Petua paling ringkas dan berkesan untuk orang yang bersabar dan mahu berjaya dalam perniagaan, malah dalam kehidupan adalah,

Fokus pada lakukan dengan betul “

Jika anda buat apa saja kerja, apa saja perniagaan, dan anda berikan sepenuh tumpuan untuk melakukannya dengan betul, masanya akan datang di mana matlamat yang anda kejarkan selama ini berjaya direalisasikan.

Anda perlu tahu bahawa berjaya itu adalah hasil. Jika anda mahu kuruskan badan yang gemuk, itu adalah hasil daripada gaya hidup sihat. Jika anda mahu bahagia, itu adalah hasil daripada sikap terbuka dan bersyukur dengan apa yang anda dapat.

Begitu juga jika anda mahu kaya, itu adalah hasil daripada usaha bijak dan keupayaan menahan diri daripada memuaskan nafsu keinginan secara tergesa-gesa dan segera.

Jesteru itu, jika anda mahu sebuah perniagaan yang berjaya, itu adalah hasil daripada melakukan perniagaan dengan betul. Fokus pada lakukan dengan betul akan perniagaan anda, insyaallah kejayaan akan menghampiri anda.

Apakah anda lakukan dengan betul?

Itu persoalan yang patut anda tanya pada diri sendiri sekarang. Buat senarai semakan dan gariskan satu persatu segala perkara asas yang perlu dilaksanakan dalam menguruskan dan menjayakan sesebuah perniagaan.

Jangan hanya mencongak dalam kepala seolah-olah anda dapat melihat kesemuanya dengan jelas. Berfikir hanya dalam kepala banyak dipengaruhi oleh prasangka dan emosi anda.

Sebaliknya, berfikir dengan sehelai kertas dan sebatang pen dapat menjelaskan keadaan dan menghalang otak dan emosi serta andaian liar daripada bermaharajalela.

Bagaimana lakukan dengan betul ?

Jika anda sedang berniaga, apakah perkara asas yang perlu ada untuk anda lakukan dengan betul perniagaan tersebut ? Pernahkan anda terfikir kesemua itu semenjak kalai pertama anda menjalankan perniagaan?

Ramai orang ingat dia telah lakukan dengan betul. Saya juga rasa macam itu.

Tapi hakikatnya, kita sentiasa terpedaya dengan maklumat sedikit yang ada dalam simpanan kepala kita sahaja. Apa yang kita tahu yang sedikit itulah yang membuatkan kita sangka dah tahu semua.

Untuk mengelakkan perkara tersebut di atas, maka kita mesti sentiasa berfikiran terbuka. Mesti sanggup mendengar terlebih dahulu, membuat semakan dan kajian sebelum terus menolak apa saja perkara baru.

Ada banyak cara untuk mendapatkan input bagi menambahkan maklumat dalam kepala anda, antaranya adalah;

  1. Membaca – Ada berjuta-juta bahan bacaan samada buku atau ebook. Dalam internet saja anda tak akan habis membaca perkongsian daripada mereka yang berbaik hati kongsikan buah fikiran dan pengalaman mereka. Jadikan membaca itu satu amalan rutin tanpa henti dan itu adalah salah satu daripada cara untuk fokus pada lakukan dengan betul.
  2. Berbincang dengan orang lain yang lebih berpengalaman – Ramai orang yang berjaya di sekeliling anda. Tak perlu cemburu atau dengki dengan kejayaan mereka. Sebaliknya jadikan mereka kawan dan timba ilmu daripada mereka. Apa yang Tuhan berikan pengetahuan pada anda mungkin tak ada pada orang lain dan apa yang Tuhan berikan pengetahuan pada orang, mungkin tak ada pada anda. Jadikan ini satu amalan rutin dan berterusan. Itu juga salah satu daripada cara untuk fokus pada lakukan dengan betul.
  3. Menyertai majlis ilmu seperti seminar dan sebagainya – Zaman sekarang ada banyak peluang untuk menuntut ilmu. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Jangan jadi sombong untuk ke majlis ilmu seolah-olah anda lebih tahu berbanding orang lain. Dalam majlis ilmu atau seminar yang anda hadiri selama 4 jam, dan satu saja perkara baru anda pelajari dalam 5 minit dari 4 jam itu, ianya berbaloi dan boleh ubah hidup anda sampai mati. Jadikan itu juga amalan rutin anda agar anda berjaya. Insyaallah.

Perkara asas perniagaan yang anda perlu lakukan dengan betul

Berikut pula saya senaraikan perkara asas dalam sesebuah perniagaan yang anda mesti lakukan dengan betul tanpa pengecualian. Semua mesti dilakukan dan tidak ada pilihan.

Jika salah satu ditinggalkan akan tempanglah perniagaan anda.

Walaupun ini perkara asas, yang anda semua anggap dah tahu dan tak perlu diingatkan, kalau anda semak dan tanya seberapa ramai yang mungkin para usahawan di luar sana, tentu anda akan terkejut betapa ramai yang tak melaksanakannya.

Perkara asas tersebut adalah, pemasaran, operasi, kewangan dan sumber manusia.

Anda ada senarai semakan terhadap senarai yang empat itukah?

Kalau dah ada senarai, anda ada tak kembangkan setiap satu urusan tersebut dengan lebih terperinci?

Ada tak senarai dalam setiap satu urusan tersebut mana yang dah dulaksanakan dan mana satu yang belum dilaksanakan?

Adakah anda bertanya apa lagi yang belum anda tahu dalam melaksanakan setiap satu dari keempat urusan tersebut dengan betul? adakah cara lain yang lebih baik?

Macam mana lagi nak lakukan dengan betul

Dengan berbagai soalan yang saya berikan contoh di atas, berlandaskan empat perkara asas tadi, maka di situlah anda perlu sedar betapa 3 aktiviti Membaca, Berbincang dan Mencari ilmu di atas amat perlu untuk dilakkan secara rutin.

Ia perlu kerana ada banyak jawapan di situ yang anda belum tahu. Bila dah tahu, maka bolehlah anda laksanakannya dan lihat hasilnya, buat analisa dan kemudian cari lagi dan buat lagi dan analisa lagi… begitulah berterusan.

Dalam program HR Biz Coaching yang saya rangka, perincian semua keempat perkara asas itu telah saya buat khas untuk para peserta program. Mereka hanya perlu melihat semua perincian itu dan mencari jawapannya dan melaksanakannya secara berterusan.

Jika anda berminat untuk dibimbing dalam program HR Biz Coaching, anda boleh mendaftarkan diri bila program tersebut saya buka semula untuk peserta baru.

Kalau nak dapat maklumat apabila ianya dibuka semula anda hanya perlu daftarkan diri dan melanggan blog hidupringkas.com secara percuma. Mereka yang melanggan akan mendapat artikel baru yang di tulis di blog ini seminggu sekali sahaja, jadi tak menyemakkan sangat inbox email anda.

Daftar dan langgan dengan Klik di sini.

Total
5
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat perniagaan , bimbingan
    Untuk perniagaan yang dijalankang secara separuh masa ada di sediakan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge