Tumpu pada satu perniagaan sampai berjayaAntara sikap usahawan yang pelik yang sering saya jumpa adalah sikap buat berbagai-bagai perniagaan dari awal menjalankan perniagaan.

Mungkin ramai yang melihat hampir semua para usahawan yang berjaya di peringkat tinggi yang ada sekarang, yang disuluh oleh lampu glamour kejayaan melakukan berbagai perniagaan yang besar-besar.

Jarang kita lihat para usahawan yang bertaraf multi jutawan melakukan hanya satu perniagaan sahaja. Mereka biasanya terlibat di dalam berbagai industri di dalam satu skala yang amat besar.

Melihat keadaan itu, tentu ramai yang terpedaya bahawa kalau nak berjaya ke peringkat tinggi seperti mereka, kita juga perlu buat macam-macam perniagaan. Lalu bila usahawan itu mula menjalankan perniagaan, dia tak akan melepaskan apa saja peluang perniagaan yang melintas di hadapannya.

Kenapa perlu tumpu pada satu perniagaan dahulu

Dari pemerhatian saya selama ini, kawan-kawan yang buat macam-macam perniagaan sejak mula masih kekal begitu sehingga sekarang. Ramai yang berniaga lebih awal daripada saya masih kekal tak ada apa-apa sampai sekarang.

Mereka masih kekal dengan modus operandi yang sama buat apa saja peluang yang melintas dan berakhir dengan tidak ada satupun perniagaan yang kekal membesar dan mampu menyara kehidupan mereka secara konsisten.

Sebaliknya mereka yang berikan tumpuan pada satu dan hanya satu perniagaan sahaja terlebih dahulu dapat pergi jauh dan sekarang ada beberapa perniagaan lain yang berjaya.

Rahsianya adalah mereka berikan tumpuan sepenuh masa dan sepenuh hati untuk membina perniagaan yang satu itu sehinggalah ke peringkat yang mampu menyara kehidupan mereka dan bergerak secara stabil.

Setelah perniagaan yang stabil itu bergerak ke depan, mereka hanya memberikan tumpuan secara ringan dan membuat peningkatan secara perlahan-lahan dan konsisten untuk membuatkan perniagaan tumpuan itu terus membesar.

Apabila berada di dalam situasi itu barulah mereka mencuba perniagaan lain yang diyakini berpotensi. Sudah tentu mereka dapat lakukannya kerana sudah tidak ada masalah pengalaman, masalah kewangan dan masalah masa. Kemungkinan untuk berjaya dengan perniagaan lain pula adalah lebih tinggi.

Tumpukan segala sumber pada satu perniagaan terlebih dahulu

Masalah awal yang dihadapi oleh para usahawan yang baru terjun dalam dunia perniagaan adalah masalah kekurangan segala macam sumber yang diperlukan untuk berjaya.

Usahawan yang baru ada masalah kekurangan pengalaman.

Usahawan yang baru juga ada masalah kekurangan duit.

Usahawan yang baru juga ada masalah kekurangan masa.

Disebabkan ada berbagai kekurangan itulah, kita perlu pastikan segala pengalaman, dana, masa dan lain-lain sumber yang ada hanya pada satu perniagaan sahaja terlebih dahulu.

Tidak ada perkara yang diberikan tumpuan dengan secukupnya yang tidak akan menghasilkan kejayaan. Masa yang diambil untuk membina dan memberikan tumpuan pada satu perniagaan mungkin menelan masa selama 3 atau 5 tahun.

Tapi tempoh masa selama 3 atau 5 tahun itu cukup untuk kita belajar, kumpul pengalaman, kumpul duit dan meringkaskan kerja dan akhirnya membuatkan masa menjadi lebih banyak.

Sebaliknya tempoh masa yang sama jika dihabiskan untuk buat macam-macam perniagaan akan berlalu begitu pantas tanpa menghasilkan apa-apa kejayaan yang ketara.

Takut terlepas peluang jika tumpu pada satu perniagaan sahaja

Antara ketakutan para usahawan bila berniaga adalah takut terlepas peluang. Ramai orang suka percaya bahawa peluang itu datang sekali sahaja, kalau tak tangkap tak akan datang lagi.

Itu satu kepercayaan yang salah jika anda dah biasa menjadi usahawan.

Peluang akan datang bertubi-tubi sepanjang masa sebaik sahaja anda buat keputusan untuk jadi usahawan. Ini disebabkan usahawan akan menjadi amat peka kepada peluang.

Ertinya usahawan sentiasa berusaha mencari peluang dan sudah tentu jika kita mencari ianya akan datang. Selama ini peluang tak datang ketika anda makan gaji adalah disebabkan anda tak mencarinya atau lebih tepat lagi tak buat keputusan nekad untuk menjadi usahawan dan mencari pelang.

Bukan bermakna peluang itu tak ada. Tapi sebaliknya otak anda telah menapis semua peluang itu dari masuk ke dalam kotak pemerhatian anda sebab tiada arahan untuk mencari.

Jadi jangan takut untuk tumpukan hanya pada satu perniagaan sahaja terlebih dahulu. Kalau nak cari peluangpun carilah peluang-peluang yang hanya berkisar pada perniagaan yang sedang dijalankan dan bukannya pada perniagaan lain pula. Kekal begitu sehingga perniagaan yang satu itu mantap dan stabil.

Sebenarnya ramai usahawan yang ada dibawah sinar lampu glamour sekarang ini bermula dengan hanya satu perniagaan sahaja terlebih dahulu. Bila dah berjaya dengan perniagaan itu, barulah mereka mempelbagaikan perniagaan.

Jadi jangan lompat tangga untuk buat apa macam  yang mereka sedang buat sekarang. Lihat dulu bagaimana perjalanan mereka dari mula dan ikutlah langkah awal mereka. Tumpu pada satu perniagaan terlebih dulu dan bina dengan sabar sampai berjaya sebelum nak lhat perniagaan lain pula.

Total
45
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. As salam tuan, terima kasih berkongsi artikel yg sgt bermanfaat. Sy tlh mengikuti blog tuan dari awal thn 2014 dan tuan berjaya meng’hasut’ sy utk terjun menjd usahawan. Hasilnya Jun 2014 sy tlh membebaskn diri dr hidup makan gaji. Bila dh berhenti, macam2 benda nak buat. Nk jual tu, nk jual ni. Nk buat tu, nk buat ni. Idea mencurah2. Tp masa x cukup. Blog tuan pun dh x sempat nk baca. Stress. Kena motivasi diri. Teringat semula pada blog tuan dan terjumpa artikel ni. Alhamdulillah…Lega. Terasa seperti ada panduan. Semoga tuan sudi meneruskan perkongsian mulia ini. Sy doakan tuan berjaya dunia dan akhirat. Banyak perkara yang sy ikut melalui perkongsian tuan. Terima Kasih. Semoga Allah shj yg membalasnya….

  2. Salam tuan..

    Sy sorang peniaga kecil2lan..sy penah berniaga di psr mlm,ada budak2 pekerja,ada tapak & kemudian gagal..stop nega msuk keja kilang..1 tahun kt kilang rasa xleh “blah”..resign kilang dan skg mula balik nega “grills concept” mcm psr mlm dlu tp kini bertapak di medan selera..sy bos & sy jugak kuli (working alone)..bnyk idea untuk kembangkan bisness ni..tp terasa bnyak kekangan yg muruntun..terasa mcm berada “inside the box & can’t break that box to fly for the rainbow”.. mcm mn perlu sy buat untuk “breaking that box?”
    Sy rasa x cukup strong untuk tangani msalah2 yg mdatang..modal terhad,pengurusan kewangan,jualan yg kurang memuaskan,motivasi down dan sokongan moral..mintak pandangan & nasihat tuan..
    (For ur infomation sy wat bisness honey chicken wings as a main product)

    TQ

    1. Sabar… sabar… sabar 5 kali. Jangan lupa prioritize kerja dan cari jalan untuk berjaya. Brainstorm dengan kawan yg ada semangat tinggi selalu dan buat analisa diri sejam sehari. Moga berjaya

  3. Salam En Shubhi. Terima kasih banyak2 menulis panduan untuk berniaga ni. Saya memang jadikan website utk bacaan masa lapang.

    Hasilnya saya akan jadi usahawan sepenuh masa lepas ni.
    Dah hantar surat berenti kerja dah pun.

    Diharap en shubhi terus menulis memberi panduan & semangat utk usahawan di luar sana. Sy doakan en shubhi terus berjaya dlm apa yg dilakukan.

    Fairuz.

    1. W’salam Fairuz! Tahniah ! insyaallah moga berjaya dalam perniagaan tu dan insyyaalah akan saya cuba berkongsi selama mungkin dan terima kasih doakan saya..!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge