Usahawan jangan tertipu!

By | 14/07/2013
Usahawan terpedaya

Kalau kita lihat takrif usahawan, salah satu yang paling saya suka adalah,

“Mereka yang berupaya menghimpunkan segala sumber untuk merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan”.

Dari takrifan tersebut, nyata seorang usahawan hanya memerlukan rangkaian kenalan atau jaringan yang cukup luas untuk membolehkannya mencapai hasrat yang diingini.

Apabila kita melihat takrifan itu daripada perspektif agama, sudah tentu unsur halal haram menjadi pertimbangan utama dalam merealisasikan matlamat kita.

Oleh itu usahawan tidak sepatutnya berbohong atau menyuntik unsur-unsur penipuan dengan sengaja di dalam segala usahanya menjalankan perniagaan.

Walaupun semua orang tahu usahawan yang kuat bohong tak akan kekal lama, tetapi jumlah mereka yang menggunakan taktik bohong untuk mencari keuntungan tidak pernah luput dari mana-mana masyarakat.

Jika anda menjadi usahawan, pastikan anda berpijak di bumi nyata. Jangan anggap semua orang baik seperti mana anda dan memberikan kepercayaan tanpa ada perasaan syak wasangka.

Baca berita bagaimana wujudnya kumpulan yang anjurkan seminat dan bengkel dengan menggunakan nama PUNB untuk melariskan tawaran mereka:

“KUALA LUMPUR – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menasihatkan orang ramai khususnya golongan usahawan dan peniaga Bumiputera agar tidak terpedaya dengan segelintir penganjur bengkel dan kursus perniagaan yang menguna pakai nama PUNB.

Menurut PUNB, baru-baru ini ia mendapati terdapat syarikat yang menganjurkan bengkel perancangan dan pengurusan perniagaan yang menyalahgunakan risalah-risalah skim pembiayaan PUNB dan sebuah lagi badan pembiayaan kerajaan yang lain.

Pihak penganjur bengkel ini juga didapati mengenakan bayaran tinggi kepada peserta bengkel dan menjanjikan kelulusan pinjaman oleh PUNB kepada para peserta setelah tamat latihan bengkel tersebut, demikian menurut agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

“PUNB memandang serius penyalahgunaan nama PUNB dan ia merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. “Oleh itu, orang ramai adalah disarankan supaya tidak terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan individu/syarikat yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, PUNB tidak pernah melantik mana-mana pihak atau ejen untuk menganjurkan sebarang program, kursus atau bengkel latihan perniagaan bagi pihaknya.

PUNB juga tidak mengamalkan jaminan kelulusan pembiayaan secara automatik tanpa menilai kertas cadangan perniagaan daripada seseorang usahawan itu terlebih dahulu.

PUNB mengadakan taklimat mingguan pembiayaan perniagaan pada setiap Isnin di Pejabat PUNB dan di semua pejabat Wilayah dan Cawangan UTC bermula pada 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Kemasukan dan pendaftaran untuk sesi taklimat adalah percuma.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1300 13 7862 atau layari laman portal rasmi PUNB di www.punb.com.my. – Bernama”

sumber

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

One thought on “Usahawan jangan tertipu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge