IMG_0763IMG_0763ketahui makna perniagaan sebenarSemua orang nak menceburi bidang perniagaan. Itu salah satu bidang yang hampir semua orang mahu melakukannya di seluruh dunia samada di dalam atau diluar bandar. Tetapi tahukah anda apa makna perniagaan yang sebenar?

Bila disebut perniagaan, orang akan ingat buat duit. Apakah hubungan perniagaan dengan duit?. Selalunya motivasi nak berniaga datang daripada impian mahu buat duit. Bukan sebarang duit, tetapi duit yang banyak!.

Makna ringkas perniagaan yang menarik

” Perniagaan adalah satu proses yang berulang-ulang untuk menjana duit. Selain daripada itu adalah Hobi” – Paul Freet, Usahawan dan pakar komersial barat.

Tengok definisi perniagaan di atas daripada salah seorang pakar komersial barat. Jika selama ini anda kaitkan perniagaan dengan buat duit, anda memang betul.

Lihat juga tambahan ayat selepasnya. Selain daripada itu, kesemuanya adalah termasuk dalam aktiviti yang dinamakna sebagai HOBI. Ini boleh menyedarkan anda selama ini dengan aktiviti yang anda selalu buat tetapi tak pernah buat duit, malah merugikan kerana terpaksa keluarkan duit.

Makna perniagaan yang sebenar yang lengkap dan ringkas

Untuk melengkapkan definisi mudah di atas, kita perlu berikan satu asas pengenalan yang menyeluruh yang dengannya mampu membuatkan anda rasa lega kerana dapat menguasai apa makna sebenar perniagaan.

Setelah difahami definisi asas ini, barulah fikirkan apa sahaja yang anda nak buat untuk menjadikannya sebagai satu perniagaan. Anda tak perlu masuk sekolah tinggi, masuk universiti atau jadi saintis untuk faham asas perniagaan.

Perniagaan sebenar mesti ada 5 elemen yang di sebutkan di bawah:

  1. Membuat atau memberikan sesuatu yang bermanfaat
  2. Sesuatu yang anda buat atau berikan itu mestilah ada orang mahu atau perlukan
  3. Benda atau perkara itu juga mestilah dalam harga yang orang sanggup keluarkan untuk mendapatkannya
  4. Bila mereka dapatkannya, ia mestilah pula menepati jangkaan dan keperluan mereka
  5. Semua di atas berlaku dengan baik di mana membolehkan peniaga membuat keuntungan untuk membolehkan dia mampu hidup dengan berbaloi.

Itulah definisi ringkas tetapi lengkap sebagai mentakrifkan makna perniagaan yang kita sebuat sebagai satu proses berulang-ulang di atas tadi. Jika tidak, tak guna mengulangi apa saja atas nama perniagaan, jadikannya sebagai hobi saja!.

Perniagaan terbaik berdasarkan makna perniagaan

Jika anda sensitif dengan sabda Nabi bahawa,

“Manusia yang paling baik adalah dia yang banyak mendatangkan manfaat pada manusia lain”

Anda tentu dapat melihat hubung kaitnya dalam perniagaan. Jika ada ciri-ciri manusia baik mengikut Islam, maka adalah juga ciri-ciri perniagaan yang baik yang berlandaskan Islam. Apa perniagaan yang paling baik?

“Perniagaan yang paling baik adalah satu perniagaan yang bayak mendatangkan manfaat pada orang atau entiti perniagaan lain”

Apa yang perlu kita selaraskan di sini adalah mengetahui apakah yang dikatakan kebaikan dalam agama. Untuk itu anda hanya tahu 5 tingkat hukum yang tak ada sesuatupun terlepas darinya, iaitu, halal, haram, harus, sunat dan makruh.

Setakat itu sahaja kali ini agar anda celik dengan makna perniagaan. Anda dah boleh mula berfikir semula untuk jadi usahawan dan mula berniaga sekarang!

Satu-satunya buku yang perlu dibaca untuk faham perniagaan

Tahukah anda berapa banyak buku yang ditulis bagi menghuraikan bab berkenaan perniagaan sahaja di seluruh dunia? tak tahu tak apa sebab sayapun tak tahu.

Yang pastinya ada terlalu banyak buku tertulis bagi menceritakan makna perniagaan. Ada banyak bab ada banyak versi dan ada banyak teori. Kalau di Amerika sahaja terdapat lebih daripada 1.2 juta buah buku yang ditulis menyentuh tentang perniagaan.

Jumlah itu kalau nak dihabiskan memerlukan 522 tahun lamanya membaca tanpa henti, tanpa rehat, makan minum dan tidur!. Tapi anda tak perlu buat begitu untuk faham mengenai perniagaan dan berniaga dengan jayanya.

Ada satu buku yang saya rasa satu-satunya yang anda perlu baca dan tak perlu lagi baca buku lain untuk mendapatkan pemahaman asas yang penting tentang makna perniagaan dan menjadikan anda mampu berniaga dengan baik.

Jika anda mahu tahu tajuk buku tersebut, anda hanya perlu buat perkara dibawah:

  • Kongsikan artikel ini dengan klik button like atau tweet┬ádi atas, agar lebih ramai tahu pasal perniagaan dan jadi usahawan.
  • Selepas itu berikan komen di bawah “saya nak tahu!”

Insyaallah saya akan hantarkan melalui email nama buku yang menarik itu untuk anda beli dan baca dari kedai buku berdekatan. jom ramai-ramai kita kuasai asas makna perniagaan dan menjayakan perniagaan kita.

 

Total
75
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

35 comments

  1. Salam .. saya nak bertanya .. sblm tu sye nk cite serba sedikit yg saya berumur 22 thn Dan mmg minat berniaga Dan pernah juga berniaga ttp gagal .. skrg sye tngh kumpul modal Dan ingin berniaga balik ttp sye sllu mmpunyai perasaan ragu2 sbb takut terlambat Dan ketinggalan utk menceburi balik Dunia usahawan dan takut dgn persaingan. Saya juga tdk mempunyai sbrg sifu utk sye bertanya .. saya harap dpt maklum Balas .. #SemangatAnakMuda

    1. sifat usahawan adalah seorang yang tidak takut menanggung risiko. usahawan bersifat terbuka, kreatif, inovatif dan positif. tak perlu takut dengan pesaing. di mana2 pun tetap ada pesaing kalau dah dinamakan perniagaan. untung rugi tu biasalah. tak semestinya kita terus mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut. jangan anggap cabaran yang kita hadapi tu sebagai masalah. anggap sahaja sebagai pelengkap untuk berjaya. trust me, just make your weakness become your weapon. tidak perlu sempurna untuk bermula. tetapi bermula lhh untuk menjadi sempurna. tersebut adalah kata2 drpd salah seorang usahawan yang berjaya. ohya, kalau pasal sifu tu kita perlu tahu asas perniagaan dahulu. boleh jadikan buku keusahawanan sebagai sumber rujukan. tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah, tingkat demi tingkat. hidup memerlukan pengorbanan. yang penting, perlu ada usaha.

    2. tak perlu modal besar untuk berniaga. 30% stok, 70% marketing. itu sudah memadai untuk run bisnes. ni basic je

    1. Untuk Nazrimi dan semua pembaca lain yang belum tahu, berikut adalah buku yang semua usahawan mesti baca, The Personal MBA tulisan Josh Kaufman

  2. menarik…bila baca boleh menaikan semangat utk bniaga yg kian pudar.buat pemiagaan sbgai hobi….cha yook..tima kasih bnyak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge