Bagus macam manapun bisnes yang anda sedang buat, tak ada gunanya jika masuk hujung bulan duit tunai tak ada dalam akaun bank.

Anda sendiri tahu macam mana rasanya peluh sejuk keluar di dahi bila bisnes ada masalah tunai !!!.

Saya dah pernah rasa keadaan macam tu masa awal mula buat bisnes dulu.

Kedudukan duit tunai dalam akaun bank sangat mencabar. Makin dekat nak habis bulan, makin kerap semak akaun bank. Makin kerap semak semua senarai kerja tak berbayar.

Kepala ligat kira semua keadaan. Campur tolak semua duit yang ada, duit yang akan masuk, sedang keluar, duit yang akan keluar, duit yang akan tinggal …

Kalau masih ada baki, boleh tidur lena.

Tapi kalau dah habis buat kiraan campur tolak tu, hasilnya adalah negatif, terus rasa nak ambil air sembahyang, nak solat hajat dan minta jalan keluar. Masa tulah mula nak ulang baca ayat seribu dinar dan sebagainya.

Betulah orang kata. Peniaga ni memang lebih dekat dengan Tuhan. Terutamanya yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Setinggi manapun pengharapan dan kebergantungan anda pada Tuhan, usaha tak boleh diabaikan.

Berikut saya berikan 8 perkara yang anda perlu buat untuk atasi masalah tunai pada perniagaan anda sekarang. Kalau cash dah banyak dalam akaun bank tu, boleh bertahan lebih dari 6 bulan lagi tanpa sesenpun jualan masuk, tak payah nak teruskan baca artikel ni.

Saya andaikan anda memang jenis usahawan yang buat catitan akaun duit keluar dan masuk. Ada perancangan aliran tunai. Ada kiraan untung dan rugi setiap bulan yang dah berlalu. Juga ada kiraan unjuran untung dan rugi untuk bulan yang mendatang.

Jika dah buat aktiviti di atas tu, anda boleh tahu dengan jelas kedudukan duit keluar dan masuk perniagaan anda serta baki yang bakal ada nanti samada cukup atau tak cukup.

#1. Cari jalan jimatkan kos

Semak semula semua perbelanjaan selama ini. Kat mana boleh cantas turun kos yang perlu anda keluarkan. Janji, setelah cantas kos tu, tak ada kesan lansung pada produk atau servis yang anda tawarkan dari segi kualiti dan masanya.

Jika anda ada kemudahan pinjaman bank seperti overdraft dan sebagainya, beli barang dalam kuantiti ang banyak boleh jimatkan kos sedikit sebab dapat harga diskaun. Tapi perlu kira kesannya kepada kos bantuan kewangan tu.

Bank akan kenakan bayaran jika anda pakai kemudahan tu. Perlu kira betul-betul samada penjimatan harga barang berbaloi dengan kenaikan kos kewangan.

Kalau tunai ada banyakpun, perlu ambil kira samada nak habiskan beli barang banyak sekali gus. Sebab takut nak pakai duit nanti, dah terpendam dalam stok tak boleh nak ditunaikan.

Berikut beberapa aktiviti yang anda boleh buat untuk jimatkan kos:

  • Cari proses yang anda boleh jadikan ianya bergerak secara automatik. Tak perlu pakai pekerja untuk aktiviti tersebut. Pakai teknologi atau sistem. Tentu ada banyak proses yang anda boleh ubah daripada manual kepada automasi
  • Jangan membazir. Ini budak darjah satupun boleh faham. Cuma nak buat atau tidak saja. Itulah cabarannya. Kebanyakan usahawan tak ambil pot sangat dengan aktiviti penting ni sedangkan ianya akan membantu anyak sekali penjimatan kos perniagaan anda. Jadikan sasaran zero waste sebagai budaya perniagaan anda.
  • Cari bahan lebih murah. Kat mana boleh, gunakan bahan yang lebih murah asalkan tiada kesan pada produk atau servis anda tu. Semak betul-betul.
  • Beli bahan mentah dalam kuantti yang banyak. Tapi bukan seorang diri. Cari kawan atau kenalan usahawan lain yang turut sama pakai bahan yang sama. Pakat beli secara berjemaah. Anda mampu dapat banyak diskaun dengan cara tersebut.
  • Cabar kenaikan harga dari pembekal. Semak semua semua harga barang. Peka kepada peningkatan harga barang. Jika kesan ada yang naik harga, cabar pembekal tu. Ugut untuk tukar pembekal kalau dia degil.
  • Kemas kini cara buat kerja dan ubah kepada cara yang lebih menjimatkan. Jangan leka tengok perkembangan kemahiran dan teknologi untuk pastikan anda tak terlepas pandang dengan teknik lebih murah tapi lebih berkesan.
  • Pakai pekerja kontrak. Pakai saja staff part time daripada ambil pekerja tetap.
  • Semak kegiatan pemasaran atau pengiklanan yang tak jalan dan tak berkesan. Hentikan kegiatan tersebut.
  • Semak semula setiap satu segala kos tetap yang anda perlu bayar setiap bulan. Kos tetap bermaksud, kos yang anda wajib bayar walaupun cuti tutup kedai atau jualan tak berlaku. Kat mana boleh hentikan, atau turunkan, lakukan segera.
  • Sentiasa belajar teknik nego supaya anda mahir berbincang terutamanya dalam bab harga. Mahir nego dengan pembekal, anda boleh dapat harga lebih rendah. Mahir nego dengan pelanggan, anda boleh dapat harga tinggi.

#2. Permudahkan cara pembayaran

Licinkan cara pembayaran supaya ianya sangat mudah untuk pelanggan lakukan. Salah satu cara adalah dengan terima bayaran pakai kad. Sekarang ada banyak sistem pembayaran yang sama macam tu.

Kad Touch n Go pun dah boleh digunakan untuk buat pembayaran.

Semak semua cara pembayaran yang ada di pasaran dan gunakan mana yang sesuai. Kalau duit senang masuk, pelanggan mudah bayar, anda akan hidari masalah tunai dengan lebih pantas.

#3. Ubah invoice jadi tunai

Ini banyak berlaku pada industri yang berikan kemudahan kredit pada pelanggan. Buat kerja dulu, atau hantar barang dulu kemudian berikan invoice.

Selagi invoice tu tak di bayar oleh pelanggan, anda masih dalam keadaan bahaya. Elak berikan kredit kalau boleh, suruh mereka pakai sistem kat no 2 atas tu.

Kalau tak boleh, kena bagi kredit juga, pastikan invoice keluar sepantas kilat sebaik saja kerja jalan. Kejar dan berikan peringatan. Berikan incentif jika mereka bayar awal dan sebagainya. Yang penting invoice bertukat jadi duit tunai masuk dalam akaun bank.

#4. Susun semula pembayaran

Jika anda ada hutang bank. Atau ada beli secara hutang dari pembekal. Pergi bincang untuk susun semula pembayaran semua hutang tersebut.

Ada usahawan yang pakai kad kredit beli barang berniaganya. Pergi bincang dengan bank untuk ubah hutang kad kredit tu kepada softloan. Biasanya kos akan lebih rendah dengan buat begitu.

Dengan pembekal pulak bincang untuk bayar satu amaout yang tetap setiap bulan. Ini akan jadikan duit keluar anda lebih berda dalam kawalan dan boleh dijangka dengan tepat.

#5. Ubah harga

Semak produk yang anda ada satu persatu. Bandingkan dengan pesaing. Cari mana yang anda kenakan harga lebih murah berbanding pesaing. bandingkan kat mana lebih dan kat mana kurang antara anda dan pesaing.

Ada ruang untuk betulkan harga kepada yang baru lebih mahal sikit tak?

Kalau boleh naikkan jadi lebih mahal dengan banyak, lagi bagus!

Atau ubah penampilan produk atau servis supaya kenaikan harga secara emosinya dianggap berbaloi oleh pelanggan.

#6. Bersedia untuk beli secara hutang

Jika kedudukan tunai sangat getir, pertimbangkan untuk minta beli secara hutang dalam tempoh yang tak panjang. Mungkin harga akan naikkan sikit. Tapi masih berbaloi memandangkan anda lebih perlukan duit tunai berbanding penjimatan harga.

#7. Hubungi LHDN

Anda tak boleh elakkan diri dari bayar cukai perniagaan anda tu. Lambat atau cepat, memang tak boleh nak lari.

Jadi pergi serah diri awal-awal dan minta khidmat nasihat mereka macam mana pakej pembayaran yang LHDN sediakan untuk usahawan yang ada masalah tunai macam anda.

Mereka juga manusia dan akan sentiasa membantu jika anda tak cari pasal dengan sengaja.

#8. Sentiasa berada dalam kawalan

Jangan alpa dari sentiasa semak kedudukan aliran duit keluar dan masuk ke dalam bisnes anda tu. Buat kemas kini akaun. Buat kiraan untung dan rugi. Buat unjuran dan buat analisa setiap bulan.

Perlu sentiasa tahu kedudukan kewangan perniagaan anda untuk minggu dan bulan yang mendatang. Kalau tak cukup, kesan dari awal. Bukan dah nak keluar najis baru nak cari toilet!.

Dari semua analisa aliran tunai tu anda boleh:

  1. Cari idea naikkan harga
  2. Semak semula kesemua sistem kiraan harga produk atau servis perniagaan anda
  3. Cantas supaya lebih kemas segala kategori produk atau servis perniagaan anda macam cantas pokok yang nak anda besarkan.
  4. Racun bagi mati produk dalam kategori rumpai lalang. Ertinya produk yang tak membawa keuntungan. Malah mendatangkan masalah sahaja.
  5. Alihkan segala sumber yang ada untuk berikan tumpuan pada produk atau servis yang tinggi keuntungannya.
  6. Keluarkan invoices sepantas laju cahaya
  7. Minta bayaran dahulu, buat kerja atau hantar barang kemudian
  8. Jangan lembut tengkuk dengan manjakan pelanggan. Maksudnya jangan berikan hutang atau jangan benarkan pelanggan lambat bayar.
  9. Tingkatkan jumlah pelanggan yang beli
  10. Tingkatkan jumlah pembelian untuk setiap pelanggan
  11. Kerapkan pembelian
  12. Elakkan beri diskaun

Doa hindari masalah tunai dalam perniagaan

Saya rasa dah cover habis semua bab bagaimana nak pastikan anda tak ada masalah tunai dalam perniagaan anda.

Tinggal satu saja lagi yang biasanya ramai yang suka untuk amalkan. Amalan atau wirid doa untuk atasi masalah tunai dalam perniagaan.

Untuk ketahui apakah doa yang anda boleh amalkan, sila pergi tanya pada sheikh atau ustaz yang anda kenal berdekatan tempat perniagaan anda sekarang.

Kalau nak cara saya, mudah saja. Baca doa dalam Bahasa Melayu yang anda boleh sebut sendiri. Duduk sebentar dengan pensil dan kertas dan mula rangka doa tu dalam Bahasa Melayu. Ayatnya biar power.

Power untuk diri anda sendiri. Bila sebut, masa berdoa tu anda boleh naik seram sejuk dan mengigil sebab punyalah menyerap masuk ke dalam tulang sum-sum anda setiap kali membacanya.

Perlu pandai pilih tempat dan keadaan ketika nak berdoa tu. Jangan buat main-main dalam keadaan tak nyaman dan tak selesapun nak berdoa. Car tempat yang bila berbisikpun anda boleh dengar sendiri. Insyallah pasti mustajab !

(Pesanan: Elakkan dari berdoa ketika di dalam tandas … walaupun tandas tu sunyi sepi dan bergaung)

Selamat beramal!

Loading...

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge