PUNB mahu usahawan rebut peluangSalah satu sikap usahawan berjaya adalah keupayaannya rebut peluang yang muncul dengan pantas dan cekap. Ramai orang yang makan gaji yang ada impian nak jadi usahawan. Tapi mereka masih lagi makan gaji sampai sekarang disebabkan oleh salah satunya sikap tak cekap dan tak pantas rebut peluang.

Ada pulak yang cukup cekap rebut peluang tetapi akhirnya peluang disia-siakan sebab mereka tidak membuat persediaan yang secukupnya bagi memelihara dan memupuk peluang tersebut.

Jika peluang itu adalah seekor burung, dan anda mahu menangkapnya untuk dipelihara, maka pastikan ada persediaan sangkar di mana sebaik sahaja burung ditangkap ianya boleh dimasukkan ke dalam sangkar itu. Dan sangkar itu adalah syarikat perniagaan anda.

Macam mana nak rebut peluang kalau peluang tak pernah muncul

Ada orang yang bersangka demikian. Mereka beranggapan bahawa peluang itu datang hanya pada orang-orang pilihan tertentu sahaja dan mereka tidak termasuk dalam kumpulan istimewa tersebut.

Pendapat sebegitu sebenarnya salah sama sekali. Peluang sentiasa ada di mana-mana. Selagi ada masalah selagi itulah wujudnya peluang. Bentuk peluang pula berbeza-beza bersesuaian dengan masalah yang ada.

Apa yang membuatkan seseorang itu tidak dapat melihat peluang adalah kerana dia hanya mahu melihat masalah yang dia dapat daripada sesuatu keadaan atau kejadian, sedangkan masalah dan juga peluang sentiasa ada pada satu wang siling yang sama.

Cuba lihat wang siling yang ada dalam poket anda. Anda tidak boleh membuang kepala dan mengambil hanya ekor. Jika ada wang siling maka kepala dan ekor akan datang sekali. Ia hanya bergantung dari sudut mana yang mahu kita lihat.

Seperkara lagi yang kita perlu tahu adalah, peluang hanya akan muncul bila kita buat keputusan untuk mencarinya. Sebab itulah para usahawan biasanya sentiasa akan dihujani dengan berbagai peluang kerana mereka sentiasa mencari peluang. Bergantung pada mereka sahaja peluang jenis mana yang mahu ditangkapnya.

Nak rebut peluang apa dari PUNB

Ada 5 peluang yang para usahawan boleh rebut daripada PUNB sebagaimana yang dirancang oleh Pengerusinya baru-baru ini.

  1. Menyewa premis perniagaan daripada PUNB. Mereka merancang untuk membeli bangunan komersil pada kawasan pembangunan yang sedang dan akan dibina. Bangunan atau kedai itu pula akan disewakan khas untuk para bumiputera dengan kadar sewaan yang mampu dibayar oleh mereka. Ini dapat menyelesaikan masalah usahawan bumiputera yang selama ini terhimpit oleh kadar sewaan tinggi di kawasan perniagaan yang strategik.
  2. Membeli bangunan atau premis perniagaan dari PUNB. Mereka bercadang untuk menyediakan dana pinjaman khas untuk bumiputera yang berhasrat memiliki premis atau bangunan sendiri. Masalah utama pada usahawan bumiputera adalah modal mula atau deposit untuk membeli hartanah., jadi PUNB akan menyediakan dana tersebut untuk mereka
  3. Mendapatkan dana untuk penjenamaan. PUNB juga bercadang mahu menyediakan dana khas untuk usahawan bumiputera yang mahu membina dan mengukuhkan jenama perniagaan mereka. Penjenamaan bukanlah satu usaha yang mudah. Ia memerlukan modal. Kadangkala kita berjanji untuk berikan khidmat terbaik, tetapi malangnya bila tiba masanya, kita gagal kerana kekurangan modal untuk meyokong janji-janji tersebut. Ini membunuh jenama kita sendiri.
  4. Membina rangkaian perniagaan francais. Dana bagi membina rangkaian perniagaan francais juga akan disediakan oleh PUNB. Ini boleh direbut oleh para usahawan yang mahu menjadikan perniagaan mereka sebuah perniagaan yang menawarkan francais.
  5. Membina kelab usahawan. PUNB juga bercadang untuk menubuhkan kelab usahawan di setiap negeri. Kelab itu akan mengumpulkan para usahawan yang lama, baru, berjaya dan sederhana berjaya dan kurang berjaya. Ini akan membina budaya saling membantu antara sesama usahawan.

Begitulah 6 peluang yang dirancang oleh PUNB untuk tahun depan. Kita doakan usaha murni ini akan terlaksana dan sama-samalah kita para usahawan rebut peluang yang bakal disediakan tersebut.

Bagi mereka yang nak jadi usahawan, pastikan anda sediakan sangkar terlebih dahulu agar bila burung lalu boleh ditangkap dan dimasukkan ke dalam sangkat tersebut.

Selamat rebut peluang untuk semua para usahawan!

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

    1. TEKUN memang cukup baik kerana mudah dan murah. Usahawan kecil yang tak ambil peluang itu memang rugi. Tapi pinjamlah untuk berniaga beli barang dan jual dan bukannya pinjam untuk renovate pejabat atau baiki stall kasi cantik…!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge