Usahawan hebat Sandakan

By | 31/07/2014

Elok juga saya kongsikan lawatan saya bertemu dengan seorang usahawan hebat dari Sandakan, Sabah di sini. Moga perkongsian ini dapat suntik semangat pada para pembaca samada yang dah berniaga atau akan jadi peniaga sedikit masa nanti.

Beliau merupakan seorang usahawan yang berkecimpung dalam dunia automotif. Beliau menjalankan perniagaan servis kenderaan dan juga servis dan tukar tayar kereta dan lain-lain yang bersangkutan dengannya.

Bukan mudah untuk berjumpa dengan usahawan yang melakukan perniagaan berkaitan dengan servis kenderaan secara persendirian yang menjana hasil jualan yang amat tinggi.

Tapi usahawan dari Sandakan ini berjaya melakukannya walaupun beliau hanya menjalankan perniagaannya di Sandakan, dan bukannya di Kota Kinabalu atau kota-kota besar lain di negara kita.

Perniagaan usahawan hebat jana setengah juta !

Kenapa saya katakan dia seorang usahawan hebat adalah disebabkan hasil pendapatan yang dijana oleh perniagaan bengkel kenderaannya itu yang amat tinggi.

Dia menjana dalam lingkungan RM500 ribu sebulan! jauh amat tinggi jika dibandingkan dengan kebanyakan pengusaha-pengusaha bengkel kenderaan lain samada di Semenanjung Malaysia ataupun di Sabah dan Sarawak.

Rata-rata usahawan atau pengusaha bengkel kenderaan yang saya jumpa hanya menjana sekitar RM100 ribu paling tinggi. Kebanyakannya menjana dalam lingkungan RM10 ribu ke RM30 ribu sahaja sebulan.

_DSC5823

Usahawan hebat amat rendah diri

Apa yang lebih hebat lagi yang saya perhatikan pada usahawan tersebut adalah sifat merendah diri yang ada padanya. Walaupun perniagaannya besar, dia masih pakai kereta Viva saja. Tidak kelihatan kereta mewah dan tidak juga kelihatan sifat sombong ada pada dirinya.

Dia seperti orang biasa dan jika pekerja tidak ada, dia boleh melakukan kesemua kerja dari A sampai Z tanpa masalah. Malahan, katanya, baru-baru ini saja dia hanya mehat dan memantau para pekerjanya. Dulu dia masih turut sama bekerja bersama mereka untuk pastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik dari perniagaannya.

Daripada gaya pertuturan dan cara dia melayan saya dan kawan-kawan memang nampak ketara dia langsng tak sombong. Dia memandang tinggi pada orang lain sedangkan kita merasa hebat melihat dirinya.

Atau mungkinkah ada orang lain di sebalik tabir perniagaannya, saya tak dapat pastikan…? memang ada orang lain yang membantunya dari segi pengurusan kewangan, orang itu adalah isterinya sendiri. Mungkin gabungan mereka berdua membuatkan mereka jadi hebat…mungkin?

_DSC5829

Usahawan hebat beli perniagaan taukeh Cina

Lebih mengkagumkan lagi, bila saya di bawa melawat kedai yang baru dibelinya. Kedai itu terletak betul-betul di simpang jalan yang sibuk dan tersusun rapi segaa kelengkapan dan peralatan yang ada di dalamnya.

Menuruh usahawan hebat itu, dia mengambil alih perniagaan itu daripada seorang Taukeh berbangsa Cina. Taukeh itu sudah tua dan anak-anaknya tidak berminat dengan perniagaan yang dijalankannya. Oleh itu dia bercadang mahu tutup saja perniagaan tersebut atau menjualnya pada orang yang berminat.

Usahawan hebat itu memberitahu saya bahawa dia membeli kesemua perniagaan tersebut dengan harga lebih kurang RM400 ribu. Dengan adanya tambahan satu lagi kedai yang amat strategik di tepi jalan dah sudah lama bertapak di situ, sudah tentu usahawan hebat akan melonjakkan lagi dirinya lebih jauh ke atas.

_DSC5825

Apa rahsia usahawan hebat

Saya tak dapat pastikan apakah resepi kejayaan usahawan hebat dari Sandakan itu. Bila saya kongsikan dengan orang Sabah, mereka akan meneka bahawa usahawan hebat itu tentu daripada bangsa Bugis. Dan memang betul tekaan itu. Saya tak pasti apa kaitan antara kejayaan usahawan tersebut dengan bangsa Bugis yang di bawanya, hanya orang Sabah dapat menjawabnya.

Cuma satu perkara yang saya pasti adalah usahawan hebat itu mengenali hampir 80% daripada para penduduk di Sandakan. Tentu sebanyak itu juga orang Sandakan yang mengenalinya, dan saya pasti itu banyak membantu usahawan hebat tersebut mencipta kejayaan dalam perniagaan yang diceburinya.

Saya masih mencari rhsia usahawan hebat itu dan kalau ada berjumpa lagi insyaallah akan dikongsikan di sini. Cuma ambil perhatian pada semua yang membaca, termasuklah diri saya sendiri. Jangan ambil remeh dengan aktiviti membina kenalan atau jaringan.

Jaringan amat penting dalam perniagaan. Semakin besar jaringan yang kita bina, maka semakin bertambah mudah untuk kita menempa kejayaan. Oleh itu paksa diri kita untuk keluar dan berjumpa dengan kenalan. Tak kisah samada kenalan lama atau kenalan baru, semuanya penting dan perlu diservis seadanya.

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

24 thoughts on “Usahawan hebat Sandakan

  1. KiedalSYJ

    Salam bos ku…teruskan usaha sampai bila bila…klu ble bgi diskaun skit sma org melayu…ok pok semoga berjaya

    Reply
  2. HASLINAH BINTI ALIMI

    salam bolah saya tahu saipa mana usahawan ini?

    Reply
  3. kucai

    Pemilik pelayaran, tolong tingkatkan kualiti dan mutu kerja. Saya kecewa sebab niat nk tlg bumiputra.. G bt alignment tp makin jd teruk, siap stereng jd kiat lagi. Last2 g kedai cina jgak. Trus ok. Tanya pekerja psl rim pn xtau pa. Pomen jgak yg nk bg brief. Baik xpyh keja.Mcmana bumiputra nk maju kalau cmni. Kecewa…

    Reply
  4. Awek_cute

    Beliau seorang yang rajin .. Saya pernah buat kereta dikedai beliau.. Dia yg buka tayar.. Semua dia buat..firsttime sy ingat beliau ni salah satu pekerja kedai tu.. Rupa2nya bigbos..
    Low profile…
    # dengar2 dia dah ada 6 cawangan( kedai)

    Cawangan isteri bila nak tambah???

    Gurau.

    Reply
    1. ainul hawani

      Sy knl ni Bos sjk kcil lg..dia humble LA..tp xla gna viva..dia gna super king bha..kdg2 myvi @ maktu..500k kna ingt blm tentu untung bersih..apa2 pun proud of u bos Mohammad Sala..ok

      Reply
      1. din

        boleh saya dapatkan maklumat tentang usahawan berjaya Sandakan ni?

    2. Nurhiqmah elyana

      boleh saya tahu sepa ka usahawan itu dan alamatnya skali??

      Reply
  5. abby

    as slm…..pakcik sy kata…..antara rahsia pernigaan yg
    berjaya ialah….sentiasa menjaga dan membayar zakat perniagaan….insyaAllah……

    Reply
  6. abbas hada.

    Pengusaha yg hebat..org bugis usaha tangga kejayaan dari abbas hada

    Reply
  7. muhd zulkifli

    Memang hebat…….usahawan anak tempatan
    …..saya pernah duduk bersebelahan meja makan dgn beliau dan memang beliau amat “humble”…..dan.waktu itu saya ingin membeli sebuah tayar untuk kereta saya…….beliau yg “enertain” saya hari tu….bukannya pekerja beliau….apapun, kita sbg pengguna perlu sokong perniagaan melayu kita…..

    Reply
  8. Nasran Bin Nahar

    Salam Semua.
    Saya merupakan salah seorang pelanggan di kedai Tayar Pelayaran, Encik Muhammad Bin Sala.
    Beliau saya anggap salah satu mentor Usahawan Melayu yang berjaya di Sandakan.
    Mana tidak, memiliki 4 kedai Tayar di Sandakan sahaja. Resipi kejayaan beliau adalah ilmu dan niat yg betul dalam berniaga. Jangan sesekali sombong dan berani bersaing secara sihat dengan pelbagai jenis bangsa. Sekiranya anda dapat duduk minum semeja dengannya, ceritalah dan mintalah pandangannya cara dia berniaga.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Terima kasih kongsikan pengalaman tuan Nasran Bin Nahar. Merendah diri amalan mulia…

      Reply
  9. muhd

    RM500K tu hasil jualan? kita tak tahu bapa je yg dia ambk sbg gaji.
    salah 1 resipi bisnes, minimize kan gaji, kembangkan dulu bisnes + bina reserve.

    Reply
  10. mohdridzwan

    Memang terbaik usahawan yg sebegini.
    Walaupun mungkin beliau ada rahsia tersendiri, dari tatacara beliau menampakkan kejujuran dlm berniaga, tak mustahil itu antara ramuan utk berjaya. Bukan senang untuk orang-orang kita menempuh kejayaan dalam bisnes. Perlu ketelusan dan kejujuran yang tulin…Teringin jugak utk berbisnes tapi masih tercari-cari…hehe.
    mohdridzwan recently posted…Ciri-ciri Suami Yang BaikMy Profile

    Reply
      1. ainul hawani

        Sy knl ni Bos sjk kcil lg..dia humble LA..tp xla gna viva..dia gna super king bha..kdg2 myvi @ maktu..500k kna ingt blm tentu untung bersih..apa2 pun proud of u bos Mohammad Sala..ok

  11. khairul anuar

    Memang hebat pencapaian saudara kita ni,
    Nilai pendapatan bulanan dan sikap menjadi
    contoh kepada usahawan lain.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge