Usahawan cermin mata dan blognya

By | 15/08/2013
bisnes cermin mata

Salah satu perbezaan ketara antara usahawan terdahulu dengan usahawan sekarang adalah dalam penggunaan medium komunikasi dalam melakukan aktiviti pemasaran.

Sebelum meledaknya dunia internet, para usahawan yang kreatif menyampaikan kehadiran mereka melalui buku, majalah atau lembaran katalog.

Ini merupakan satu revolusi yang memecah tradisi pemasaran di dunia barat. Penghantaran katalog melalui post ditambah pula dengan aktiviti news letter memeriahkan lagi perkembangan dunia perniagaan dalam menjalin perhubungan dengan pengguna.

Apabila munculnya internet dan medium komunikasi melalui email diperkenalkan, muncul pula teknik baru penghantaran news letter melalui internet. Kos pemasaran melalui teknik ini telah menjunam ke paras yang paling rendah apabila email digunakan berbanding sistem pos.

Kemudian muncul lagi ledakan baru dunia pemasaran apabila munculnya berbagai media sosial di dunia cyber yang rata-rata penggunaannya adalah percuma untuk semua pengguna awam.

Kita ada FB, twitter, LinkedIn, Blog dan berbagai-bagai lagi platform media sosial yang mana penggunanya mencecah berbillion manusia di seluruh dunia.

Apa yang semua usahawan perlu ketahui tentang perubahan baru dalam dunia baru ini adalah terbukanya pintu maklumat terutamanya kepada para pengguna.

Zaman peniaga sesuatu barangan ‘lebih pandai’ tentang produk perniagaannya daripada pengguna sudah berlalu. Kebanyakan daripada masa, pengguna lebih arif terhadap sesuatu barangan berbanding usahawan itu sendiri. Mereka malah mampu menyemak tawaran terbaik hanya dengan duduk depan komputer.

Oleh itu…jangan cuba-cuba tipu dan membuat onar dalam perniagaan anda kerana lambat laun, pengguna yang kecewa akan melepaskan geram dan membuka pekung anda untuk semua orang tahu melalui media sosial…alamat anda sengaja mencari nahas!.

Mesej yang cuba saya sampaikan di sini adalah, dunia pemasaran dan penyampaian maklumat sekarang ini perlu berbentuk jujur, ikhlas dan terbuka tanpa cuba berselindung kepada pengguna.

Mereka yang berjaya menonjolkan mesej tersebut akan berjaya membentuk perhubungan akrab dengan pengguna atau bakal pembeli yang setia dalam masa yang lama.

Salah satu medium untuk menjalinkan perhubungan dengan pengguna adalah melalui blogging. Para usahawan tidak boleh melepaskan peluang keemasan ini untuk melonjakkan perniagaan mereka dan menjadi peniaga yang dipercayai oleh pelanggan dan bakal pelanggan.

Blog digunakan oleh ramai orang. Samada usahawan atau bukan, ramai yang punyai blog peribadi mereka sendiri. Bukan usahawan akan menggunakan blog mereka untuk menjana sedikit wang sampingan melalui iklan.

Di sinilah kelebihan para usahawan berbanding bukan usahawan yang mempunyai blog. Usahawan boleh usahakan blog mereka menjadi popular dengan pengunjung yang ramai dalam masa yang sama meletakkan iklan perniagaan mereka sendiri dengan percuma.

Hasilnya adalah jauh lebih menguntungkan berbanding meletakkan iklan perniagaan lain yang biasanya terlalu banyak syarat dan terma yang kadangkala melecehkan.

Salah satu contoh blog seorang usahawan yang saya sering kunjungi adalah seorang usahawan kacamata yang baru-baru ini menganjurkan satu pertandingan yang dinamakan contest Review blog PapaMifz.com

Saya ada beberapa komen terhadap blog usahawan kacamata ini berdasarkan pandangan sebagai seorang usahawan:

  1. Penampilan blog secara umum – Papa Mifz tidak benar-benar mengoptimumkan blognya yang agak tinggi ranking itu dalam menonjolkan perniagaannya ke tahap maksimum dan bergaya. Mungkin admin beranggapan bahawa itu merupakan satu blog peribadi bagi meluangkan masa lapang.
  2. Nama blog – Nama blog juga agak sukar disebut dan tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang usahawan yang arif dalam industri yang diceburinya. Sekali masuk ke blog tersebut, akan mengambil masa yang agak lama untuk mengetahui niche blog. Apatah lagi untuk mengetahui nama kedai atau perniagaan kacamatanya.
  3. Lokasi perniagaan tiada – Dari segi iklan saya lihat memang ada penumpuan ke arah perniagaan, tetapi apabila maklumat mengenai premis dan servis yang ditawarkan tidak ada terutamanya pada header blog, ia mematikan perasaan ingin tahu lebih lanjut pengunjung dan membunuh potensi jualan.
  4. Promosi mengikat bakal pelanggan – Blog juga tidak menggunakan peluang untuk menjalinkan perhubungan kekal dengan pengunjung terutamanya yang berkaca mata seperti saya untuk melanggan maklumat tentang promosi kacamata. Elok jika diberikan tawaran sesuatu yang bermakna untuk mengunjung berkacamata mendaftar dan meninggalkan email mereka.
  5. Header yang tidak menonjol – Saya rasa ramai yang bersetuju bahawa header yang digunakan lebih kepada menonjolkan suasana santai daripada perniagaan atau identiti pemilik blog. Bagi saya pelaburan untuk mengupah designer yang mahir untuk membentuk header yang menangkap dan profesional akan menyerlahkan lagi karisma pemilik blog.
  6. Isi blog – Sekali lalu saya boleh katakan isi blog majoriti besar adalah bercampur aduk dan tidak membawa pengunjung kepada memperkenalkan perniagaan penulis. Ini satu kerugian yang besar dalam membentuk ‘future sales’ atau mengembangkan cawangan atau membina sistem fracais. Bukan tak boleh memasukkan isu terkini dan santai sekali sekala, tetapi penumpuan mesti ada.
  7. Promosi – Berdasarkan dua promosi yang telah dilakukan dengan hadiah berupa barangan perniagaan yang dijalankan barulah saya tahu bahawa dia merupakan seorang usahawan kacamata. Tahniah kerana berusaha membuat promosi ini ! dan perlu diteruskan lagi secara konsisten.
  8. Tema agak banyak – Jika dilihat pada tema blog ada tertulis, Family, cuti, makan optik. Mungkin elok di ringkaskan sahaja ayat seperti Usahawan kacamata agar ia lebih fokus. Tidak salah seorang usahawan kacamata membuat posting keluarga, family dan makan. Tapi mungkin tak perlu jadikan ianya sebagai tema.
  9. Siapa pemilik blog – Ini merupakan satu kehilangan yang cukup bermakna. Saya tercari-cari siapa penulis dalam blog tapi tidak ada dipaparkan. Inilah peluang untuk membuat satu pengenalan yang padat dan bermakna pada pengunjung dalam masa yang sama menaikkan lagi kredibiliti usahawan kacamata.
  10. Secara umum – Usaha mengadakan blog perlu dipuji pada PapaMifz kerana tak ramai usahawan yang cuba meluangkan masa untuk menggunakan teknik pemasaran terkini yang berhubung rapat dengan pengguna. Orang putih kata engage!. Apatah lagi ranking yang papamifz ada sekarang cukup bagus.
Ringkasnya saya mengucapkan syabas pada PapaMifz kerana menjadi seorang usahawan dan tahu kepada penggunaakn teknologi terkini dalam menjalankan perniagaannya.
Jangan pula anggap saya mengkritik, tapi lebih kepada memberikan cadangan kepada pembaikan agar PapaMifz tidak melepaskan peluang yang telah ada untuk memberikan tumpuan yang lebih hebat pada mengembangkan perniagaannya.
Mungkin PapaMifz ada alasannya yang tersendiri yang saya tidak ketahui untuk melakukan apa yang paling baik untuk perniagannya. Sesungguhnya tuan punya badan lebih arif apa yang terbaik untuk dirinya.
Demikianlah sedikit kupasan atau review saya dalam contest Review Blog PapaMifz.com. Saya yakin tak akan menang sebab tidak memasukkan elemen pujian yang banyak dalam review ini. Walau apapun saya ikhlas walaupun mungkin saya silap…..

Bagi mereka yang mahu membuat review kerana masih ada lagi 3 hari tinggal sila ke Review Blog PapaMifz.com dengan segera.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

11 thoughts on “Usahawan cermin mata dan blognya

  1. Papa Mifz

    terima kasih kerana sudi luangkan masa review blog den…:)

    terima kasih juga atas kritikan dan cadangan yang sangat membina , den hargai…;)

    pada asalnya blog den lebih terarah kepada blog peribadi , setelah beberapa lama baru den selitkan sedikit tentang perniagaan , itu pun tak menyeluruh…den lebih gemar bercerita santai tentang keluarga dan percutian dalam blog nih kerana itulah tujuan asal penubuhan blog nih hampir 3 tahun yang lepas selepas kelahiran seorang anak comel bernama Mohamad Izz Mifzal bin Mohamad Yusrizal…

    Untuk bercerita berkenaan perniagaan mungkin den akan usahakan sebuah blog lagi khas untuk niche tersebut , Isya-Allah…

    Apa pun teguran dan nasihat usahawan berjaya seperti bro amat den hargai , akan diperbaiki mana yang perlu kelak , terima kasih sekali lagi…:)

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Terima kasih kerana sudi berikan komen terhadap review saya. Saya dah agak tentu tuan ada perancangan untuk buat blog khas berkenaan perniagaan yang dijalankan…cepat buat jangan tangguh lagi! moga berjaya!

      Reply
  2. Anonymous

    comment yg bernas dan membina..org kita lebih suka berkias..tetapi hidup ringkas menyatakan kebenarannya..syabas Yang Berusaha Subhi , orang BM boleh !

    Reply
  3. shafwan

    komen yang sangat membina..orang baru belajar macam saya lagi banyak komennya kot..heheh

    Reply
  4. Dja@Sishaza

    Komen agak straight to the point, tak berselindung…tapi apa yg dikata ada kebenarannya.

    Good luck Mr Shubhi

    P/s: 3 hari lagi ? Dlm mood hanyut2 ni tak tau sempat buat ke tak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge