Man Wearing Casual Pink Jacket Drinking From A GlassKasar nampak ayat yang dipilih untuk tajuk kali ini !

” Usahawan yang gila kerja elok makan gaji saja ! “

Memang agak kasar sikit sebab nak berikan gambaran betapa pentingnya orang yang menjalankan perniagaan sekarang tetapi tak sedar bahawa mereka sedang mengalami sindrom ”¬†gila kerja “.

Sebelum saya teruskan lebih lanjut, perlu diterangkan terlebih dulu apa yang saya maksudkan dengan ayat gila kerja di atas.

Gila kerja di sini bermaksud, sikap tak sedar yang ada pada usahawan yang mendorong tindakannya untuk gila kerja.

Usahawan memberikan tumpuan hampir 100% hanya pada kerja operasi perniagaan dari mula berniaga sampai sekarang, dari awal buka kedai sampai tutup dan pulang.

Contoh usahawan gila kerja

Sebagai contoh, saya boleh berikan sikap sebahagian besar usahawan yang mengusahakan bengkel kenderaan di negara kita terutamanya orang bumiputera.

Majoriti usahawan yang mengusahakan bengkel kenderaan bekerja secara solo samada di premis yang disewa atau di bawah pokok ceri di sebelah rumah mereka di kampung.

Ada juga yang mempunyai pembantu. Samada pembantu sambilan atau sepenuh masa. Tetapi kebiasaannya hanya seorang atau dua dan usahawan itu sendiri lebih hitam berminyak berbanding pembantunya.

Usahawan yang gila kerja biasanya akan rasa macam nak demam kalau sehari tak pegang sepana. Mereka mengalami ketagihan repair kenderaan.

Usahawan berkemahiran biasanya gila kerja

Begitulah sikap dan tindakan usahawan yang gila kerja. Saban hari mereka buat kerja operasi dengan penuh minat tanpa jemu.

Perkara yang sama juga boleh berlaku pada jenis perniagaan lain terutamanya yang berkaitan dengan kerja teknikal atau kemahiran.

Usahawan yang ada kemahiran tertentu mudah untuk menjadi usahawan sebab mereka boleh mula berniaga bila-bila masa saja dengan kemahiran yang mereka ada.

Tukang masak akan buka kedai makan.

Pakar popia akan buat perniagaan popia.

Pakar roti akan buka kedai roti.

Pakar gigi akan buka klinik gigi.

Pakar urut akan mengurut orang.

Pakar repair pendingin hawa akan repair pendingin hawa.

… dan senarainya boleh jadi panjang lagi.

Yang pentingnya, anda dah faham yang yang dimaksudkan dengan usahawan yang gila kerja itu.

Elakkan gila kerja jika mahu berkembang

Apakah anda merupakan salah seorang usahawan yang gila kerja ?

Secara umumnya, jika anda jenis usahawan yang tak buat semua perkara berikut di bawah secara seimbang, anda sebenarnya seorang usahawan yang gila kerja.

Perkara yang usahawan wajib buat sepanjang menjalankan perniagaan:

  1. Baiki diri – Usahawan perlu berusaha sentiasa untuk menambah maklumat, menambah ilmu dan mengubah cara berfikir dengan memaksa sesuatu amalan baik yang baru secara konsisten. Ini boleh dilakukan dengan berseminar, baca buku, cari kawan / kenalan baru dan seumpamanya.
  2. Urus kewangan – Samada suka atau tidak suka, tahu atau tidak tahu, itu bukan alasan untuk abaikan mencatit, merekodkan segala urusan kewangan. Sistem terbaik untuk urusan ini telah lama diperturunkan oleh orang dulu-dulu. Ia dinamakan Perakaunan. Tak ada cara paling baik untuk tahu kedudukan perniagaan anda melainkan dengan mengamalkan amalan perakaunan yang betul. Anda mungkin Fobia dengan perkataan Akaun, tapi minta maaf ! lantaklah fobia atau tidak, tiada maaaf bagi mu !. Rujuk pada urusan no. 1 di atas dan pergi belajar.
  3. Urus pekerja – Pertama sekali anda mesti berusaha ambil pekerja. Tujuan ambil pekerja adalah untuk membolehkan anda lepaskan urusan yang memakan masa supaya tumpuan menjadi seorang businessman tercapai. Mulakan dengan seorang pekerja dan kemudiannya tambah dan tambah lagi. Untuk itu ilmu menguruskan pekerja amat penting, sebab itu urusan no 1. di atas tadi tidak boleh dihentikan.
  4. Urus pemasaran dan jualan РLihat McDonald, setiap minit setiap saat mereka akan iklan dan iklan segenap tempat. Sedangkan hasil jualan mereka mencapai berbillion-billion setiap bulan. Lihat pula anda sendiri, berapa kerap anda usahakan aktiviti pemasaran?, banyak sangat ke hasil jualan perniagaan anda ?. Tak tahu macam mana nak buat pemasaran ?, rujuk kerja no 1 yang saya sebutkan di atas tadi, jangan dok leka !.

Yang saya senaraikan di atas adalah perkara asas yang tak boleh diabaikan.

Jika kesemua yang tersebut di atas sudah dilakukan, anda perlu tambah dua lagi perkara penting supaya anda boleh bercuti setahun di Hawaii dan perniagaan tetap berjalan lancar seperti biasa.

Nak tahu apa dua perkara penting dan menarik itu ?

Lain kali saya akan berikan tipsnya. Mana boleh berikan semua maklumat sekali gus. nanti habislah penulis buku dan pengusaha business coaching tak boleh cari makan.

Lagipun, kalau saya berikan kesemuanya, perkara asas pun anda belum lakukan lagi. Masih terkial-kial dengan sindrom gila kerja tak dapat nak dipulihkan. Baiki perkara itu terlebih dahulu.

Kerja dengan orang jika gila kerja

Ini ayat yang saya biasa sebut pada usahawan yang duduk berbincang dengan saya bagaimana nak tingkatkan perniagaan mereka.

Saya terpaksa guna ayat kasar sebegitu supaya mereka sedar dan rasa tercabar.

Gila kerja memang bagus !,

Tapi bukan untuk jadi usahawan dan kerja pada syarikat sendiri. Sebabnya adalah kerana biasanya pendapatan yang usahawan dapat tidak berapa berbaloi dengan pengorbanan yang mereka berikan pada perniagaan mereka.

Mana lagi nak buat kerja, mana lagi nak layan isteri suruh beli susu dan beli lauk serta urut belakangnya. Mana lagi nak layan anak-anak yang minta makan kat kedai Mc D.

Letih dibuatnya !.

Jika anda jenis gila kerja dan tak mahu nak ubah, elok kerja dengan orang saja. Pergi cari syarikat besar dan maju, orang gila kerja amat diperlukan.

Di sana anda akan diberikan gaji yang mencukupi sebab boss suka pada orang yang gila kerja. Dan seterusnya anda akan diberikan kerja yang cukup banyak sampai termuntah.

Nah ambik ! nak gila kerja sangat !

Mulakan buang sikap gila kerja

Kalau tak mahu jadi macam tu, maka dengarlah nasihat saya.

Keluarkan diri anda dari menjadi mangsa usahawan yang gila kerja. Anda mesti jadi usahawan, mesti jadi businessman dan bukannya jadi foreman atau chef atau seumpamanya.

Seni usahawan atau businessman ini lain dari seni teknikal. Mesti sentiasa tenang dan gunakan akal semaksimum mungkin.

Bila ada peluang kursus, tinggalkan kerja dan pergi tambah ilmu. Jika risau kedai terpaksa tutup, pasangkan singboard tertulis,

” Maaf, kerja-kerja pembaikan akal taukeh sedang dijalankan. Kesulitan anda sekarang adalah untk keselesaan anda di masa hadapan ! “

Pernah lihat papan tanda sebegitu kat lebuh raya ?

Kalau mereka tak buat semua itu, sampai sekarang kita akan terus menyumpah kelengkapan prasarana yang tak mencukupi.

Sebab itu penting untuk keluarkan diri anda dari sindrom gila kerja.

Buat mereka yang mengikuti program bimbingan peribadi dengan team Hidupringkas, sila ambil perhatian ok !.

Team HR Biz Coaching sanggup luangkan masa nganga tunggu anda semua semata-mata nak memandaikan usahawan supaya kita semua maju dan meningkat setapak lagi ke atas.

Jangan anggap Team HR Biz Coaching sebagai pengacau ketenteram jiwa anda yang terkena sindrom gila kerja itu. Jadi, bila ada temu janji, sila hadir, untuk anda dan untuk perniagaan anda juga.

Moga ada manfaatnya tulisan yang agak keras kali ini, untuk saya, anda dan semua usahawan yang mahu berjaya. Insyaallah !

Total
36
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Sekadar pndangn, mana2 usahawan yg baru mula pun akan jd gila kerja sewaktu permulaan.Bila dh mula byk kerja menggila n kewangn syarikat mula stabil kite perlu ada pekerja yg gila kerja pulak untuk delegate/distribute kerja yg asalnye dibuat oleh kita yg gila kerja td…brape punye banyak gila daa..anyway good info Tn Shubhi..kipidap.

  2. Kena tukar mindset kepada Gila Mengurus. Baharulah bisnes boleh mengembang. Tetapi soal mengurus boleh diserahkan kepada CEO. Betul tentang soal kepercayaan. Pemilik bisnes kena percaya (percaya dalam pemantauan) kakitangan melakukan kerja-kerja teknikal dan mengurus.
    ahmadyani recently posted…Salam Eidul AdhaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge