tinggi mana tahap desakan penggunaTahap desakan pengguna yang tinggi untuk pengguna mendapatkan produk atau khidmat perniagaan kita penting untuk membuatkan perniagaan berjaya.

Dalam artikel sebelum ini saya ada tuliskan 10 cara untuk menilai potensi perniagaan yang mahu dijalankan samada bakal menjadikan kita usahawan berjaya atau usahawan yang syok sendiri sahaja.

Perkara pertama yang boleh kaji adalah apa yang saya panggil sebagai desakan pengguna dan keinginan pengguna untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

Contoh tahap desakan pengguna

Tahap desakan ini boleh kita bayangkan seumpama seseorang yang sedang menahan kencing dengan seseorang yang rasa macam nak kencing tapi bukan ditahap terdesak.

Bagi yang dah terdesak, tandas berhampiran yang tidak berapa bersih dan teruruspun mampu digunakan asalkan dia dapat melepaskan hajatnya yang dah tak boleh ditahan. Dalam keadaan itu, walaupun dikenakan bayaran RM1 pun , dia masih akan menggunakannya walaupun mulutnya akan bising marah kerana mahal.

Bagi yang rasa macam nak kencing, tetapi masih ok kerana tidak terdesak dan masih boleh tahan, akan melihat-lihat dulu tandas yang ada. kalau tak terurus, dia mungkin akan berlalu, apath lagi jika kena bayar mahal pulak.

Jika anda seorang peniaga yang tawarkan khidmat penggunaan tandas, senario pertama tadilah yang sudah tentu menjadi pilihan yang bakal menjadikan anda kaya. Semakin ramai orang yang tak tahan nak kencing maka semakin larislah penggunaan tandas anda.

Soalan yang perlu ditanya terhadap tahap desakan pengguna

Dalam menilai tahap desakan perniagaan, kita perlu jujur menjawab soalan kenapa pelanggan perlu beli atau gunakan khidmat perniagaan yang ditawarkan.

Jika dinilaikan skala 1 hingga sepuluh di mana 1 menggambarkan orang yang langsung tak ada rasa nak kencing dan 10 menggambarkan orang yang sedang berperang maut benda dah nak keluar, berapakah nilai yang anda berikan pada perniagaan yang mahu dijalankan.

Bagaimana kalau tak tau nak jawab

Jika anda tak ada idea untuk menjawab soalan itu ataupun anda boleh jawab tetapi ia hanya berdasarkan andaian diri sendiri yang biasanya belum tentu betul seperti mana orang lain, perlulah dapatkan bantuan dari orang lain.

Malah sebenarnya pendapat orang lain adalah lebih bagus daripada pendapat sendiri kerana sebagai usahawan, kita mesti ingat bahawa kita jual apa yang orang mahu dan bukannya apa yang kita mahu.

Oleh itu cuba lakukan sedikit kaji selidik untuk melihat tahap desakan orang ramai terhadap apa yang anda mahu laksanakan. Jika anda ada produk, perlu diadakan sampel agar pengguna dapat menilai tahap kesukaan mereka dengan lebih tepat.

Merangka questionaire kajiselidik yang ringkas juga akan banyak membantu anda mengenal pasti potensi perniagaan yang mahu dijalankan.

Paling lekehpun berkongsilah dengan seramai mungkin kawan, jiran dan kenalan tawaran yang anda sedang rancangkan dan lihat tahap keterujaan mereka untuk mendapatkannya.

Idea perniagaan mudah yang ada desakan pengguna tinggi

Saya pernah mengsyorkan satu perniagaan pada kawan suatu masa dulu yang boleh dilakukan di kawasan penempatan yang tinggi di bandar atau pinggiran bandar.

Perniagaan tersebut adalah perkhidmatan pembantu rumah bukan sepenuh masa yang kerjanya hanyalah datang ke rumah untuk mengemas, basuh baju, sidai baju, masak dan habis. Kerja yang perlu dilakukan boleh ditambah mengikut keperluan pelanggan.

Antara andaian yang membuatkan timbul idea tersebut adalah disebabkan suasana sibuk mengejar masa yang dihadapi oleh ibu dan bapa berkerjaya di bandar sekarang ini.

Pendapatan yang tak berapa tinggi tidak memungkinkan mereka mendapatkan seorang pembantu rumah sepenuh masa kerana kosnya mungkin agak tinggi.

Tetapi jika ada pembantu rumah yang separuh masa yang datang membantu kerja-kerja mudah seperti yang disebutkan di atas, tentu banyak meringankan beban mereka.

Idea tersebut dibawa pulang oleh rakan saya dan dia mula bertanya pada ramai kawan-kawannya terutamanya mereka yang menjadi guru atau pegawai kerajaan lain.

Jawapannya yang dia terima adalah ..kalau ada esok juga saya mahu dia mula kerja!. Itu satu contoh tahap desakan yang tinggi untuk satu idea perniagaan.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

20 comments

  1. Betul Tuan Shubhi, bisnes mengemas rumah memang demand tinggi. Makcik sy tinggal di Shah Alam ada guna khidmat pembantu mcm ni. Baru2 ni sy dapatkan khidmat cuci rumah untuk rumah pakcik yg nak disewakan. Jenuh jugak search di google sbb semua full! Last2 dapat juga 1 company, charge rm400++ utk cuci rumah 2 tingkat(rumah bersih cuma ada habuk2 sikit!).hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge