Tips perniagaan bengkel kereta – Awasi sindrom mekanik hebat

By | 21/11/2012

Close-Up-Of-Screw-Holes-In-MetalJika anda seorang mekanik hebat dan mahu menjalankan perniagaan bengkel kereta, sila baca dan fikirkan apa yang akan saya ceritakan di bawah.

Jika anda memahami apa yang saya tuliskan ini, insyaallah anda akan dapat menyelamatkan diri dari menjadi hamba kepada perniagaan anda sendiri.

Mekanik hebat buka perniagaan bengkel kereta

Bayangkan anda atau kawan yang anda kenal seorang mekanik yang cukup hebat. Pandai membaiki kereta jenis apa saja dengan kualiti yang tinggi.

Kerjanya cukup memuaskan hati. Pasti sesiapa saja yang diberikannya perkhidmatan akan rasa gembira dan kagum.

Pendek kata, macam-macam lagi kelebihannya yang hebat-hebat dalam kemahiran teknikal, amat panjang jika nak diceritakan…

Agaknya, apa yang anda akan nasihatkan padanya jika dia mahu berhenti kerja dan mahu menjadi seorang usahawan?

Apa perniagaan yang anda akan cadangkan padanya untuk dibuka?

Sudah tentu mudah untuk menjawab soalan tersebut !

Tak payah fikir panjang-panjang sebab siapa saja yang waras akal akan mencadangkan agar dia menjalankan perniagaan bengkel kereta!.

Saya juga akan menasihatkannya untuk membuka perniagaan bengkel membaiki kereta.

Elakkan sindrom mekanik hebat jika menjalankan perniagaan bengkel kereta

Tapi tahukah anda ada satu perkara yang cukup bahaya bakal dihadapi oleh seorang mekanik hebat yang cukup suka dengan kerja membaiki kereta?.

Tahukah anda bahawa mekanik hebat yang menjalankan perniagaan bengkel kereta akan mengalami ilusi mekanik hebat dan lupa pada tugasan menjalankan perniagaan?

“Dia akan menjadi seorang mekanik dan cenderung untuk lupa bahawa dia sepatutnya menjadi seorang usahawan!”

Pusingan hayat sesebuah perniagaan lebih kurang sama dengan sebuah kehidupan. Berikut pusingan hayat perniagaan:

  1. Peringkat permulaan – Masa ini taukeh akan buat hampir kesemua urusan kerja yang diperlukan dalam perniagaan bengkel kereta tersebut. Terutamanya kerja membaiki, kerana ini cara yang paling menguntungkan. Lagipun sudah tentu taukeh yang minat dan pandai baiki kereta akan buat kerja baiki kereta.
  2. Peringkat membesar – Oleh kerana dia pandai baiki kereta dan ramai orang suka maka pelanggannya semakin ramai. Saat ini merupakan cabaran paling getir bagi taukeh. Jika tidak ada ilmu perniagaan, dia akan membawa perniagaannya menuju ke lubang masalah yang cukup besar. Dia akan terkial-kial buat kerja seperti superman untuk baiki semua permintaan yang tinggi…dan sudah tentu dia akan gagal jika cuba nak jadi superman.
  3. Peringkat matang – Biasanya peringkat ini akan sampai jika taukeh berjaya menghadapi masalah di peringkat ke dua di atas. kalau tidak, perniagaannya akan mengecil semula dan akhirnya bungkus padam dan taukeh akan kerja makan gaji semula!

Perkara yang sama akan berlaku pada sesiapa saja yang membuka perniagaan berdasarkan apa yang dia minat dan pandai serta cekap melakukannya.

Ia melibatkan segala perkara yang teknikal seperti membuat kek, buat popiah, web design, program komputer, buat rumah, buat perabut, dan lain-lain seumpamanya.

Dalam kes mekanik hebat di atas, peringkat kedua perniagaan memerlukan ilmu menjadi usahawan yang luas dan bukan sekadar ilmu membaiki kereta. Oleh itu pastikan anda faham apa dia ilmu perniagaan berbanding ilmu teknikal agar perniagaan anda mampu sampai ke peringkat matang.

Kalau nak tahu, berkawanlah dengan saya atau kawan-kawan usahawan lain yang berjaya membesarkan perniagaan mereka sehinga ke peringkat mereka tidak perlu lagi berada di tempat kerja untuk membolehkan perniagaannya berjalan lancar.

Demikianlah serba ringkas pedoman untuk mekanik hebat yang nak menjalankan perniagaan bengkel kereta. moga ada manfaatnya untuk anda.

11 thoughts on “Tips perniagaan bengkel kereta – Awasi sindrom mekanik hebat

  1. noor amylia

    assalamualaikum..sy mempunyai rakan yg hebat dlm mekanik..:) dan kami ingin memulakan perniagaan kami dlm dunia bisnes iaitu dalam bidang mekanik…tp kami xtau ape yg perlu kami mulakan dan lakukan utk buat biz ni..sblm ni rakan sy hnya mkn gaji shaja dlm bidang mekanik..jd sy nk merealisasikan impian dia tuk buka bisnes sndiri dan sy merupakan bisnes partner nye…sy sgt memerlukan tunjuk ajar dari tuan from a to z..sbb sblm ni sy hnya ada pengalaman dlm bisnes makanan online dan offline sahaja..:) disini sy sertakan no saya..harap pihak tuan sudi mmberi tnjuk ajar…tq.. 01115238607

    Reply
  2. Kaharul

    Assalamualaikum wbt .. nak tya sikit ..sya baru nak start dengan bisnes ni tapi satu benda pun saya x tahu pasal bisnes .. jadi ,pada pdapat encik layak ka saya menceburi bidang ni atau pun x ?

    TERIMA KASIH .

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Waalaikomsalam,

      Maksud Kaharul, tak tahu langsung berkenaan bisnes yang nak dijalankan ke atau tak tahu apa itu bisnes… ?

      Reply
  3. Lynn™

    Saya suka belajar dari mentor yang berjaya dan ingin menolong orang lain berjaya seperti tuan.
    Terima kasih kerana berkongsi banyak ilmu dan info di blog ini.
    Lynn™ recently posted…Serum penyeri wajah.My Profile

    Reply
      1. Shubhi Post author

        Boleh hubungi saya melalui ‘Contact’ kat atas tu… tq

  4. faizal

    Salam, terima kasih di atas nasihat yang diberikan. ini bermakna saya perlu selesaikan dahulu hutang2 saya dan kemudiannya baru mulakan semula bisnes saya?

    Reply
  5. Faizal Mohd

    Salam,saya sekarang masih bekerja makan gaji, 2 tahun lepas saya ada buka workshop bersama partner untuk jana pendapatan sampingan..pada mulanya saya sendiri jadi mekanik selepas 6 bln saya amik pekerja 2 org..alhamdulillah dengan izin Allah bisnes saya bertambah maju dengan jayanya,selepas 1 thn bisnes partner tarik diri,selepas itu bisnes dah start merudum dan pekerja mula buat perangai..lebih memeritkan pekerja bertindak menipu di belakang saya dengan ambil barang di kedai spare tapi pasang dekat kereta kwn2..duit masuk poket mereka..disebabkan saya bekerja 8-5 so saya serahkan kpercayaan kepada pkerja saya untuk manage kedai..end up pekerja berhenti kerja dan saya terpaksa tanggung hutang sebanyak rm20k hingga sekarang..sy tutup kedai dan fokus kerja mkan gaji..tp selepas setahun perasaan nak bisnes kembali semula dan regular customer keep asking suruh buka semula..saya juga masih sambung belajar part-time skrg..soalannya patutkan saya kembali menceburi dunia bisnes selepas keperitan yg dh saya lalui skrg..sy perlu selesai hutang kedai spare-part by hook or by crook..mintak pendapat pihak tuan..family mmg tidak galakkn sya bisnes slpas apa yg berlaku..

    Reply
  6. Faizal Mohd

    Salam,saya sekarang masih bekerja makan gaji, 2 tahun lepas saya ada buka workshop bersama partner untuk jana pendapatan sampingan..pada mulanya saya sendiri jadi mekanik selepas 6 bln saya amik pekerja 2 org..alhamdulillah dengan izin Allah bisnes saya bertambah maju dengan jayanya,selepas 1 thn bisnes partner tarik diri,selepas itu bisnes dah start merudum dan pekerja mula buat perangai..lebih memeritkan pekerja bertindak menipu di belakang saya dengan ambil barang di kedai spare tapi pasang dekat kereta kwn2..duit masuk poket mereka..disebabkan saya bekerja 8-5 so saya serahkan kpercayaan kepada pkerja saya untuk manage kedai..end up pekerja berhenti kerja dan saya terpaksa tanggung hutang sebanyak rm20k hingga sekarang..sy tutup kedai dan fokus kerja mkan gaji..tp selepas setahun perasaan nak bisnes kembali semula dan regular customer keep asking suruh buka semula..saya juga masih sambung belajar part-time skrg..soalannya patutkan saya kembali menceburi dunia bisnes selepas keperitan yg dh saya lalui skrg..sy perlu selesai hutang kedai spare-part by hook or by crook..mintak pendapat pihak tuan..family mmg tidak galakkn sya bisnes slpas apa yg berlaku..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Data daripada ribuan usahawan yang berjaya mendapati sekurangnya mereka gagal sebanyak 3.5 kali sebelum berjaya.

      Rumusannya tak ada usahawan berjaya yang tak pernah gagal. Tapi kegagalan tidak membuatkan mereka berhenti sebaliknya memikirkan jalan untuk mengatasinya kemudian.

      Elok selesaikan dulu hutang kepada pembekal walau dalam keperitan. ini membuatkan mereka memberikan Faizal tahap 5 bintang dari segi kejujuran. Dan mereka biasanya akan jadi orang pertama yang akan membantu bila perniagaan dimulakan semula.

      Hanya yang jatih bangun semula akan mengecapi nikmat kejayaan. Elok cuba lagi dan kali ini lebih berhati-hati terutama dalam pemilihan staff…itu first rule yang peniaga berjaya lakukan….pilih pekerja terbaik !

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge