Bengkel berkualitiInsyaallah! pada hari Sabtu nanti bersamaan 15hb Feb 2014, akan berjalan satu lagi bengkel perniagaan yang dianjurkan oleh Hidupringkas.com

Izinkan saya gunakan ‘bengkel asas perniagaan’ untuk bengkel tersebut sebagai menggantikan ‘bengkel menilai potensi perniagaan’ kerana risau kalau-kalau ada peserta yang salah faham dan mengharapkan sesuatu yang tidak saya janjikan.

Ini disebabkan ada peserta yang turut hadir sedangkan mereka sudahpun hebat dalam ilmu perniagaan dan tidak memerlukan bimbingan asas yang saya tawarkan.

Tambahan pula mereka sudahpun menjalankan perniagaan, dan tidak ada masalah dengan perjalanan perniagaan yang sedang mereka jalankan.

Apabila peserta sebegitu hadir, maka sudah tentu perkongsian sederhana saya terhadap ilmu-ilmu asas serta perkongsian perjalanan serta pengalaman saya yang juga sederhana ini membosankan mereka. Maka ia akan hanya mencacatkan reputasi bengkel yang saya anjurkan.

Formula dibawah penting untuk kita hayati. Ia menggambarkan kualiti produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan pada pengguna.

Kualiti = (Apa yang ditunaikan) – (Apa yang dijanjikan)

Jika apa yang anda harapkan lebih tinggi kerana salah faham dengan janji yang diberikan oleh penjual, walau sehebat manapun produk / perkhidmatan yang telah diberikan akan membawa kepada kekecewaan.

Jika orang jangkakan 10 sedangkan kita hanya tunaikan 9 atau kurang, maka berlakukah ketidak puasan hati. Dan rumusan yang pelanggan akan lakukan adalah perniagaan kita tidak berkualiti.

Apa yang bengkel asas perniagaan tawarkan

Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa bengkel yang saya anjurkan hanyalah khas untuk mereka:

  1. Yang mahu jadi usahawan dan ada idea perniagaan serta mahu mendengar perkongsian pengalaman dari orang yang dah lama bergelumang dalam dunia keusahawanan.
  2. Sudah menjadi usahawan tetapi sedang pening kepala dengan perniagaan yang dijalankan sekarang.

Jika anda sudah berniaga dan dah banyak pengalaman dan rajin membaca atau rasa anda dah tahu banyak perkara, tolong jangan datang kerana saya tak dapat membantu anda.

Juga jika anda sudah kaya dan hanya sedang mencari formula untuk menjadi jutawan besar, tawaran itu tidak ada dalam bengkel saya.

Juga jika anda sudah berniaga dan sudah berjaya, hanya memerlukan teknik pemasaran secara terperinci untuk melonjakkan lagi perniagaan anda, tawaran itu juga tidak ada dalam bengkel saya.

Ingat!!! saya hanya berkongsikan asas perniagaan sahaja…tidak ada formula ajaib untuk berjaya dan tidak ada formula ajaib untuk jadi jutawan segera.

Apa istimewanya bengkel asas perniagaan pada 15hb Feb 2014 nanti

Semua yang saya tawarkan sebelum ini seperti memahami 10 perkara asas dalam menentukan kedudukan idea perniagaan kita dan juga penerangan berkenaan erti perniagaan akan diteruskan seperti biasa.

Cuma bezanya kali ini adalah kehadiran salah seorang rakan usahawan yang akan berkongsikan pengalaman pahit manisnya dalam dunia keusahawanan.

Rakan saya ini merupakan seorang Guru sekolah pada satu masa dahulu dan telah berhenti dengan nekad untuk menjadi usahawan sepenuh masa.

Seperti mana dengan usahawan lain, beliau telah mengharungi berbagai pahit getir sebagai usahawan. Naik dan turun seperti menunggang ambak yang bergelora.

Dia pernah menjadi ajen tunggal pengedaran dan penjualan kereta mewah jenama antara bangsa. Beliau juga pernah menjadi ajen hartanah, beliau juga pernah jadi kaya dengan main saham….banyak lagi ceritanya.

Insyaallah kita akan dengan perkongsian ringkasnya dalam salah satu slot bengkel asas perniagaan kali ini.

Bagaimana dengan mereka yang telah menghadiri bengel sebelum ini?

Jika para peserta bengkel mahu turut serta untuk bengkel kali ini, saya alu-alukan kerana ada tambahan modul iaitu erti perniagaan akan dimasukkan dalam bengkel kali ini.

Para peserta bengkel yang pertama dan kedua telah terlepas bab tersebut sebelum ini. Jika alumni bengkel perniagaan sebelum ini mahu turut serta , anda hanya perlu membayar RM20 sahaja.

Bagi yang belum mendaftar tapi mahu turut serta mempelajari asas perniagaan, boleh berbuat demikian dengan mendaftarkan diri di sini.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge