Anda sedang fikir kat mana nak dapatkan duit untuk perniagaan anda?

Kalau itu yang anda sedang fikirkan. Ini memang artikel khas untuk anda.

Sebelum itu, perlu faham dulu masa dan keadaan yang sesuai untuk anda fikirkan bagaimana nak dapatkan duit.

Ada 2 keadaan sahaja di mana anda mula terfikir untuk dapatkan duit untuk perniagaan. Pertamanya bila anda nak mula berniaga.

Jika anda sendiri memang tak ada duit simpanan, tapi menggigil nak berhenti kerja dan berniaga, maka sudah tentu otak akan ligat fikir kat mana nak dapatkan duit.

Susah dapatkan duit untuk mula berniaga

Untuk anda yang macam golongan pertama ini, saya nak berikan satu nasihat. Tak payah nak harap sangat 5 cara yang akan saya kongsikan kat bawah nanti.

Memang susah nak dapatkan duit dari mana-mana agensi. Terutamanya agensi swasta seperti pihak bank dan seumpama dengannya. Jika anda masih belum berniaga.

Tapi malangnya ramai yang marah-marah dan rasa tak puas hati sebab susah nak dapatkan duit untuk mula berniaga. Tak payah nak marah-marah. Memang dah betul tu. Duit mudah memang tak ada dalam kehidupan sebenar.

Jika ada bantuan istimewa dari kerajaan atau agensi kerajaan yang sudi berikan anda duit untuk mula nak berniaga, anda sepatutnya sujud syukur. Itu satu keistimewaan yang sangat besar nikmatnya.

Majoriti besar orang yang berniaga yang anda tengok sekeliling anda itu, mula berniaga dengan guna duit sendiri.

Kalau bukan duit sendiri, mereka mungkin dapat dari ibu bapa atau sanak saudara yang lain.

Kalau bukan dari keluarga, mungkin mereka dapat dari kawan-kawan.

Sangat jarang orang mula bisnes dari kosong hanya buat kertas kerja yang sangat cantik dan pihak bank terus berikan pinjaman.

Itu lumrah yang biasa berlaku. Memang terbukti berkesan. Jadi usahakan cara sebegitu adalah cara yang terlebih afdal kalau anda nak berniaga. Boleh percaya yang ada bank atau agensi kerajaan yang akan bagi. Tapi jangan nak jadikan itu harapan utama ada.

Jadikan harapan utama anda untuk dapatkan modal mula berniaga, pertamanya dari duit simpanan sendiri. kemudian dari keluarga kemudian dari kawan-kawan. Jika anda seorang budiman yang tahap kepercayaan orang pada anda adalah sangat tinggi, insyaallah boleh dapat.

Kerja dulu cari pengalaman dan simpan duit

Sila ambil perhatian bagi anda yang masih muda. Jika ada pilihan, eloklah cari kerja terlebih dahulu. Itu yang jauh lebih bagus.

Memang ada yang nasihat jika anda mula berniaga sejak awal muda remaja, maka anda ada kelebihan untuk gagal berkali-kali sebab masih muda. Oleh kerana gagal itu boleh mematangkan dan berikan pengalaman, maka itu adalah resepi yang baik untuk berjaya sebagai usahawan.

Ikut formula itu jika anda dah usaha kuat untuk dapatkan kerja tapi tak ada sesiapa yang sudi ambil anda kerja. Maksudnya, cari kerja, bina pengalaman kerja, dapatkan duit gaji dan mula disiplinkan diri menabung adalah pilihan pertama.

Dari kajian, majoriti usahawan yang berjaya kerja makan gaji terlebih dulu dalam tempoh lebih kurang 15 tahun sebelum berhenti kerja dan buka perniagaan mereka sendiri.

Tempoh itu dah mencukupi untuk anda timba banyak pengalaman. Juga mencukupi untuk anda bina rangkaian kenalan orang yang boleh sokong usaha anda. Juga mencukupi untuk anda simpan duit jika mengamalkan disiplin kemut berbelanja.

Purata usahawan yang berjaya dalam perniagaan mereka berumur lebih kurang 45 tahun. Itu tempoh umur yang biasa pada usahawan yang berjaya.

Tak payah nak tengok usahawan muda seperti tokeh FB dan seumpamanya. Itu semua kes rare. jangan jadikan kes rare sebagai ikutan. Melainkan anda sendiri memang seorang yang luar biasa dan punya kuasa berbeza dari orang lain.

Kalau anda memang seorang yang rare, semuanya akan jadi sendiri. Tak payah nak berlakon atau berusaha untuk jadi rare.

Anda hanya perlu berusaha seperti orang yang tak punya apa-apa keistimewaan. Maksudnya perlu kerja kuat lebih dari orang lain. Itu saja.

Dah berniaga dan nak besarkan perniagaan

Oklah! katakan anda memang dah berniaga. Tapi perlu dapatkan duit untuk besarkan dan majukan lagi perniagaan anda itu.

Kat sini baru layak fikirkan cara untuk dapatkan duit dari pihak lain, selain dari keluarga dan kawan-kawan.

Orang yang memang dah berniaga, dan perniagaannya memang ada jualan dan mencatatkan keuntungan, lebih mudah untuk dapatkan bantuan duit. Itupun masih tidak semudah yang anda sangkakan.

Saya kongsikan kat sini 5 cara di mana anda boleh dapatkan duit bila nak besarkan perniagaan anda itu.

#1. Pinjaman bank

Ini sumber duit pertama yang anda akan fikirkan bila nak dapatkan duit. Memang bank adalah sinonim dengan duitpun.

Anda perlu faham yang bank tu berniaga. Mereka jadikan duit sebagai bahan utama perniagaan mereka.

Bila sebut berniaga, tahulah kan. Tentu mereka nak untung.

Jadi jika perniagaan yang anda jalankan dapat meyakinkan pihak bank memang ada untung yang mencukupi untuk mereka tumpang, memang lajulah mereka akan tawarkan pinjaman.

Point nya kat sini … perlu buktikan yang perniagaan anda menguntungkan!

Ingat tu! ingat dan ingat dan ingat dan ingat dan ingat !!!!!!

Perlu buktikan yang bisnes anda ada untung!!!!

Kalau buat bisnes, tak daftar syarikat. Tak buka akaun perniagaan kat bank. Tak catit jumlah jualan dan segala kos perniagaan. Tak masukkan duit ke dalam akaun bank dan semuanya pakai sistem koboi atau sistem kerbau, jangan buat muka tak malu nak pi minta pinjaman dari pihak bank.

Along saja yang nak bagi pinjaman pada usahawan yang jenis macam koboi atau kerbau tu.

Oleh itu, sediakan diri dan perniagaan anda ke arah yang betul terlebih dahulu.

Jika dah bersedia kesemuanya, masih belum jamin akan dapat dengan mudah. Terutamanya bila anda mengigil nak korek lubang sedangkan taik dah tersembul keluar sedikit sentuh seluar dalam.

Jadi jangan nak terberak baru nak korek lubang. Bila dah ada rasa sikit-sikit tu segera pantas korek lubang lebih awal.

Fahamlah kiasan saya tu kan.

#2. Crowdfunding

Ini cara yang popular dalam zaman kita sekarang. Cara mudah dapatkan duit yang sikit, tapi dari sumber yang sangat ramai.

Orang ramai tu pulak tak semestinya orang yang anda kenal.

Anda boleh kutip duit dari mereka dengan tawaran istimewa atau sedikit ganjaran atas sokongan dari mereka. Mungkin tawarkan mereka produk atau servis yang anda ada. Atau mungkin juga sedikit share dalam perniagaan anda.

Boleh cuba google pasal crowdfunding ni. Jangan main kutip duit orang ramai bedal tak tentu kalu. Ada undang-undang dalam bab kutip duit orang ramai ni. Nanti tak pasal kena tangkap dan kena dakwa.

#3. Angel investor

Saya tak pasti apa istilah itu dalam bahasa kita. Ia merupakan individu atau organisasi perniagaan yang menawarkan modal wang untuk perniagaan. Biasanya dengan pertukaran saham dalam syarikat anda.

Memang ada individu yang ada banyak duit. Mereka nak laburkan duit yang mereka ada untuk mana-mana perniagaan yang bagus dan berpotensi untuk melonjak naik di masa hadapan yang terdekat.

Ada entiti perniagaan yang ada dana yang banyak. Contohnya jenis yang mencari perniagaan kecil yang bagus yang perlukan modal. Mereka masuk. Suntik duit, senaraikan ke bursa saham dan lonjakkan nilai syarikat tersebut.

Dari pembacaan dan pengamatan saya, angel investor kat negara kita ni kebanyakannya ‘con man’. Kalau kat Singapura, lebih ramai yang tulin.

Buat anda yang masih baru berniaga kat luar sana. Berhati-hati dengan mereka yang ada title Datuk dan sebagainya dan dakwa ada banyak duit nak melabur dan bantu perniagaan anda. Ramai yang terkena dan kecewa dengan gerombolan ‘con man’ sebegitu.

#4. Grants

Ini satu perkataan popular terutamanya di kalangan kawan-kawan Melayu saya yang berniaga. Bila sebut usahawan, sebut kerajaan, maka akan keluar perkataan grants ni.

Sokongan dan bantuan dari kerajaan dalam bentuk duit sebagai dana modal perniagaan yang tak perlu dibayar semula.

Contohnya anda diberikan RM500 ribu untuk perniagaan atau idea perniagaan anda yang sangat unik. Ambil duit tu pakai untuk besar dan majukan perniagaan supaya pergi lebih jauh. Tak perlu fikir pasal nak kena bayar balik.

Kat negara kita ada grants yang ditawarkan kepada usahawan berdasarkan idea sahaja. Tak payah mula berniaga lagipun. Ada macam pertandingan terbuka, dan pada peringkat akhir seorang atau dua 3 orang akan terpilih untuk menerima grants.

Buatlah carian kalau ada masa dan berminat untuk rebut peluang sedemikian. Terutamanya jika perniagaan anda memang istimewa dan bakal merubah landskap ekonomi atau masyarakat. Kerajaan memang nak bantu.

Bukan saja kerajaan Malaysia, malah ada agensi antarabangsa yang menyediakan grants terhadap bisnes yang memberikan manfaat luar biasa untuk kepentingan manusia di atas muka bumi ini.

#5. Pinjaman mikro

Saya bisnes karipap kingkong saja, takkan nak minta grants kot?

Bukan saja grants, bankpun tak mau layan. Apalah lagi ‘malaikat pelabur’!

Ok tak apa. Jangan rasa sedih sangat. Memang bukan semua jenis perniagaan akan mendapat layanan dari pihak bank dan agensi pinjaman lain.

Realitinya, jenis perniagaan biasa-biasa yang dilakukan oleh mereka yang benar-benar berusaha berdikari cari sesuap nasi setaip hari adalah jauh lebih ramai dari perniagaan yang glamour dan rumit.

Untuk and ayang buat bisnes biasa. Jual cendol, karipap kingkong, jual buah kampung di pasar malam, mee goreng kuali putumayam dan sebagainya. Masih ada ruang untuk dapatkan pinjaman duit.

Paling terkenal kat negara kita adalah Tekun. Ada pejabat di seluruh negara. Pergilah minta. Pergi dapatkan maklumat dan cara untuk dapatkan bantuan kewangan. Insyaallah ada peluang untuk anda. Yang pentingnya jangan cepat putus asa dan jangan cepat nak bebal.

Di peringkat negeripun ada juga skim pinjaman mikro ni. Malah ada pihak masjid yang buat usaha macam ni. Koperasipun ada dan macam-macam lagi. Amanah ikhtiar satu lagi contoh sumber pinjaman mikro yang memang dah lama ada kat negara kita.

Pi cari maklumat. tanya orang yang tahu.

Sekian. Moga bermanfaat.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge