latih buat analisis untuk mudahkan perniagaanApa rahsia untuk mudah berniaga agaknya? tentu anda yang berminat nak jadi usahawan pernah bertanya soalan ini.

Orang yang sedang berniaga dalam keadaan tertekan untuk melancarkan perniagaannya juga pasti mahu formula untuk mudah berniaga.

Malah orang yang ada cita-cita tinggi dalam mengejar kerjaya makan gaji juga mahukan satu formula untuk mudahkan perjalanan kerjayanya.

Susah atau mudah berniaga semuanya ada di minda

Semua orang tahu susah bukannya ada pada benda lain diluar diri kita. Susah semuanya hanya ada di minda. Jika perkara luaran agak sukar untuk kita kawal, mungkin apa yang ada di minda lebih mudah untuk kita kuasai.

Perkara asas untuk kuasai minda adalah dengan sentiasa sedar apa yang minda kita sedang fikirkan. Jangan ingat bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan, hakikatnya berfikir itu bukanlah segala-galanya dan ia masih tak dapat kuasai diri kita selagi kita sedar apa yang difikirkan.

Berbelit juga menerangan ini ya!, tapi mudah sebenarnya. Cuba lihat dan rasai apa yang sedang anda fikirkan sekarang. Bayangkan anda ada diluar minda dan sedang memerhatikan minda anda sedang cuba menguasai pemikiran.

Boleh tak?, kalau tak boleh cuba lagi dan cuba bertubui-tubi. jadikan ini satu amalan tetap anda untuk sentiasa menjadi pemerhati luar terhadapa apa yang minda anda sedang fikirkan. Lambat laun anda akan mampu lakukannya.

Mungkin anda sedang berfikir penulis ini sedang melalut dan tak perlu diturut. Tak apa, cuba rasa fikiran anda itu dan biarkan dia menerawang dengan fikirannya dan perhatikan saja.

Biasanya, bila minda kita sedar bahawa dia sedang diperhatikan, pemikiran itu akan padam perlahan-lahan dan akhirnya berhenti. Ketika itu anda sudah berjaya kuasai minda atau pemikiran. Dan bukan pemikiran yang sedang kuasai anda.

Dalam bab susah atau mudah berniaga, sama juga. Semuanya hanya di minda. Jika minda rasakan susah, lihat dan perhatikan saja bagaimana ia berfikir itu susah. Bila dia sedar anda sedang perhatikannya, dia akan berhenti. Ketika itu anda boleh bertanya kenapa tak fikirkan mudah berniaga?.

Mudah berniaga dengan minda analitik

Kenapa saya berikan penerangan di atas ada kaitan dengan latihan untuk kuasai minda agar ia tidak kuasai anda. Jika kita boleh kuasai minda lebih mudah untuk tukarkannya menjadi minda analitik.

Berminda analitik ertinya berupaya membuat analisis pada setiap kejadian yang berlaku. Anda perlu berupaya membuat analisi yang baik samada usaha anda mendatangkan hasil yang dikehendaki atau tidak.

Jika anda biarkan perasaan atau fikiran menguasai diri, keupayaan membuat analisis tidak boleh dilakukan. Minda yang terbuka akan sedar bahawa usaha yang tidak membuahkan hasil adalah hanya satu maklumat.

Dengan maklumat tersebut, anda perlu melihat apa yang telah dilakukan, bagaimana ianya dilakukan dan apakah cara untuk membuat perubahan agar ianya membuahkan hasil.

Kita perlu ingat bahwa kerjaya sebagai usahawan banyak berkisar kepada proses mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin. Dengan maklumat yang ada, usahawan perlu membuat satu keputusan.

Setelah keputusan dibuat, ia perlu dilaksanakan untuk dilihat pula hasilnya. Dan hasil yang kita dapat tu pula merupakan satu lagi tambahan kepada maklumat. Samada gagal atau berjaya, ia hanyalah maklumat.

Jika berjaya, minda analitik akan berupaya mengesan segala perjalanan yang telah dilalui yang telah menghasilkan kejayaan tersebut. Lalu proses itu akan diulang kerana ia terbukti berjaya.

Sebaliknya jika gagal. Minda analitik akan melihat juga proses perjalanan yang menghasilkan kegagalan itu. Lalu perubahan dilakukan mana yang sesuai, lalu dicuba lagi. Begitulah berulang kali sehingga berjaya.

Latih minda analitik, mudah berniaga dan terus menyumbang…tak perlu glamour

Saya rasa ramai usahawan yang punyai minda analitik. Mereka berjaya dalam usaha mereka. Mereka berjaya cari formula untuk mudah berniaga. Mereka bergerak diam-diam dengan selamba.

Usahawan yang punyai minda analitik ini, cukup mudah berniaga. Mereka berikan khidmat terbaik, mereka keluarkan produk yang baik. Mereka juga bayar zakat, bayar cukai dan mereka sediakan banyak peluang pekerjaan.

Yang paling hebat adalah jika dikumpulkan mereka semua, jumlahnya adalah besar. Sumbangan mereka dalam ekonomi, sumbangan mereka dalam memberikan sumber pekerjaan, kadangkala jauh lebih besar daripada korporat-korporat yang hidup glamour diluar sana.

Oleh itu, berusahalah dengan gigih. Latih minda analitik anda, insyallah akan mudah berniaga. Kekalkan gaya hidup tidak glamour (jika tak perlu) dan teruskan menyumbang…saya tahu ada ramai diluar sana, termasuklah anda! (sumber gambar)

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge