Baca ini untuk faham mainan duit!

By | 02/10/2012

Soalan: Anda ada RM1 juta lebihan hasil pemberian daripada Sultan Brunei yang kagum dengan kebaikan atau sumbangan anda pada negaranya. Dalam masa yang sama anda telah lama idamkan kereta Audi A4 berwarna hitam dan mahu membelinya dengan menggunakan wang anugerah itu. Bagimana anda uruskan pembelian tersebut ?

Jika anda tidak faham permainan wang:
Ambil duit dari RM1 juta itu lalu beli sebuah Audi A4 idaman anda. Selesai dan anda tersenyum lebar kepuasan. Anda cuma hilang dalam lingkungan RM300 ke RM400 ribu sahaja dan masih ada lagi RM600 ribu.

Jika anda faham permainan wang:
Letakkan RM1 juta ke dalam tabung haji. Anda bakal menerima dalam lingkungan RM60,000 setahun yang bersamaan dengan RM5,000 sebulan. Duit itu anda gunakan untuk menyara ansuran kereta anda yang mungkin sebanyak RM3 atau RM4 ribu sebulan dan selebihnya sebagai kos selenggara kereta tersebut.

Yang paling best sekali adalah RM1 juta anda sedikitpun tak akan luak!!!

Begitulah mainan duit jika anda faham ia hanyalah sekadar alat yang digunakan untuk merealisasikan apa yang anda mahu. Namun perlu diingat bahawa anda juga boleh dapatkan apa yang diidamkan dengan cara lain tanpa menggunakan wang atau bank.

Contohnya gunakan wang tersebut sebagai modal membina syarikat yang boleh menjana pendapatan pada anda RM25 ribu sebulan. Dengan cara itu, anda dapat wang, dan syarikat membeli Audi A4 untuk kegunaan anda. Pilihlah mana satu yang bersesuaian dengan diri anda!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

2 thoughts on “Baca ini untuk faham mainan duit!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge