan bisnesSeorang pembaca budiman bertanyakan soalan pada saya baru-baru ini.

Dia dah 5 tahun jalankan perniagaan dan minta idea kalau-kalau saya boleh berikan untuk kembangkan bisnes yang dijalankannya.

Oleh kerana dia berhubung dengan saya melalui email, maka saya jawab secara peribadi melaui email juga padanya.

Tapi saya rasa elok juga saya kongsikan jawapan tersebut di sini supaya lebih ramai lagi yang punya soalan sama mendapat manfaatnya.

Saya jawab secara umum sahaja yang sesuai untuk diaplikasikan pada apa saja jenis perniagaan. Untuk mendapatkan bimbingan yang lebih customize, anda perlu jadi peserta bimbingan peribadi yang saya anjurkan dalam program HR Biz Coaching.

Tapi malangnya peserta yang ada sekarang dah terlalu ramai dan saya tidak dapat tambah peserta luar yang baru.

Oleh kerana saya memang berniat nak bantu usahawan seramai mungkin walaupun saya sendiri bukanlah yang terbaik di Malaysia ini, maka saya kongsikan di sini secara percuma.

Bantu usahawan kembangkan bisnes free

Kerja bantu usahawan ini saya lakukan atas dasar suka dan mahu menyumbang pada masyarakat terutamanya mereka yang sama bergelumang dalam dunia perniagaan macam saya.

Bimbingan secara peribadi memang dikenakan bayaran dan tidak percuma.

Itu untuk cover cost masa yang terlepas buat kerja bimbingan tersebut dan abaikan perniagaan saya sendiri. Oleh itu perlu ada bayaran jika mahukan bimbingan secara private, dan tolong jangan kecam saya !.

Bagi yang tak ada duit dan tidak berpeluang mendapatkan bimbingan dari saya dan rakan-rakan lain dalam team HR Biz Coaching, anda masih saya bantu secara percuma dalam blog ini.

Harap ini sudah memadai untuk saya bawa sebagai bekalan ke dalam kubur nanti.

Oklah !, cukup menggomel dan sila baca panduan ringkas di bawah yang saya berikan pada rakan kita tadi yang mahu idea untuk kembangkan bisnes yang dijalankannya.

Anda juga boleh ambil langkah yang sama.

Panduan ringkas kembangkan bisnes

Untuk kembangkan bisnes tuan, sebenarnya, untuk permulaan tidak memerlukan sebarang idea yang hebat.

Berdasarkan pengalaman saya, untuk permulaan cukup sekadar meletakkan semua asas perniagaan pada tahap yang sepatutnya sahaja. Ertinya cukup sekadar membetulkan semua basic perniagaan terlebih dahulu.

Saya berikan asasnya di sini untuk tuan semak semula.

1. Tabiat

Semak bagaimana tabiat tuan samada lengkap perkara asas untuk memperolehi kejayaan. Ada 3 perkara penting yang tuan perlu lihat.

  • Semangat dan keazaman yang tinggi. Untuk tingkatkan perkara ini mulakan dengan tambah satu tabiat baru dalam kehidupan tuan. Contohnya luangkan masa berjalan kaki setiap pagi sekurangnya 30 minit setiap hari. Buat sampai lekat jadi amalan tuan. Akan ada perubahan besar dalam cara tuan berfikir selepas itu insyaallah.
  • Terurus dan fokus. Untuk bab ini tuan perlu luangkan masa ringkaskan keadaan pejabat dan studio tuan biar kemas tersusun dan menarik. Kemudian luangkan masa satu jam setiap hari untuk review perniagaan tuan dengan matlamat untuk menyemak keperluan bagaimana nak kembangkan perniagaan tuan supaya lebih meningkat.
  • Networking. Cuba lihat networking yang ada sekarang samada lengkap atau tidak dari kalangan usahawan dalam industri yang sama dan dari industri yang berbeza. Pastikan mereka juga berfikiran positif dan jangan lupa cari usahawan yang berjaya untuk sering bertemu dan berbincang.

Tuan mungkin akan tanya nak review apa setiap hari sejam di pejabat untuk kembangkan perniagaan tuan.

Saya berikan perkara tersebut di bawah:

2. Kewangan

Buat cash flow perniagaan tuan berdasarkan semua rekod tahun-tahun yang lalu. Buat cashflow bulanan dan masukkan hasil jualan, kos jualan dan kos tetap.

Perhatikan dari mana hasil jualan perniagaan tuan yang membawa jualan paling tinggi. Perhatikan juga produk mana yang paling untung dan mana yang tak ada untung. Cari jalan macam mana nak untungkan yang tak untung atau kalau tak ada jalan, olah semula produk tersebut supaya lebih menarik dan menjana keuntungan.

Jika tuan jumpa produk mana yang paling tinggi atau yang paling menguntungkan, fokus pada produk tersebut untuk naikkan lagi hasil jualannya. Kemudian baru lihat pada perkara di bawah:

3. Pekerja

Set matlamat perniagaan tuan berdasarkan analisa kewangan tadi dan berdasarkan produk yang tuan nak push naik.

Buat sasaran menarik value yang tuan nak berikan pada pelanggan terhadap produk itu. Itulah visi tuan.

Untuk mencapai semua itu, rangka jenis pekerja yang tuan perlukan samada operasi atau sales dan admin jika perlu. Bina team tuan supaya dapat bantu push perniagaan itu naik. Kemudian perhatikan perkara di bawah pula,

4. Pemasaran

Matlamat utama di sini adalah bagaimana nak bagi seramai mungkin prospek yang tuan sasarkan tahu kewujudan tuan.

Punca orang tak datang paling asas adalah disebabkan mereka tak tahu tuan wujud dan kalau tahu, mereka tak pasti kenapa mereka perlu gunakan khidmat tuan.

Selesaikan semua masalah itu. Bila dah ramai tahu lihat pula perkara berikut di bawah,

5. Jualan

Pastikan orang yang datang membuat belian pertama mereka. Ambil data maklumat perhubungan mereka supaya tuan boleh teruskan perhubungan dengan mereka sehingga mereka jadi kawan.

Ini penting untuk hasilkan pembelian kedua, ketiga dan seterusnya.

Pelanggan yang pernah beli dari tuan dan puas hati dengan servis tuan lebih mudah untuk ditawarkan pula dengan produk lain yang mungkin menarim minat mereka atau kenalan mereka.

Dah panjang huraian asas yang saya berikan kat atas tu…, begitulah secara umumnya untuk berikan sedikit gambaran pada tuan untuk mulakan langkah kembangkan perniagaan.

Harap tuan bersabar dan terus berusaha.

Perubahan akan berlaku jika tuan berterusan sekurang-kurang selama 6 bulan melakukan apa yang saya sebutkan di atas.

Bersabar dan terus bersabar dan berusaha.

Moga tuan berjaya kembangkan bisnes hendaknya… !

Total
59
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

  1. Assalamualaikum..

    Tuan Bihi dah pesan awal2..private coach ada bayaran nanti..
    InsyaAllah..takkan kecam tuan Bihi..ada yang sudi nak guide bisnes..dah kira syukur alhamdulillah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge