southbank-skater-1500x1000Saya ada tulis sebelum ini, langkah awal untuk jadi usahawan adalah berhenti kerja. Bukan mudah mahu letak jawatan yang stabil dengan gaji lumayan untuk terjun ke bidang usahawan yang pastinya penuh cabaran.

Tak ada sesiapa yang akan campakkan surat berhenti kerja tanpa dihantui perasaan takut. Beribu-ribu mimpi ngeri yang kita bayangkan selepas berhenti kerja.

Akhirnya tak jadi berhenti. Sebabnya adalah, “takut” !.

Bila masanya kita akan berhenti takut?

Saya dah temui ramai orang yang berpengalaman, melakukan perkara-perkara menakutkan seperti terjun dari helikopter dengan payung terjun, terjun dari tempat tinggi dengan getah elastik dan lain-lain seumpamanya.

Mereka kongsikan satu perkara yang sama iaitu:

“Takut sebelum melakukannya”

Bila ditanya macam mana takut tersebut hilang sekarang yang membuatkan mereka telah jadi berani melakukannya semula berulang-ulang ?.

Jawapannya sama iaitu,

“Teruskan juga terjunan pada kali pertama”

Pada kali pertama melakukan terjunan. Perasaan takut terus lenyap.

Ketika itu mereka hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dengan melakukan apa yang telah diajar ketika latihan sebelum terjun.

Sejak itu mereka sedar bahawa perasaan takut hanya berlaku dan tak akan lenyap selagi mereka tidak melakukan terjunan.

Rumusannya, untuk hilangkan takut berhenti kerja hanya ada satu cara.

Lakukan saja !

Campakkan surat berhenti kerja dan mula berniaga.

Titik noktah!

Selepas itu anda hanya akan mula memikirkan bagaimana nak selamatkan diri dengan berniaga.

Bezanya terjun dari helikopter adalah, kesilapan bakal membawa maut.

Tetapi terjun ke dunia perniagaan, kesilapan membolehkan anda jadikan pelajaran dan anda tidak akan mati kerana itu.

Insyallah!

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. Assalamualaikum Tn Shubhi … saya sedang mempersiapkan diri untuk terjunan pertama

    – Tarikh jangkaan … ada
    – Bisnes apa yang nak dilakukan … ada
    – Simpanan 6 bulan … dalam pembikinan
    – Habiskan hutang jahat … tinggal satu je lagi
    – Sokongan keluarga … emmm
    Zamree recently posted…Warih Homestay : Himpunan Mutiara KataMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge