4 pakej pembiayaan perniagaan dari PUNB untuk usahawan

By | 10/10/2016

dana perniagaanSebenarnya ada banyak pakej pembiayaan perniagaan yang disediakan untuk membantu para usahawan dan bakal usahawan di negara kita.

Tapi…

Walaupun ada banyak pakej perniagaan yang disediakan oleh agensi kewangan kerajaan, jumlah mereka yang menjadi usahawan masih tidak ramai. Jumlah mereka yang benar-benar berazam untuk jadi usahawan juga sebenarnya terlalu sedikit.

Dalam artikel yang lalu, yang saya tulis bertajuk ” Sikap keusahawanan rakyat Malaysia yang anda perlu tahu “, tahap keyakinan rakyat Malaysia terutamanya orang peribumi, untuk menjadi usahawan adalah terlalu rendah.

Negara kita berada di kedudukan amat tercorot dari segi keberanian untuk menjadi usahawan. Tangga yang ke-57 dari 62 buah negara yang dibanci dari segi keyakinan untuk terjun menjadi usahawan.

Dalam artikel tersebut saya lupa nak beritahu bahawa dari kajian, hanya 4.7% sahaja rakyat Malaysia yang dibanci betul-betul dah ada perancangan untuk berhenti kerja dan terjun berniaga. Yang selebihnya iaitu, 95.3% rakyat Malaysia lebih selesa jadi pemakan gaji tegar sampai tua dan pencen.

Pakej pembiayaan yang banyak untuk usahawan

Apa yang amat pelik,  pada diri saya sendiri, juga daripada pemerhati perkembangan usahawan dunia, galakan dan persekitaran yang digubal oleh kerajaan untuk memudahkan rakyat Malaysia menjadi usahawan dan berniaga adalah antara yang terbaik di dunia ! kita duduk di tangga ke-6 terbaik dunia !.

Kajian tersebut bukanlah dilakukan oleh badan atau agensi kerajaan. Ianya dibuat oleh pihak luar yang tak ada kaitan dengan kerajaan. Ertinya kedudukan no-6 terbaik dunia itu bukanlah satu kerja masuk bakul angkat sendiri.

Antara usaha kerajaan adalah menyediakan berbagai pakej pembiayaan perniagaan untuk para usahawan berniaga. Ada dua agensi yang amat terkenal yang rasanya semua orang tahu, MARA dan PUNB.

MARA ada di seluruh pelusuk tanah air, di setiap negeri dan di setiap daerah. Tapi malangnya, ada usahawan, dan ada yang benar-benar nak jadi usahawan tak pernah sekalipun pergi ziarah pejabat MARA di daerahnya !.

Rungutan yang biasa kita dengar dari usahawan adalah mereka dah minta bantuan kewangan tapi ditolak, dan mereka yang ditolak menyalahkan agensi pembiayaan perniagaan tersebut.

Terus terang saya boleh katakan, sikap salahkan orang lain dan bukannya menyuluh diri sendiri kenapa permintaannya ditolak adalah salah satu ‘sikap paling tak guna’ yang tak sepatutnya ada pada diri seorang yang bernama usahawan.

Biasanya permohonan ditolak adalah disebabkan gagal memenuhi syarat. Itu adalah sebab yang paling besar terjadi. Jika kesemua syarat permohonan dipenuhi, dan jika dana masih ada, tidak ada sebab agensi akan menolak permohonan usahawan.

Oleh itu, pergilah cari maklumat, pergi sendiri, bertanya, balik sediakan segala syarat yang diminta sehingga penuh dan pergi semula. Jika ditolak, jangan putus asa, perbaiki kelemahan, pergi semula sehinggalah berjaya. Itulah sikap yang perlu ada pada usahawan.

4 pakej pembiayaan perniagaan dari PUNB

Saya hanya nak kongsikan sedikit ringkasan pakej pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh pihak PUNB khas untuk para usahawan dan bakal usahawan di luar sana. Untuk MARA, kalau saya rajin nanti, akan cuba saya senaraikan. Tapi jika anda lebih berminat nak buat pinjaman dari MARA, pergilah sendiri panjat tangga pejabat MARA kat daerah anda tinggal.

Berikut adalah pakej pembiayaan perniagaan yang PUNB sediakan:

  1. Prosper Runcit – Tujuan pakej ini adalah untuk galakkan usahawan bumiputera masuk bidang peruncitan. Anda mesti dah kenal pasti lokasi perniagaan dan PUNB akan bantu 90% daripada keperluan modal yang tidak melebihi RM1 juta. Antara bidang perniagaan yang dibantu adalah seperti,
    1. Stesyen minyak
    2. Kedai tekstil atau pakaian
    3. Kedai emas
    4. Kedai cermin mata
    5. Penjualan makanan
    6. Kedai kasut atau barangan kulit
    7. Kedai kosmetik dan kecantikan
    8. Kedai buku dan alatulis
    9. Kedai herba dan ubatan tadisional
    10. Peralatan sukan dan rekreasi
    11. Kedai letrik dan eletronik
    12. Kedai runcit
    13. Dan lain-lain yang sesuai
  2. Prosper Teras – Pakej pembiayaan ini adalah khas untuk industri terpilih sahaja bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara industri pilihan adalah seperti automotif, bahan binaan, telekomunikasi, Profesional dan pendidikan (tuisyen, pra sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak). Perniagaan anda mestilah telah beroperasi selama setahun dan punya rekod kewangan yang baik. Jumlah maksimum adalah RM500 ribu dan PUNB akan bantu sebanyak 90% dari keperluan.
  3. Prosper Usahawan Muda – Dana ini khas untuk anda yang berumur antara 18 ke 33 tahun untuk menggalakkan orang muda terjun jadi usahawan. Pembiayaan adalah antara RM5 ribu ke RM100 ribu. Kalau tak mula lagi anda hanya layak dapat pembiayaan bawah RM50 ribu dan kalau dah berniaga lebih setahun, anda layak dapat lebih dari RM50 ribu. Yang menariknya, anda layak walaupun berniaga hanya dari rumah seperti buat perniagaan online.
  4. Program Siswazah Perantis – Bukan semua siswazah akan dapat kerja makan gaji, biasanya seorang dari 4 orang siswazah tak dapat kerja selepas tamat belajar. Tapi program ini bukan pakej nak bagi duit atau dana berniaga, ianya lebih kepada mendedahkan siswazah kepada dunia keusahawanan. Anda akan ditempatkan dalam syarikat dibawah naungan PUNB untuk belajar selok belok perniagaan. Dapat elaun lagi setiap bulan untuk tempoh 6 bulan ke setahun. Syaratnya mudah saja,
    1. Bumiputera bawah 30 tahun
    2. Ada diploma atau ijazah atau sijil kemahiran tahap 2 ke atas.
    3. Tak ada kerja dan minat nak jadi usahawan dan sanggup jalani latihan sepenuh masa.

Peluang menunggu anda

Tudia ! macam-macam ada dan semuanya untuk Bumiputera, hangpa nak apa lagi ? takut apa lagi ? nak makan gaji lagi ?….

Jika tak dapat danapun ramai orang sudah berjaya, inikan pula ada dana !. Yang pentingnya mesti ada usaha dan keazaman yang tinggi. Jangan nga nga lagi !

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

3 thoughts on “4 pakej pembiayaan perniagaan dari PUNB untuk usahawan

  1. Ramli Bin Bakar

    sebenar nya sikap orang melayu tak mau susah payah ada sikit makan sikit ada banyak makan banyak kurang usaha payah sikit tak mau cepat putu asa tak yalin diri subehi no

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge