Masalah besar dalam perniagaan ada pada para pekerja di dalam syarikat perniagaan itu sendiri. Jika anda Tanya pada para usahawan apakah cabaran paling besar dalam perniagaan, sudah tentu ramai yang akan menjawab, menguruskan pekerja.

Semua usahawan kalau boleh mahu dapatkan satu cara paling berkesan untuk tingkatkan motivasi pekerja syarikat mereka.
Jika para motivasi pekerja tinggi, produktiviti juga akan tinggi. Hasil kerja atau kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan juga akan menjadi hebat.

Produk atau perkhidmatan yang hebat membuatkan pelanggan puas hati. Pelanggan yang puas hati akan ceritakan pengalamannya pada rakan.

Bila jadi begitu, pelanggan anda secara tak langsung telah berfungsi sebagai ajen pemasaran syarikat anda. Ini membuatkan syarikat berkembang dengan laju tanpa perlu belanjakan aktiviti pemasaran yang berkos tinggi.

Persoalannya adalah bagaimana nak tingkatkan motivasi pekerja dengan cara yang paling berkesan?

Tingkatkan motivasi pekerja dengan duit

Sejak lama dulu, amalan tingkatkan motivasi pekerja melalui ganjaran wang sudah menjadi perkara biasa.

Tapi kajian demi kajian membuktikan bahawa peningkatan ganjaran dalam bentuk kewangan tidak seiring dengan peningkatan kecemerlangan.

Banyak syarikat besar yang habiskan duit berikan berbagai ganjaran besar pada pengurusan tinggi mereka sedangkan prestasi syarikat hampas!

Jelas duit banyak bukan jalan penyelesaian tingkatkan motivasi pekerja agar menjadi lebih cemerlang dan seterusnya menjadikan syarikat hebat prestasinya.

Macam mana nak tingkatkan motivasi pekerja?

Apa saja yang kita buat, jika dihayati matlamatnya yang lebih besar akan memberikan motivasi serta kepuasan yang tinggi.

Jika sekadar duit, para pekerja hanya akan cekap mengira. Mereka akan kira waktu kerja, mereka akan kira berapa banyak duit mereka dapat dan paling teruk mereka akan kira dan bandingkan apa yang orang lain dapat.

Jika duit yang diberikan melebihi daripada keperluan asas, pertambahan duit selebihnya bukanlah menjadi factor pekerja untuk bermotivasi tinggi.

Di kala itu, memahami makna apa yang mereka buat menjadi factor yang lebih utama. Pekerja yang tahu apakah sumbangan mereka dalam mencapai makna besar yang mahu dicapai oleh syarikat, akan bekerja dengan penuh kepuasan.

Tingkatkan motivasi pekerja dengan memberi makna

Rasanya ramai dah pernah dengar teori memberi makna besar dalam perniagaan untuk mendorong kejayaan sesebuah perniagaan.
Tapi mungkin ramai yang tak dapat gambaran jelas apa yang dimaksudkan dengan memberi makna.

Untuk memahami perkara ini jom kita tengok bagaimana makna berfungsi dalam aktiviti gotong royong membersihkan surau.
Jika anda seorang yang aktif bermasyarakat, dan sudah tentu seorang usahawan ada sikap sebegitu, anda sudah tentu kerap hadir dalam aktiviti gotong royong seperti membersihkan surau.

Kalau anda tak pernah sertai apa-apa aktiviti gotong royong, maka tak hairanlah jika anda menjadi seorang boss yang bebal dalam membina makna dalam perniagaan anda.

Aktiviti gotong royong biasanya bermula dengan mesyuarat. Semua ajk surau yang terlibat akan merancang program tersebut sehinggalah sebaran dilakukan kepada semua penduduk untuk turut serta.

Bila dating harinya, masing-masing akan dating ke surau (tapi biasanya tak sampai 1% daripada penduduk yang akan turut serta… memang malang).

Seawal pagi mereka ke surau dan dah tersedia sarapan untuk semua yang turut serta. Ertinya ada orang yang ditugaskan untuk urusan tersebut dan dia melaksanakannya dengan cemerlang.

Anda ambil sarapan dan setelah selesai terus mula buat kerja yang anda pilih. Ada yang pergi cuci tandas, ada yang potong rumput, ada yang sapu sampah, ada yang cuci kipas, ada yang pergi kedai beli barang yang tak cukup dan berbagai lagi kerja termasuklah ada yang duduk saja melayan kawan-kawan supaya dia tak bosan buat kerja.

Bila dah selesai semua kerja, surau dah kelihatan amat bersih semua puas hati dan masing-masing balik ke rumah.
Tahukah anda bila dalam perjalanan sedang balik ke rumah lalu berselisih dengan rakan yang bertanya,

“Dari mana ni…?”

Saya yakin 100% anda akan jawab,

“Dari surau gotong royong bersihkan surau…”

Mungkin anda hanya pergi sapu sampah di sebahagain kecil belakang halaman surau, tapi anda secara spontan akan jawab pergi gotong royong bersihkan surau dan bukannya sapu sampah belakang surau.

Memberikan makna besar dalam perniagaan anda

Dalam contoh aktiviti gotong royong bersihkan surau itu, pihak surau telah Berjaya kumpulkan dan satukan semua orang daripada atas sampai bawah untuk menyatakan hanya satu matlamat yang dikongsikan bersama.

Maka sebab itu matlamat besar tersebut Berjaya dicapai dengan baik dan tidak ada yang buat sekerat jalan dan berkira dengan apa yang dia lakukan.

Cuba bayangkan jika syarikat anda bermatlamat mempermudahkan pengurusan kehidupan dan perniagaan para usahawan dan matlamat itu difahami oleh kesemua pekerja di syarikat anda.

Maka jika anda bertanya pada samada pekerja sapu sampah, kerani, pekerja am, penyelia atau pengurus di syarikat anda kamu kerja apa?
Lalu dia menjawab, saya membantu mempermudahkan pengurusan kehidupan dan perniagaan usahawan…

Maka anda sudah Berjaya memberikan makna yang besar kepada semua pekerja anda. Dan sudah pasti syarikat anda adalah sebuah syarikat yang amat hebat dan menjadi pilihan pelanggan.

Diharapkan sekarang anda dah faham apa maksudnya memberikan makna yang besar kepada syarikat perniagaan anda. Jika anda Berjaya terapkannya, insyaallah anda akan Berjaya tingkatkan motivasi pekerja di syarikat anda dan mereka sudah tentu akan rasa bangga bekerja di syarikat anda.

Total
20
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. Sebenarnya banyak cara nak tingkatkan motivasi pekerja sesebuah organisasi.

    Tapi selalunya kita terlepas pandang.

    Tak kisahlah sektor swasta atau kerajaan. Rasanya elok cara ini.

    Siapa-siapa pun akan iktiraf dan bagus untuk bisnes kekal lama.

    Sebagai Muslim, Bos @ CEO bisnes tu setiap pagi mesti alunkan bacaan Al-Quran seperti :

    1. Surah Al-baqarah (full – elak sihir)
    2. Surah pilihan
    3. Ayat 1000 Dinar dan ayat quran elak sihir

    Yakinlah, insyaAllah bisnes kita akan maju dan pada masa sama pekerja dan sesiapa saja yang mendengarnya akan jadi lembut hatinya dan sebagainya.

    Konfem cara ini membuah hasil. Tak percaya tengok mana-mana bisnes India Muslim seluruh dunia. Setiap pagi alunkan bacaan Al-quran. Tak perlu lama-lama pasang kaset tu. Setiap pagi hanya 10-15 minit saja.

    Seterusnya ikut kita la nak pasang lagu / radio apa pun.

    Harap perkongsian yang tak seberapa ni dapat membantu sesiapa sahaja. 🙂
    Asyraf Asri recently posted…Kerjaya Customer Service di KLIAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge