tawan hati pelanggan sampai berjayaSamada anda seorang jejaka usahawan atau jejaka bukan usahawan, sepanjang hidup sejak baligh tentu pernah mengorat perempuan yang anda suka. Jika anda seorang perempuan pula, tentu sepanjang menjalani kehidupan pernah berkenan dan cuba mengorat lelaki.

Untuk itu, teknik mengorat perempuan atau mengorat lelaki yang kita sukai adalah universal dan dapat dimengerti oleh semua orang samada berdarah usahawan ataupun tidak.

Jesteru itu penggunaan contoh teknik mengorat perempuan lebih mudah membuatkan mereka yang kabur akan dunia keusahawanan memahami konsep menjalankan perniagaan agar berjaya.

Kenapa gunakan teknik mengorat perempuan untuk memahami perniagaan

Saya sebenarnya baru perasan tentang penggunaan misalan ini baru-baru ini sahaja. Ia berikutan sesi coaching yang saya jalankan pada salah seorang peserta yang sedang saya bimbing untuk perniagaan yang diceburinya.

Sebelum menjadi peserta HR Biz Coaching, dia sudah berputus asa dan tidak lagi yakin akan kemampuannya menjalankan perniagaan. Lebih-lebih lagi apabila semua orang sekelilingnya juga berpendapat demikian.

Sejak itu dia mula hilang arah satu demi satu perniagaan dicubanya dan kesemuanya dilakukan sekerat jalan. Tidak hairanlah dia berakhir dengan kekaburan dan tidak berjaya membina satupun perniagaan yang baik.

“Jika anda buat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama, anda sebenarnya tidak berbuat apa-apa…” Peribahasa Itali

Mendapatkan bantuan HR Biz Coaching

Tapi nampaknya dia masih lagi mencari jalan untuk mendapatkan jawapan. Maka disertainya tawaran HR Biz Coaching dan mendapatkan bimbingan secara terus dari saya.

Dia datang dengan keadaan kosong tak tahu nak berniaga. Tetapi sasarannya adalah mahu menjadi usahawan. Oleh itu tugas pertama saya adalah membantunya menentukan satu perniagaan berdasarkan apa yang dia ada.

Alhamdulillah, masuk sesi pertemuan yang kedua, dia berjaya tetapkan pendirian dengan satu perniagaan yang mula-mula sekali dilakukannya tetapi gagal sehingga membuatkan dia rasa perniagaan itu tidak sesuai lagi untuk dirinya.

Dalam tempoh tidak sampai 6 bulan, perniagaan yang dihidupkan semula itu melonjak hasilnya jauh lebih baik daripada yang pernah dikecapinya selama ini. Dia sendiri tidak sangka boleh jadi macam tu sedangkan perniagaan yang sama itulah yang telah membuatkannya kecewa sebelum ini.

Dia sebenarnya diajar menggunakan teknik mengorat perempuan

Dalam sesi muhasabah baru-baru ini saya terangkan kenapa dia berjaya. Satu-satunya sebab adalah saya menekankan usaha tanpa jemu dan jangan berhenti selagi tidak dapat apa yang dia mahukan.

Berpusing juga mahu saya fahamkan dirinya dan akhirnya saya bertanya soalan bagaimana nak dapatkan seorang perempuan yang disukai untuk dijadikan sebagai isteri.

Biasanya akan berlaku proses atau  langkah-langkah seperti berikut:

  1. Tertarik pada seorang perempuan – Kita biasa bertemu dan mula tertarik dengan seorang perempuan. Kita rasa ada sesuatu pada perempuan itu yang membuatkan kita mahu mendapatkannya. Ada 3 pilihan yang boleh dibuat:
    1. Pendamkan rasa dan biarkan ianya hilang begitu sahaja tanpa buat sesuatu. Inilah yang majoriti ramai orang lakukan. Hasilnya adalah 99.9% pasti anda tak dapat menawan hati perempuan itu.
    2. Mengorak langkah mendapatkan maklumat. Bagi mereka yang ke depan sikit akan buat sesuatu dengan merisik maklumat seperti melalui bertanyakan pada orang yang kenal perempuan tersebut. Malangnya maklumat dari orang ramai memberitahu bahawa perempuan itu susah untuk didekati, lalu…
      1. Anda terima maklumat itu dan batalkan saja niat…ini juga berlaku pada ramai orang dah mula mengorak langkah tetapi sekerap jalan kerana dipengaruhi orang lain. Atau anda jenis…
      2. Yang degil dan tidak hiraukan apa orang kata. Belum cuba belum tahu lalu anda mengorak lagi langkah seterusnya meluahkan hasrat pada perempuan tersebut…
    3. Cubaan kali pertama anda ditolak mentah-mentah – Sebenarnya untuk sampai ke peringkat ini, jumlah mereka yang ke depan sudahpun sedikit bilangannya (jika anda tahu). Sebak saja menerima penolakan itu, lalu anda berkata,
      1. Memang betul kata semua orang, dia ni memang susah nak dapat. lalu anda berhenti dan menjadi seorang lagi ahli baru untuk menghasut orang baru yang mahu mencuba. Atau…
      2. Anda tidak mahu berhenti lalu berusaha mencari pendekatan lain untuk cubaan kali kedua. Di peringkat ini jumlah pesaing anda sebenarnya menjadi lebih sedikit.
    4. Anda cuba lagi kali kedua dan ketiga. Masih mendapat penolakan. Lalu anda samada,
      1. Berhenti setelah 3 kali mencuba atau
      2. Teruskan lagi perbaiki pendekatan dan cuba buat kali ke 4 dan seterusnya. Di saat ini jumlah pesaing anda sebenarnya semakin terlalu kecil jumlahnya.
    5. Sehinggalah berlaku penolakan demi penolakkan dan berlaku lagi saringan demi saringan dan akhirnya tinggal anda seorang sahaja yang masih tidak jemu mencuba mendapatkan perempuan itu.
  2. Cuba teka akhirnya siapa yang akan dapat…..?

Selagi perempuan itu masih memiliki apa yang anda mahukan darinya, dan selagi anda terus mencuba, kemungkinan untuk anda menjadi pilihan semakin membesar.

Mendapatkan hasil dalam perniagaan sama juga dengan teknik mengorat perempuan

Sekarang tukarkan sahaja perempuan itu pada pelanggan anda dan lakukan perkara yang sama sehingga anda berjaya mendapatkan jualan dan menjayakan perniagaan anda.

Tak ada cara lain untuk berjaya selain daripada JANGAN BERHENTI MENCUBA!. Sebaik saja anda berhenti, kegagalan adalah pasti. Jika Thomas Edisson berhenti mencuba, lampu mungkin  akan direka oleh orang lain!.

Oleh itu, kalau anda pernah jatuh hati pada seorang perempuan dan gagal kerana berhenti mencuba. Ambil peluang untuk balas dendam dengan menjadi usahawan dan mengoratlah pelanggan anda. Gunakan teknik mengorat perempuan yang saya nyatakan di atas, Insyaallah akan berjaya!.

sumber gambar

Total
15
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. saya tak guna semua teknik itu untuk mengurat perempuan kerana tackle terus dapat..mungkin dah rezeki kot..nasib baik saya bukan kaki perempuan tuan..
    apapun saya faham bahawa teknik ini amat sesuai untuk menawan hati pelanggan.terima kasih kerana berkongsikan maklumat hebat nie..
    kakiblog recently posted…Himpunan Terbesar Blogger Malaysia 2013My Profile

  2. Konsentrasi atau istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan memang menjadi kunci kejayaan kepada bidang yang kita ceburi. Cuma, kadangkala ada masanya hati kita cepat mengalah apabila hasil yang diinginkan tidak dapat dituai pada masa yang kita jangkakan.
    Anak Askar Pencen recently posted…Nasik Lemak Nan SebungkusMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge