Alirkan sungai duit dalam perniagaan anda

By | 17/04/2013
kewangan

Kenapa orang suka makan herba Tongkat Ali? sebabnya adalah untuk melancarkan darah dan memudahkan perjalanannya keseluruh badan.

Orang kita percaya darah yang mengalir lancar merupakan lambang kesihatan tubuh badan. Berbagai usaha dilakukan untuk memastikan darah berjalan lancar di seluruh badan termasuklah usaha mengurut seluruh badan.

Ringkasnya untuk kesihatan tubuh badan kita perlu pastikan:

  • Darah ada dan mengalir keseluruh anggota badan
  • Darah mestilah mengalir lancar.

Dalam perniagaan duit boleh diumpamakan sebagai darah dalam badan.

  • Tak ada duit, tak ada perniagaan
  • Duit perlu sentiasa mengalir ke segenap aktiviti perniagaan kita untuk memastikan perniagaan tidak mati.

Jika kita faham konsep duit seperti yang dirumuskan di atas, segala keputusan akan dibuat dengan tepat berlandaskan dua falsafah yang tersebut di atas.

Ada banyak perkara penting yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan duit sentiasa mengalir. Jika perniagaan anda diibaratkan sebagai sebuah sungai, air dari parit atau sungai kecil dari hulu yang mengalir masuk adalah umpama sumber-sumber duit yang masuk ke dalam perniagaan anda.

Air dari pecahan-pecahan sungai atau parit kecil yang bercabang di kuala adalah wang yang mengalir keluar dari perniagaan anda. Seandainya jumlah yang keluar melebihi yang masuk, alamat sungai akan kering. Oleh itu pastikan wang anda sentiasa cair masuk dan keluar dengan laju ke dalam perniagaan.

Semakin laju wang keluar dan masuk, maka semakin baik dan cepat membesar perniagaan anda. Anta perkara yang perlu diperhatikan dalam perniagaan adalah:

  1. Pastikan segala kerja yang dilakukan berbayar. Ramai peniaga yang seronok dengan ramainya pelanggan menggunakan produk atau khidmat mereka tetapi tidak perhatikan terma pembayaran. Timbunan imbois yang dihantar kepada pelanggan tidak berguna jika ia tidak dilangsaikan oleh mereka. Hadkan jualan hutang dan tinggikan jualan tunai. Biar untung sedikit asalkan ianya berbayar. Tak guna untung atas kertas tinggi tapi tidak berbayar.
  2. Jangan simpan stok barang atau peralatan yang tidak perlu atau tidak digunakan segera. Duit yang terikat pada stok atau peralatan tersebut beku terpendam dan membuatkan perjalanan duit tersekat. Sungai yang tersekat tidak mengalir mengeluarkan bau yang busuk. Jangan terpengaruh dengan belian dalam kuantiti banyak semata-mata untuk dapatkan harga rendah sedangkan anda ambil masa setahun untuk guna atau habiskannya.
  3. Simpanan tunai atau dalam bank yang tidak berguna merupakan satu pembaziran. Darah yang tersimpan dalam tabung darah dan tidak digunakan terlalu lama akhirnya tidak berguna. Darah itu juga tidak membantu dalam kehidupan. Oleh itu limitkan simpanan tunai anda.
  4. Dapatkan kemudahan keredit bertempoh. Pembelian tunai memang bagus tetapi jika anda boleh dapatkan kredit bertempoh adalah lebih bagus. Jika terma adalah sebulan, jangan bayar terlalu awal atau melebihi tempoh. Melainkan vendor tawarkan diskaun jika bayaran dibuat lebih awal, rebutlah peluang tersebut.
  5. Pertimbangkan antara beli atau menyewa berdasarkan kekerapan penggunaan dan juga nilai peralatan. Jika anda membeli peralatan yang mahal tetapi jarang digunakan, anda membekukan wang dari mengalir ke tempat lain.
Ada banyak lagi contoh lain. Tetapi jika anda faham konsepnya semuanya adalah sama sahaja dan anda sendiri lebih mengetahui tentang perniagaan anda.
Satu lagi perkara penting yang perlu difahami adalah, sentiasa tukarkan apa saja barang, aktiviti atau pransaksi perniagaan dalam bentuk nilai wang.
Jika ini dapat dilakukan, fikiran usahawan akan terbuka luas dalam mencari idea untuk mendapatkan kemudahan kewangan. Wang tidak semestinya dalam bentuk fizikalnya sahaja. Kemudahan kewangan juga bukan semestinya hanya dalam bentuk pinjaman selonggok dari bank sahaja.
Pemahaman tentang nilai wang dan kemudahan kewangan tersebut jika di fahami membuatkan kita kreatif dan kadang kala tidak memerlukan pinjaman dari mana-mana institusi bank. Saya akan cuba terangkan selepas ini dalam tulisan lain. Insyallah
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Alirkan sungai duit dalam perniagaan anda

  1. sepol

    dalah kesihatan kalau darah tak cukup kepada satu2 anggota badan boleh kena stroke ooo

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge