Rahsia solat Dhuha untuk berjaya dalam perniagaanMenjadi lumrah para usahawan untuk bercakap tentang solat dhuha dan berjaya dalam perniagaan. Sudah tentu yang bercakap begitu merupakan para usahawan yang;

  1. Beragama Islam
  2. Mengamalkan segala perkara wajib yang ditentukan Islam
  3. Menjadikan perniagaan sebagai punca pendapatan dan sara hidupnya
  4. Menjadikan perniagaan sebagai ibadah dan seterusnya menyelamatkan dirinya daripada api neraka

Ada juga yang usahawan muslim yang bercakap tentang solat dhuha dan berjaya dalam perniagaan, tetapi dalam masa yang sama, dia tidak menunaikan perkara wajib seperti solat 5 waktu, puasa, zakat dan lain-lain lagi.

Ada juga yang solat dhuha dan berjaya dalam perniagaan tapi tinggal perkara wajib

Usahawan muslim sebegitu melakukan solat dhuha untuk mendapatkan keuntungan dunia. Dia solat dhuha kerana terbukti amalan tersebut berjaya membuatkan dia mudah dapat projek, mudah buat jualan dan berjaya dalam perniagaan.

Sama juga seperti sesetengah usahawan muslim yang kaya raya yang sering ke Mekah menunaikan umrah setiap tahun. Kadangkala setiap bulan. Malangnya ada yang tak buat perkara wajib seperti solat lima waktu pada masanya, puasa bulan ramadan dan lain-lain.

Mereka ulang alik tunaikan umrah kerana amalan itu terbukti berjaya meningkatkan perniagaan mereka. Amalan itu membuatkan mereka berjaya dalam perniagaan. Permohonan atau doa mereka di depan Kaabah ternyata amat mustajab.

Anda yang tunai perkara wajib, kenapa tak solat dhuha dan berjaya dalam perniagaan

Apa yang nak saya tekankan di sini adalah betapa solat dhuha itu cukup berkesan dalam melahirkan para usahawan yang berjaya dalam perniagaan.

Samada anda lengkap perkara wajib atau tidak, kebiasaannya hasilnya tetap menakjubkan. Macam yang saya katakan di atas tadi dalam bab pergi umrah setiap tahun.

Jesteru itu, kenapa anda yang menjadi usahawan, yang sentiasa menunaikan semua perkara wajib tak tambah sedikit lagi dengan solat dhuha?.

Kenapa anda, seorang usahawan yang tak pernah tinggal solat lima waktu, pada waktunya, tak luangkan sedikit lagi masa, hanya lima minit untuk menunaikan solat dhuha?.

Jika anda seorang usahawan, tak tinggal perkara wajib tetapi masih lagi tak amalkan solat dhuha, segeralah mulakannya. Segeralah mulakan solat dhuha dan berjaya dalam perniagaan.

Kereta mewah, solat dhuha dan berjaya dalam perniagaan

Ketika saya terlibat dalam perniagaan beras di Kuala Lumpur satu masa dulu, saya akan berpagi-pagi terus ke Pusat Bandaraya untuk ke Kilang Beras.

Biasanya saya akan singgah di sebuah Masjid lama di Jalan Damai untuk solat dhuha antara pukul 8.30 pagi ke pukul 9.00 pagi. Ketika itu saya berkereta Kelisa Merah dan baru bertatih-tatih dalam dunia perniagaan.

Solat dhuha di Masjid itu sungguh mendamaikan, sesuai sangat dengan nama jalan di situ. Sebab itu saya suka bersolat di situ, di kedinginan pagi hari, berwuduk, bersolat lalu berdoa.

Nyaman sangat waktu itu yang mana jika saya tak dapat apa-apa hasil materialpun ketika itu, tidak saya kesah kerana kedamaian bersolat di situ sudah lebih bernilai berbanding wang satu juta di dalam poket saya.

Setiap kali selesai bersolat dan menikmati suasana segar di Masjid itu, saya akan lihat kelibat dua atau tiga orang yang datang silih berganti di waktu yang sama.

Mereka singgah di situ, berwuduk dan kemudiannya masuk ke ruang solat Masjid dan terus menunaikan solat dengan kusyuk.

Bila dilihat perwatakan mereka yang datang dengan kereta mewah yang biasanya samada Mercedes atau BMW, mereka bukanlah ‘Drebar’. Mereka sudah tentu samada usahawan atau pegawai besar dalam syarikat yang besar.

Baru saya tahu rupanya memang ada segelintir orang yang berjaya dalam perniagaan atau berjaya dalam karier mereka secara diam-diam tak pernah tinggal solat dhuha.

Kalau saya tak berniaga, saya tak tahu itu semua. Kalau tak solat dhuha, saya tak dapat melihat itu semua.

Sekarang saya nak tanya anda, adakah anda dah masukkan amalan solat dhuha dalam senarai rutin harian anda? kalau belum mulakan segera solat dhuha dan insyaallah berjaya dalam perniagaan.

Jika anda dah tunaikan tetapi hanya 2 rakaat selama ini, mulakan tambah menjadi 4 rakaat. jika dah empat, mula tambah jadi 6 rakaat. Cuba dan lihat kesannya.

Saya berani jamin, berdasarkan pengalaman, hanya baru dua tiga hari sahaja anda tambah rakaat solat dhuha, berbagai perkara luar biasa berlaku dalam hidup anda…tak percaya??? sila buat dan lihat…jangan risau ada bisikan berkata,

“Hoi! kalau solat dhuha sebab nak berjaya dalam perniagaan, baik tak payah buat…!”

Itu asakan pertama makhluk yang tak mahu lihat anda mendekati Tuhan…abaikan saja bisikan itu.

Kadangkala ada juga manusia yang akan mengulangi ayat yang sama….abaikan juga golongan itu walaupun mereka berjanggut panjang atau berserban besar.

Bagaimana anda nak belajar betulkan niat selagi tidak pernah mengamalkannya…?

Ayuh! sekarang juga, tunaikan solat dhuha dan berjaya dalam perniagaan.

Total
72
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

17 comments

  1. in shaa allah
    paksa diri buat..bisikan tu selalu ada utk malas buat..moga kata2 ni dpt mendorong diri sy trus buat..
    terima kasih

  2. inshaAllah esok nak tambah rakaat dhuha. selama ni saya asyik 2rakaat je dhuha. terima kasih kerana menulis entri begini dan menyedarkan saya. moga bertambah baik rezeki sy dan anda semua dalam perniagaan.
    Junaida Watie recently posted…Segalanya AlfafaMy Profile

      1. InshaaAllah. mudah2an konsisten. dengan izin Allah, mula nampak hasil setelah amalkan dhuha =) sale mula masuk walaupun hujung bulan hihi. Tuan Shubhi pun dapat pahala selagi sy hidup dan amalkan dhuha. inshaaAllah ameen.

  3. pernah suatu ketika saya terluah satu kenyataan kepada orang rumah..’belum dapat rezeki’..lantas orang rumah mencelah kenapa tak buat solat dhuha.
    jadi selepas membaca entri tuan..rasanya cukup terkesan untuk mengamalkan solat sunat dhuha ini .Insya Allah.Terima kasih kerana perkongsian ini!
    kakiblog recently posted…Rahsia Ayat KillerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge