usahawan yang tertipu dengan sibukAdakah anda termasuk dalam kategori usahawan tertipu sibuk tapi hakikat sebenarnya bisnes anda tak buat untungpun ?

Artikel ini nak buat sedikit pencerahan pada kawan-kawan usahawan kat luar sana yang mungkin sedar dan mungkin juga tidak sedar.

Artikel ini adalah lanjutan dari siri-siri yang sama sebelum ini. Artikel yang fokuskan pada usahawan dan masalah dalam perniagaan. Kalau anda nak baca siri-siri yang lalu, buat saja carian dengan taip perkataan “4 tanda” pada ruang search kat sebelah kanan blog ini (kalau anda baca guna PC).

Sengaja biar diri jadi usahawan tertipu sibuk

Ramai usahawan yang dah lama buat bisnes. Pelanggan memang sentiasa ada. Kadang kala sampai tak menang tangan. Ada kalanya relaks tapi masih tetap banyak kerja juga.

Dalam keadaan begitulah bisnes berjalan selama ini dan anda rasa selesa dan tak risau sangat walaupun semua orang kata ekonomi tak berapa baik.

Yang pastinya anda sentiasa ada kerja dan dalam kesibukan setiap kali buka kedai atau jalankan bisnes. Memang agak susah nak ambil cuti bawa anak dan isteri berjalan lama-lama. Takut nanti pelanggan setia marah.

Namun begitu, anda sendiri sedar bahawa ada sesuatu yang tak berapa kena.

Bisnes yang anda buat sekian lama tu hanya mampu menyara kehidupan secara ala kadar saja. Nak hidup memang boleh. Tapi nak buat peruntukan untuk hasilkan pendapatan pasif macam kawan-kawan yang banyak duit buat tak berapa nak boleh.

Secara diam anda sedar bisnes sebenarnya tidak menjana keuntungan yang diharapkan. Tapi semuanya terbuku dalam benak fikiran.

Macam orang tua yang ada banyak penyakit, malas nak pergi klinik takut doktor beritahu yang dia ada penyakit itu dan ini. Jalan mudah adalah tak payah pergi jumpa doktor. Tak tahu lebih mudah nak hidup.

Macam itulah juga usahawan yang bisnes dia ada masalah. Tak mahu terus terang dan jumpa kawan atau mentor atau coach yang ada pengalaman.

Malas nak ambil tahu secara spesifik apa masalah sebenar. Takut kalau tahu nanti ada banyak kerja pulak nak kena buat. Ada banyak perkara pulak nak kena elak.

Rimas ! rimas !, lantaklah ! asal ada kerja boleh cukup makan, jalan terus dan layan seadanya.

Kenali 4 tanda usahawan tertipu sibuk

Saya tak mahu nak goreng panjang-panjang kali ini. Kita terus ke isi penting untuk ketahui apakah anda masuk dalam golongan usahawan yang macam itu.

Lihat 4 tanda di bawah ini bahawa anda sebenarnya sedang hadapi masalah bisnes yang sibuk tapi hakikatnya tak buat untung sangat.

  1. Cara anda tentukan harga adalah berdasarkan peratusan keuntungan berbanding harga kos – Ini paling ramai dan amat kerap saya jumpa. Perangai congak peratusan keuntungan berbanding harga kos. Kalau dia dapat harga kos RM100, dia akan jual RM140. Dia kata mark up 40% dari harga kos.
    • Dari harga yang dia jual kat atas itu sebenarnya keuntungannya adalah RM40 memang betul. Tapi Margin Untung Kasarnya hanyalah 29% sahaja. Cuba kira RM40 (jumlah untung kasar) dibahagi dengan RM140 (nilai harga jual). Anda akan dapat 0.29, ertinya gross margin hanyalah 29% sahaja. Siapa kata anda buat untung 40% ?
    • Cara betul kira untung kasar perniagaan anda adalah dengan bahagikan keuntungan dengan nilai jualan. Kalau sales bisnes anda adalah RM50,000 dan untung kasar anda adalah RM10,000. Margin Untung Kasar adalah RM10,000/RM50,000 = 20%
    • Ertinya dalam setiap nilai jualan yang anda buat, anda buat untung kasar sebanyak 20%. Dalam setiap seringgit jualan, anda akan buat untung kasar 20 sen. Itu adalah kiraan yang betul.
    • Itupun, cara mark-up harga berdasarkan kos barang sebenarnya bukan cara yang terbaik dan betul.
    • Harga bergantung kepada nilai keseluruhan yang bisnes anda mahu berikan pada pelanggan. Servis selepas jualan, jaminan kualiti, prestige yang pelanggan dapat dari produk anda jika ianya berjenama, dan lain-lain nilai imaginasi lagi yang boleh anda bina dari brand syarikat atau jenama produk anda.
  2. Dah setahun atau lebih tak pernah semak harga dari pembekal
    • Oleh kerana anda tak pernah kira margin sebenar keuntungan bisnes, maka apa saja harga yang pembeal berikan anda belasah.
    • Kalau harga pembekal kasi mahal, anda akan jual mahal pada pelanggan. Kalau pembekal bagi harga murah, anda akan berikan harga murah pada pembekal. Mudah sungguh anda buat kiraan harga jualan. Tak perlu pening kepala.
    • Jadi tak ada keperluan nak semak harga dari pembekal. Tak ada keinginan nak bandingkan harga dari beberapa pembekal baru yang lain dan sebagainya. Bisnes jalan macam itu saja selama ini tanpa ada perancangan tangkai jering untuk pastikan bisnes buat untung yang sepatutnya.
    • Lagipun taukeh kan sibuk yang amat sangat !. Mana ada masa nak semak harga dan bandingkan tawaran dari pembekal yang berbagai.
  3. Tak pernah terlintas nak semak margin keuntungan perniagaan
    • Macam yang saya kata kat atas tadi. Ramai yang main congan saja keuntungannya. Jika ditanya berapa untung kasar bisnesnya, dia terus jawab 40%. Berdasarkan formula salah kiraannya tadi kat atas tu.
    • Akibat dari tak buat dan semak secara betul aliran kewangan untung dan rugi perniagaannya, dia kekal berjalan dalam kegelapan. Untung kasar tak jelas dan untung bersih juga tak jelas. Kos sebenar perniagaannya juga tidak jelas dia rasa macam bisnes dah ok.
    • Maklumlah dah lebih 10 tahun berbisnes. Kalau ada orang nak ajar cara kira untung dan rugi dan sebagainya, dipandangnya semacam atas dan bawah. Kalau yang nak ajar tu tak pernah berniaga dan hanya lulusan akaun atau ekonomi sahaja yang baru grad, lagilah dipandangnya rendah. Apa engkau tahu pasal bisnes ? aku dah 10 tahun bisnes ler… ! sombong nya !!!.
  4. Kerap kali kerja jadi tak berbaloi keseluruhannya bila terkena dengan kerja sukar atau pelanggan yang sukar.
    • Bila kiraan semuanya tak betul. Terkena saja masalah satu atau dua dengan ancaman pelanggan sukar, habis duit teruk makan modal.
    • Bila ada kerja yang susah sikit dan tersilap sikit, akan makan modal juga akibatnya. Kesukaran yang sedikit sahaja berlaku akan makan kesemua untung yang dibuat seminggu dua sebelum ini.
    • Mahu taknya !, margin keuntungan kasar amat rendah !.

Sekarang anda dah baca kesemuanya.

Apa macam ?

Ada rasa tak anda seperti usahawan tertipu sibuk sedangkan bisnes tidak menjana keuntungan yang sepatutnya.

Mungkin baru anda sedar kenapa selama ini orang boleh ada duit simpanan berkepuk tapi anda masih kekal, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Macam mana nak selesaikan keadaan yang sedang dialami sedemikian ?

Carilah mentor, carilah guru atau bertanyalah pada sesiapa saja yang sudi mengajar kesemua itu.

Yang amat saya pelik, ada ramai yang tidak sudi dibetulkan walaupun secara percuma. Ini saya sendiri alami. Terhegeh-hegeh tunggu taukeh (usahwan tertipu la tu) layan kerjanya berjam-jam, macam nak minta sedekah pulak jadinya sedangkan kita nak bantu dia dan kongsikan ilmu.

Untuk yang sedar, sila pergi semak semula apa yang saya senaraikan dalam 4 perkara kat atas itu. Betulkan !

Total
57
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge