buat sasaran kewangan perniagaan andaUntuk ‘siri 4 tanda masalah dalam perniagaan’ kali ini saya akan kongsikan pula 4 tanda yang sasaran kewangan tidak ada dalam bisnes yang sedang anda jalankan sekarang.

Hanya ambil kisah urusan bisnes dalam bulan ke bulan sahaja.

Itu merupakan antara amalan buruk yang biasanya diamalkan oleh hampir semua usahawan kecil dalam perniagaan mereka.

Itu juga merupakan amalan, yang bakal membezakan antara usahawan kecil yang akan terus kecil macam tu juga, dengan usahawan kecil yang akan membesar dan menjadi lebih maju.

Kalau nak bisnes membesar dan berkembang, tak boleh tidak terpaksa paksa diri untuk mengamalkan cara yang betul dalam pengurusan kewangan perniagaan anda. Iaitu perlu ada disiplin untuk membuat sasaran kewangan yang mahu dicapai sejak awal berniaga, sampai bila-bila selagi anda masih berniaga.

4 tanda sasaran kewangan tiada

Kita teruskan sahaja kepada agend utama dalam artikel ini untuk kenal pasti adakah perniagaan yang anda sedang jalankan sekarang tak punya sasaran kewangan yang perlu dicapai.

Anda mungkin rasa macam ada.

Tapi semua sasaran yang mahu dicapai itu tersemat kejap di dalam kepala sahaja.

Itu masih tak cukup sebenarnya.

Jika anda teruskan membaca kat bawah ini, anda akan lihat bahawa sasaran kewangan perlu diterjemahkan dengan cara yang betul terhadap amalan merancang prestasi kewangan seorang usahawan yang bakal berjaya – Insyaallah!.

Nak capai apa sebenarnya dalam sasaran kewangan sesebuah perniagaan?

Hanya dua perkara penting sahaja yang anda nak capai.

  • Berapai hasil jualan
  • Berapa hasil keuntungan

Mudah bukan! dan amat logikpun.

Apa lagi yang anda nak kejar dalam perniagaan selain daripada keuntungan yang diraih daripada jumlah jualan syarikat anda.

Mungkin ada yang tersasar secara tak sedar sebab leka kejar glamor dan pujian.

Kembang kempes hidung orang puji bisnes anda sempoi dan semua orang kenal anda dan perniagaan anda. Itu tidak membawa apa-apa makna jika bisnes tak untung atau tak cukup menguntungkan.

Jadi perlu bangun semula dari leka tersebut dan kembali ke dunia nyata dalam erti sebenar menjalankan sesebuah perniagaan.

Dapatkan keuntungan terlebih dahulu baru ada masa nak lihat glamor atau tidak.

Berikut adalah antara 4 tanda perniagaan anda tak punya sasaran kewangan.

#1. Tak ada unjuran depan jualan setahun

Setiap akhir tahun adakah anda buat unjuran dan perancangan yang serius terhadap apa yang nak dicapai buat tahun depan selama setahun. Atau anda hanya agak-agak saja berdasarkan apa yang dicapai tahun sebelumnya.

Atau memang anda tak ada unjuran lansung. Main redah ikut kaki melangkah sahaja. Kemana bisnes nak bawa, ikut sajalah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

#2. Tak lihat kos perniagaan secara tetap

Adakah anda jadikan agenda menyemak kos perniagaan sebagai acara bulanan. Setiap habis bulan anda akan semak segala kos yang terpaksa dibayar. Aakah ianya tinggi atau rendah. Adakah ianya berkurangan atau semakin meningkat.

Atau anda hanya lihat semula kos perniagaan anda apabila ada perubahan drastik dalam perniagaan yang sedang dijalankan. Kalau tak ada apa-apa perubahan, tak pernah nak ambil pot pasal kospun!

#3. Sasaran keuntungan main agak saja

Berapa margin keuntungan perniagaan yang sedang anda jalankan sekarang? Berapa peratus yang anda nak capai untuk tahun ini. Adakah margin anda itu ngam dengan industri atau tidak?

Atau anda tak reti nak bezakan antara margin keuntungan dengan mark-up keuntungan?

Kalau tak boleh bezakan antara dua perkara asas tersebut, memang sah anda tak akan ada sasaran kewangan terhadap keuntungan yang mahu dicapai dalam perniagaan anda itu.

Atau anda main agak-agak saja berapa duit yang boleh anda himpun hujung tahun ini berdasarkan pengalaman tahun-tahun yang sudah.

#4. Kadangkala anda terkejut bila hasil jualan jatuh teruk

Cuba ingat semula selama anda berniaga sebelum ini. Berapa kali anda terkejut dan risau sebab hasil jualan jatuh tiba-tiba. Anda jadi gabra dan mula buat sesuatu.

Bila hasil jualan naik semula anda leka dan santai semula seperti biasa macam tak ada apa-apa yang dah berlaku.

Begitulah amalan dan cara pengurusan kewangan yang anda buat selama ini.

Buat sasaran kewangan yang betul

Kalau anda ada salah satu atau lebih dari 4 tanda yang saya senaraikan kat atas itu. Memang sah anda perlu betulkan semula cara anda menguruskan kewangan bisnes yang sedang dijalankan sekarang.

Untuk betulkan semua di atas, apa yang anda perlu adalah ilmu untuk menyediakan unjuran jualan dan bajet perniagaan yang berpijak di bumi nyata dan praktikal serta mampu dicapai.

Cara paling mudah adalah dengan mencatitkan semua hasil jualan dan juga semua kos yang terlibat dalam perniagaan anda. Asingkan jualan berdasarkan produk atau segmen pasaran. Asingkan juga kos berdasarkan kos jualan dan kos tetap.

Jumlahkan kesemuanya setiap hujung bulan dan kira untung kasar dan untung bersih sebelum cukai. Kira margin keuntungan kasar dan bersih.

Dari situ, betulkan strategi meletakkan harga jika margin terlalu nipis dan tidak membolahkan anda maju.

Bila dah buat semua itu, berdasarkan corak jualan bulanan setiap bulan-bulan yang lalu, buat unjuran jualan bagi hasil bulan yang akan datang. Tarik sampai cukup sekurang-kurangnya sehingga setahun.

Kalau tak tahu, maka wajib luangkan masa untuk belajar sampai paham. Atau lebih mudah dapatkan bantuan kawan-kawan yang tahu dan faham.

Bayarlah sikit kat dia.

Ilmu penting tu, jangan kedekut belanjakan pada perkara yang mendatangkan manfaat dan bakal membuatkan anda berjaya.

Kalau ada bajet, boleh dapatkan bantuan bimbingan secara peribadi dari orang yang sediakan khidmat membimbing usahawan kecil seperti Team HR Biz Coaching.

 

Total
21
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge