Masalah kewangan ?

Masalah aliran wang tunai ?

Ini salah satu masalah yang paling biasa, berlaku dalam mana-mana perniagaan.

Ada usahawan yang alami masalah kewangan dari mula berniaga sampai sekarang tak habis-habis.

Ada pula usahawan yang alaminya macam yoyo, kejap ada, kejap tiada.

Yang semua usahawan mahukan adalah tak ada langsung masalah kewangan. Tiada masalah aliran wang tunai dari mula berniaga sampai bila-bila …. ada kah macam tu punya situasi ?

Dalam bab kewangan ini, samada perniagaan anda sibuk atau tidak sibuk bukanlah satu isu. Tapi yang jadi isu adalah, walaupun bisnes yang dijalankan teramat sibuk suasananya, duit kat dalam akaun bank masih tak ada juga.

Itu yang tak berapa best tu !

Itu merupakan indikator utama adanya masalah kewangan dalam perniagaan yang sedang dijalankan.

Jika anda selalu alami masalah duit tak ada dalam bank, kemudian ditambah lagi dengan 4 tanda berikut di bawah, memang sahih bahawa perniagaan anda sedang mengalami masalah pengaliran kewangan yang tidak lancar.

4 tanda bisnes ada masalah kewangan

Jom kita lihat 4 tanda tersebut;

  1. Duit tak cukup nak teruskan kerja yang sedang dilaksanakan – Kerja masih tak habis tapi tersekat sekat sebab tunggu ada duit, baru boleh jalan. Pembekal tak hantar barang, pekerja tak datang sebab tak dapat bayaran. Tak boleh masuk pejabat sebab pemilik premis tukar kunci sebab tak bayar sewa. Air kena potong, api letrik tiada. Kerja tak lancar kalau duit kejap ada kejap tak ada.
  2. Banyak barang duduk atas rak atau dalam stor perlahan atau tak bergerak langsung – Brang banyak dalam perniagaan memang bagus. Tapi kalau tidak bergerak dan langsung atau terlalu lama untuk bergerak, duit akan melekat tanpa dapat dipusing. Mungkin ada yang bergerak, tapi jumlah barang yang bergerak lancar amat sedikit berbanding yang tak bergerak.
  3. Duit keluar lebih banyak dari masuk – Ini kejadian yang tidak perlu nak diterangkan lagi. Samada keluar sebab taukeh guna untuk enjoy atau keluar sebab keperluan bisnes. Jika yang keluar lebih banyak dari yang masuk, lambat laun segalanya akan terhenti.
  4. Bayaran sering lambat masuk dan ada kalanya jadi hutang lapuk – Taukeh sering menungut pelanggan masih tak buat bayaran. Jumlah mereka yang tak bayar juga bukannya berkurangan, tetapi sentiasa bertambah. Kes hutang tak bayar sampai menjadi lapuk sudah menjadi perkara biasa.

Ada tak dalam perniagaan anda sekarang satu atau lebih daripada 4 tanda kat atas tu ?

Kalau ada, masalah ini perlu segera di selesaikan supaya perniagaan tidak menjadi lebih parah dan akhirnya terpaksa gulung tikar.

Selesaikan masalah kewangan perniagaan

Sekarang saya kongsikan secara ringkas, apa yang anda boleh lakukan jika berhadapan dengan cabaran aliran duit yang tidak lancar.

  1. Tentukan titik pulangan modal – Ini hanya boleh dilakukan jika anda uruskan aktiviti catitan kewangan dengan baik. Perlu tahu macam mana nak buat aliran keluar dan masuk kewangan setiap bulan.
    1. Titik pulang modal adalah, jumlah jualan yang perlu dibuat untuk membolehkan perniagaan anda tidak rugi dan tidak untung. Dengan jumlah wang hasil dari jualan itu, anda hanya boleh bayar semua kos barang, gaji semua orang termasuk anda sendiri, bayar sewa, bil dan lain-lain. Tiada lagi baki darinya yang boleh dijadikan duit tabung syarikat.
    2. Bila dah tahu berapa nilai titik pulang modal tersebut, cuba lihat 6 bulan ke belakang. Adakah jualan syarikat berjaya melepasi titik pulang modal setiap bulan dalam tempoh 6 bulan yang lalu ?
    3. Sekarang lihat pula ke depan, iaitu bulan semasa dan bulan yang akan datang. Tanya samada anda akan berjaya melepasi titik pulang modal atau tidak.
    4. Kalau nampak macam tak lepas, sila buat perancangan segera macam mana nak pastikan anda mampu menjana jualan melebihi titik pulang modal. Dapatkan cadangan pekerja, dapatkan cadangan kawan-kawan berpengalaman dan buat rancangan untuk dilaksanakan.
  2. Kawal sistem beri hutang – Dalam perniagaan, ada kalanya anda terpaksa membenarkan pelanggan berhutang. Jika perniagaan anda juga begitu, pastikan ada sistem untuk mengawal kedudukan penghutang dalam perniagaan anda.
    1. Buat polisi siapa yang boleh dan siapa yang tak boleh diberikan hutang. Buat juga syarat untuk dipenuhi sebelum berhutang dibenarkan seperti tempoh bayaran dan jumlah maksimum.
    2. Buat sistem follow-up penghutang. Semak dengan pelanggan selepas seminggu inbois diberikan samada mereka telah menerimanya. Berikan peringatan bila bayaran perlu dilakukan. Telefon sekali lagi bila tarikh bayaran telah masuk dan nyatakan bahawa anda masih tidak menerima bayaran. Seminggu dari situ, call dan hantar surat peringatan, nyatakan bayaran masih tidak diterima. Begitulah seterusnya dengan surat amaran pertama, kedua dan surat dari peguam. Jadikan semuanya satu proses dalam syarikat anda.
  3. Pantau penghutang – Semak setiap bulan senarai kaki hutang dalam syarikat anda. Lihat perinciannya, berapa jumlah hutang mereka dan sudah berapa lama.
    1. Telefon atau pergi jumpa mereka bincang untuk tahu kenapa masih tak bayar.
    2. Jika anda masih jalankan urusan dengan mereka, pastikan tiada lagi kebenaran hutang diberikan.
  4. Semak jumlah hutang syarikat – Buka pula senarai semua pembekal anda dan lihat berapa jumlah hutang syarikat pada mereka. Berapa lama tempih kredit yang anda ada. Pergi jumpa pembekal dan bincang semula tempoh kredit supaya boleh dilanjutkan lagi jika perlu.
  5. Semak semua barang secara fizikal – Mana yang paling lama tak bergerak dan mana yang cepat bergerak. Bagi yang tak bergerak lebih 6 bulan, pertimbangkan diskaun 20% atau 30% untuk habiskannya. Bagi yang bergerak laju, bincang dengan pembekal kalau-kalau boleh dapat lagi potongan harga.
  6. Adakah anda perlukan modal tambahan ? – Jika modal tambahan diperlukan dan anda tak ada duit, tentukan berapa jumlahnya dan cuba dapatkan dari berbagai sumber. Jumpa Bank atau mungkin pelabur luar untuk memberikan suntikan modal ke dalam syarkat anda.

Sibuk tak ada masa urus kewangan

Alasan kebanyakan usahawan berikan, bila isu menguruskan kewangan dibangkitkan adaah tak ada masa. Mereka terlalu sibuk beraksi dengan kerja yang banyak dan tak ada masa nak lihat laporan kewangan.

Lagi parah jika ada yang berikan alasan sama sampai nak buat catitan kewangan juga tak sempat.

Untuk semua yang masih nak berkan alasan sedemikian, saya berikan nasihat agar jangan cari alasan untuk tak buat urusan penting ini.

Sebaliknya carilah jalan supaya pengurusan kewangan dilakukan dengan apa cara sekalipun.

Tidak ada syarikat yang membesar dan berjaya yang tak buat kerja urus kewangan dengan betul dan baik. Mereka besar sebab urusan tersebut dilaksanakan sejak dari awal. Sebab itu mereka besar.

Bantuan dari HR Biz Coaching

Jika anda ada masalah kewangan dalam perniagaan anda sekarang dan tak tahu nak buat macam mana, segeralah cari bantuan. Dapatkan bantuan dari mentor atau kawan-kawan usahawan lain yang dah berjaya.

Jika anda mahu bimbingan yang lebih tersusun secara bulanan, anda boleh dapatkan bantuan dari team HR Biz Coaching. Biasanya anda akan dibimbing secara peribadi setiap bulan selama sekurang-kurangnya 6 bulan bergantung kepada keperluan anda sendiri.

Buat sementara waktu, masih tiada kekosongan untuk pengambilan peserta baru.

Tetapi, jika anda berminat dapatkan bimbingan peribadi dari HR Biz Coach, sila buat pendaftaran terlebih dahulu dengan klik kat sini.

Total
68
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. Assalamualaikum tuan,

    Memang tidak dinafikan, urusan kewangan sangat penting. Sebenarnya bukan dalam perniagaan sahaja penting, sebaliknya semua perkara memerlukan pengurusan kewangan yang betul.

    Pengurusan kewangan untuk peribadi atau keluarga, ianya sama penting dengan pengurusan kewangan untuk perniagaan. Alhamdulillah, selama saya berkecimpung dalam bidang perubatan Islam ini, pengurusan kewangan dijaga sebaiknya.
    Perawat Islam recently posted…(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge