3 asas ekonomi usahawan perlu tahu

By | 05/07/2013

kos sebenar

Berikut adalah catitan sembang ekonomi di sebuah kedai kopi yang baru berlaku antara saya dan 2 orang lagi kenalan.

“Hang berniaga apa ?” tanya seorang abang pada saya.

“Saya buat pest control…“, jawab saya pendek.

“Wah!, bagus meniaga tu!, untungnya 200% !!!”, sambut abang itu dengan penuh minat.

“Mana abang dapat maklumat tu ?”, tanya saya padanya. Maksud saya dari mana dia dapat maklumat bahawa perniagaan pest control tu keuntungannya adalah 200%.

“Saya pernah buat kerja tu dulu…”, jawabnya abang itu dan menceritakan pengalamannya dalam bisnes pest control.

Begitulah perbualan antara saya dengan seorang abang pada satu malam baru-baru ini. Abang itu dengan seorang lagi kawan yang saya kenal sedang makan di sebuah restoran.

Saya tak cuba untuk memberi kefahaman pada abang itu walaupun yakin apa yang dia faham pasal keuntungan itu adalah salah. Sebabnya adalah, dia nampaknya, dengan penuh yakin menceritakan betapa tinggi keuntungan perniagaan pest control pada kami.

Memang apa yang difikirkan oleh abang itu 100% salah. Sebab itu sekarang dia tak buat pest control lagi dan buat perniagaan lain pulak!.

Walaupun dia menceritakan dengan yakin akan kos kerja pest control dan jumlah bayaran yang dibuat oleh pelanggan, nampak macam betul.

Perkara yang sama difikirkan oleh ramai, yang rasa mereka faham tentang perniagaan, terhadap produk-produk harian yang digunakan oleh orang ramai sekarang.

Saya sering dengar cerita popular bagaimana kos ubat gigi yang kita selalu guna itu hanyalah sekitar 20 atau 30 sen. Colgate menjualkan pada pengguna dengan harga yang cukup tinggi!.

Dulu, saya juga terbeli dengan idea seperti itu. Memang banyak barangan yang kos pembuatannya (production) hanyalah sekitar 20% atau kurang, daripada harga jualan.

Tetapi kenapa mereka jual dengan haraga yang begitu mahal? kenapa mereka ambil untung terlalu tinggi, sampai 200% ke 300%.

Dan yang paling menariknya, kenapa kita beli kalau dah tahu mahal sangat?

Perlu tahu 3 asas ekonomi

Dalam bab perniagaan, kita perlu faham 3 asas ekonomi. Jika anda seorang usahawan atau ada hasrat nak jadi usahawan, anda semua terlebih perlu memahami perkara asas ini.

Perkara tersebut adalah:

  1. Laburkankan wang dan masa pada perkara yang anda cekap.
    • Kalau anda berniaga pakaian, jangan borong di Malaysia, eloklah borong di negara China yang harganya jauh lebih murah. Dengan berbuat begitu, anda punyai kelebihan yang banyak terhadap harga.
  2. Kos melepas.
    • Melepas di sini bukannya bermaksud ‘kentut’!. Maknanya masa atau wang yang anda gunakan untuk sesuatu, sudah tidak lagi dapat digunakan untuk buat perkara lain. Masa yang diambil untuk sapu sampah depan pejabat, telah tidak dapat digunakan untuk berjumpa prospek. Atau duit yang diguna untuk bayar ansuran kereta sudah tidak boleh digunakan lagi untuk merekrut seorang pengurus.
  3. Kos sebenar.
    • Perkara inilah yang abang di atas tak faham atau tak mahu ambil faham. Kos sebenar menghasil dan menjual sesuatu produk atau perkhidmatan adalah termasuk segala kos untuk buat sample, percubaan, proses pembangunan dan segala proses yang perlu ada sehinggalah produk atau perkhidmatan sampai ke tangan pengguna. Semua tersebut mempunyai kos dan segalanya perlu dibayar!!!.

Untuk para pengguna, ramai yang pasti faham asas pertama dan kedua. Sebab itu kita tak buat ubat gigi sendiri walaupun terbeli dengan idea bahawa kos buat ubat gigi hanyalah 30 sen.

Begitu juga dengan kos melepas, ramai yang tahu masa digunakan untuk kerja sebagai cikgu dari pagi sampai petang tak boleh digunakan untuk bawa lori pergi hantar barang agar dapat duit tambahan.

Pastikan faham kos sebenar perniagaan

Tetapi ramai yang tak mahu ambil tahu perkara ketiga di atas. Ini termasuklah para usahawan yang baru berniaga dan tidak mahu mendapatkan ilmu berkenaan perniagaan daripada mereka yang mahir.

Apabila seseorang usahawan tak tahu ambil kira kos sebenar dalam menjalan dan membina perniagaannya, lambat laun perniagaan akan bungkus dan biasanya dia akan salahkan faktor luar yang bukan dibawah kawalannya.

Kita tentu pernah dengar alasan kenapa perniagaan bungkus seperti:

  • Polisi kerajaan yang berubah
  • Harga barang semuanya naik
  • Harga minyak naik
  • Pekerja terlalu tekan minta gaji tinggi
  • Persaingan terlalu sengit
  • Dll…

Sebelum salahkan segala faktor luaran, lihat dulu kefahaman anda mengira kos sebenar dalam menentukan harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Sudah tentu barang yang pasarannya berharga RM10, tak boleh dijual dengan harga RM50 semata-mata disebabkan itulah keupayaan atau kos sebenar yang anda boleh buat. Alamat orang akan tengok anda dari atas ke bawah tanpa membeli produk itu!.

Mesejnya di sini adalah, dengan membuat segala perkiraan itu, barulah anda akan kreatif dan mengaplikasikan ketiga-tiga teori asas ekonomi yang saya sebutkan di atas.

Nota:
Jangan terkejut jika ada usahawan tak ambil kita kos logistik atau gaji taukeh sebagai kos produk atau perkhidmatannya. Alih-alih dia hairan sebab apa perniagaannya tak untung!

Pesanan:
Jika anda perlukan bantuan bimbingan jurulatih perniagaan secara peribadi, sila klik di sini.

11 thoughts on “3 asas ekonomi usahawan perlu tahu

  1. Hafizul

    Emm kadang2 bila kos naik, kita terpaksalah menaikkan juga harga produk kita..tapi semua tu kadang2 ada jugak insan yang tak memahami..emm agak memberikan kita tekanan untuk berniaga…

    Reply
  2. Ummi Hanie

    sy pun menjalankan bisnes tetapi secara online, kadangkala offline…

    byk lg selok belok dan ilmu biz yg perlu dipelajari..

    terima kasih atas p’kongsian 🙂

    Reply
  3. Cikgu Hairul

    Saya faham cikgu.. Apa yang pernah saya pelajari “kesediaan pelanggan” juga memainkan peranan. Pelanggan sanggup bayar, maka letaklah harga 500% sekalipun pasti dia akan beli.

    Kesanggupan pelanggan itu kadang-kala digunakan oleh peniaga sebaiknya untuk mengaut untung.

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      setuju tu, tapi kesediaan pelanggan biasanya tak bertahan lama dan tak menyeluruh…sorang dua mungkin sanggup atas alasan tersendiri beli barang dengan harga melambung…itu konsep “hit and run” dalam perniagaan.

      Reply
  4. All About AnaYna

    Setuju tuan..
    berniaga apa2 pn perlukn ilmu.sekiranya tiada ilmu apa yg dibuat hnya sekadar melepas batuk di tangga.sentiasa follow entri2 tuan=)

    Reply
  5. suri

    mesti setiap produk akan dapt hasilnya.hasil tu adalah upah kita dan bahan2 bakal kita kitar dan tambhkan semula dlm stok2

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge