Saya sambung 6 perkara asas wajib buat supaya bisnes anda tak rugi kat artikel baru ini.

Mulanya saya nak tambah panjangkan lagi artikel yang sebelum ini. Seperti mana yang saya tulis minggu lalu. Tapi saya ubah fikiran. Tulis artikel baru rasanya lebih baik dari sambung artikel lama.

Saya dah berikan 3 langkah awal yang anda perlu buat supaya bisnes tak rugi dalam artikel yang sudah.

  1. Pantau duit keluar dan masuk – Ini kerja paling banyak dalam kategori dokumentasi perniagaan yang anda perlu buat. Lagi banyak transaksi dalam perniagaan anda, makin banyaklah catitan yang perlu dibuat. Sebab itu ada banyak sistem software dan Apps yang direka khas untuk aktiviti ini.
  2. Kira margin untung kasar perniagaan anda – Bila dah ada maklumat ‘jualan’ dan ‘kos jualan’, anda dah boleh kira margin untung kasar berbanding jualan. Perah akal pandai anda tu supaya margin untung kasar sama atau lebih dari 50%. Itu panduan paling bijak yang boleh saya berikan nasihat untuk anda yang berniaga atau baru nak berniaga.
  3. Pastikan anda capai titik pulang modal – Saya belum habis terangkan pasal titik pulang modal ini. Untuk dapatkan kiraan titik pulang modal, saya suruh kira terlebih dahulu kos tetap perniaga yang anda perlu bayar setiap bulan.

Kira kos tetap perniagaan anda

Ambil kertas dan buat senarai satu persatu segala kos tetap yang anda wajib bayar. Tak kira samada anda buat bisnes kat rumah atau sewa kedai.

Kos tetap paling utama yang anda wajib kira adalah Gaji anda sendiri.

Ramai peniaga terlepas pandang terhadap keperluannya untuk tetapkan gaji yang dia wajib ambil setiap bulan untuk perbelanjaan peribadinya dan keluarga serta tanggungannya.

Memang betul, masa awal bisnes anda perlu banyak berkorban. Tapi itu bukan bermakna anda perlu pejam mata tak ada gaji. Terlebih lagi jika anda lelaki yang ada kewajipan sara anak dan isteri serta ibubapa.

Ada 3 tahap gaji yang anda perlu rangka untuk tentukan gaji yang syarikat perlu bayar pada taukeh yang bertungkus lumus berusaha hidupkan bisnes.

  1. Gaji asas – Ini jumlah gaji paling minimum yang sesuai untuk mereka yang baru mula berniaga. Jumlahnya bergantung kepada jumlah komitmen yang anda perlu untuk hidup. Makan minum, penginapan, pendidikan anak, perubatan, kenderaan, hutang peribadi dan lain-lain lagi. Anda sendiri tahu berapa jumlahnya yang wajib ada setiap bulan. Ingat! yang wajib saja. Hanya perkara asas yang perlu dipertimbangkan. Bukan untuk hidup selesa. Contoh RM1500
  2. Gaji selesa – Jika bisnes anda dah berjaya berikan gaji asas di atas secara konsisten, anda perlu sasarkan gaji selesa pulak. Sama macam tadi, anda sendiri yang tentukan berapa gaji selesa yang anda nak. Asalkan waras dan logik berdasarkan bisnes yang anda sedang buat. Contoh RM4000
  3. Gaji idaman – Jika bisnea anda dah berjaya berikan gaji selesa seperti kat atas tu, ini merupakan tahap ketiga, gaji yang perlu disasarkan. Panduan mudah terhadap gaji idaman adalah 5 angka. Ertinya, paling kurang, anda perlu sasarkan gaji anda sebanyak RM10 ribu setiap bulan.

Kenapa wajib tetapkan gaji taukeh

Majoriti besar usahawan akan belasah ambil berapa saja yang ada, baki setelah bayar semua kos bisnes. Kalau jualan banyak, maka banyaklah yang dia ambil. Kalau jualan tak seberapa, ikat perutlah tahan sabar.

Yang malangnya kalau jualan asyik sikit sahaja. Tak pernah berjaya naik dan anda terpaksa tahan sabar bertahun-tahun lamanya dengan gaji ala kadar. Kalau anda ada pembantu atau pekerja, mereka punya gaji mungkin jauh lebih banyak dari anda sendiri.

Itu sebab utama kenapa anda perlu tetalkan gaji anda sendiri. Bila dah tetapkan, persoalan samada syarikat anda dapat bayar atau tidak bukanlah satu masalah. Memang itulah tujuannya. Supaya anda tahu berapakah jumlah jualan minimum yang wajib anda capai supaya bisnes mampu bayar gaji anda tu.

Selain dari itu, dengan tetapkan gaji anda. Maka segala perbelanjaan yang berkaitan dengan bisnes boleh diasingkan dari perbelanjaan yang berkaitan dengan peribadi anda sendiri. Jangan campur adukkan urusan belanja bisnes  dengan peribadi.

Kira kos tetap yang lain

Bila dah jelas dengan berapa gaji yang anda perlu tetapkan dan ambil dari bisnes anda sendiri, barulah kira kesemua kos tetap yang lain pula.

Fikirkan masak-masak dan buat senarai satu persatu. Saya boleh berikan contoh seperti di bawah ini:

  • Gaji pekerja – amalkan bayar gaji tetap yang diberikan setiap bulan sekali atau separuh bulan sekali. Mudah nak urus.
  • Sewa kedai – Kalau anda tumpang rumah ibubapa, jangan alpa untuk bayar sewa bila anda jadikan rumahnya sebagai pusat anda beroperasi. Bagi dia rasa sejuk dan berbangga dengan anda. Insyaallah dia akan doakan untuk perniagaan anda lebih berjaya lagi.
  • Bil air dan eletrik – Berapa kena bayar setiap bulan. Peruntukkan bajet yang mencukupi.
  • Logistik – kos perjalanan seperti tambang Grab, minyak petrol dan seumpamanya untuk anda bergerak jumpa pelanggan, pembekal, pelabur, mentor, kawan tempat mengadu dan lain-lain lagi. Tetapkan kos bergerak ini samada bisnes buat jualan atau tidak, anda perlu lazimkan keluar jumpa orang.
  • Marketing – peruntukkan kos untuk ketengahkan bisnes anda supaya lebih ramai orang yang anda sasarkan tahu yang anda wujud. Lebih ramai yang tahu, lebih tinggilah kemungkinan untuk mereka jadi pelanggan anda.
  • Bayaran ansuran kenderaan – kalau anda ada kenderaan yang digunakan untuk bisnes anda itu, pastikan bisnes anda yang bayar segala kos bulanannya serta selenggaraannya.
  • Hutang perniagaan – kalau anda ada pinjam dari Tekun, MARA, PUNB, Bank Rakyat, MIDF atau mana-mana agensi perbankkan. Berapa jumlahnya setiap bulan.
  • Selenggaraan – Kalau anda ada mesin atau peralatan yang perlu diselenggara 6 bulan sekali contohnya. Kira jumlah setahun dan pecahkan kepada 12. Itu adalah jumlah komitmen bulanan yang anda perlu tanggung.
  • Kos luar jangka – peruntukkan sedikit kos luar jangka supaya anda sentiasa ada duit kalau keperluan tiba-tiba muncul tanpa diduga.

Kadang-kadang, ada kos yang anda hanya bayar setahun sekali atau dua kali. Jadi kira jumlah setahun dan pecahkan kepada 12 supaya anda tahu berapa kos bulanannya. Jangan terlepas pandang satupun kos tetap yang anda perlu tanggung dalam menjalankan perniagaan anda itu.

Kalau syarikat sendirian berhad contohnya, ada kos setiausaha dan audit. Itupun perlu ambil kira dan dapatkan jumlahnya berapa setahun dan pecahkan kepada 12.

Berapa jumlah kos tetap bulanan anda?

Selesai buat kesemua senarai kat atas tadi, anda perlu jumlahkan kesemuanya.

Bila dah dapat semua kos tetap tu, anda dah boleh kira untung bersih perniagaan anda sekarang. Untung bersih sebelum ditolak cukai.

Caranya mudah saja.

Untung bersih = (Untung kasar)(Kos tetap)

Mudah kan !!!.

Sekarang ambil masa dan buat semua kiraan tu.

Anda akan dapat samada untung bersih atau rugi bersih. Untung atau rigi tak jadi hal. Yang pentingnya anda dah tahu di mana kedudukan bisnes yang anda sedang jalankan sekarang.

Titik pulang Modal

Jika anda kira dan dapati untung bersih anda adalah bersamaan atau menghampiri kosong. Maka anda dah berjaya jumpa titik pulang modal bisnes anda tu.

Jika Untung bersih adalah kosong, rujuk semula kepada jumlah jualan yang anda buat kat atas tadi. Itulah titik pulang modal yang anda wajib capai setiap bulan supaya bisnes anda tak rugi.

Itu tugasan anda bermula dari sekarang. Pastikan jumlah jualan sebanyak itu sentiasa tercapai walau apapun yang berlaku.

Samada Tun Mahathir akan lepaskan jawapan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak, ianya masih tidak sepenting untuk anda capai titik pulang modal tu!

Saya sambung lagi nanti … insyaallah !

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge