Bagaimana bank perbodohkan anda

By | 14/08/2013
modal

Pernahkah anda terfikirkan selama ini telah diperbodohkan oleh bank? atau anda tak pernah berurusan dengan bank?

Zaman ini tak ada orang boleh terlepas dari berurusan dengan bank kecuali dia ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’.

Orang macam tu tak perlukan bank untuk simpan duit. Kalau perlupun mungkin sebagai tempat berteduh di kala malam apabila mencari pot untuk tidur.

Secara umumnya kita semua tak dapat lari dari bank. Ramai yang rasa bank banyak membantu kehidupan kita dan ada ramai juga yang tak rasa apa-apa sebab main ikut saja apa yang orang lain buat.

Mungkin anda tak pernah terasa yang bank telah memperbodohkan anda selama ini. Barangkali selepas membaca tulisan ini, anda akan rasa betapa bank mempergunakan orang yang diperbodohkan untuk kaut keuntungan.

Anda simpan duit dalam bank

Bank tak wujud kalau tak ada orang simpan duit dengannya. Melalui duit yang kita simpan itulah dia gunakan pula untuk kasi orang lain pinjam.

Dalam ertikata sebenar, kita telah memberikan pinjaman pada wang sebagai modal untuk dia berniaga. Biasanya modal yang kita keluarkan sudah tentu ada pulangannya.

Katakan pulangan yang anda dapat dengan meletakkan RM50 ribu adalah 5% setahun dengan kadar tetap berdasarkan jumlah pokok RM50 ribu yang telah diberikan. Andaikan juga anda letakkan duit tersebut dalam tempoh selama 5 tahun.

Bank akan membayar balik pada anda sebanyak RM50 ribuĀ + 5% x 50 ribu x 5 tahun = RM62,500. Anda mendapat keuntungan sebanyak RM12,500 dalam tempoh lima tahun.

Jika bank membuat pembayaran secara bulanan, keuntungan yang anda akan terima adalah berjumlah lebih kurang RM208 sebulan.

Ok! itu semua kiraan mudah dan diharap anda faham.

Sekarang andaikan pula anda saban bulan akan keluarkan wang yang disimpan itu sebanyak RM833 sebulan.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun sehingga di bulan terakhir dalam tempoh 5 tahun itu baki yang ada dalam simpanan anda hanyalah sejumlah RM834 sahaja.

Walaupun jumlah hanya tinggal sebanyak itu, bank masih tetap memberikan keuntungan sebanyak RM208 pada bulan yang terakhir tersebut!!!

Tidakkah itu sesuatu yang cukup menguntungkan?

Apakah anda rasa ada bank di negara kita atau di mana-mana sahaja di dunia ini yang akan melakukan perkara sebegitu untuk anda?

Saya dengar jawapan anda!, “hanya taukeh bank yang bodoh sahaja yang akan berbuat begitu!”…betul tak?

Memang betul! tak ada bank yang sebodoh itu. Jika anda masukkan wang untuk mendapat ganjaran, syaratnya adalah wang itu mesti kekal dalam jumlah yang sama untuk mendapat hasil pulangan seperti yang dikira di atas.

Bank beri duit pada anda

Sekarang mari kita kira pula senario terbalik di mana bank telah meminjamkan pada anda sejumlah RM50 ribu untuk anda membeli sebuah kereta baru.

Untuk memudahkan pengiraan, kita andaikan keuntungan yang sama dikenakan oleh bank dalam tempoh yang sama berdasarkan jumlah pokok iaitu RM50 ribu.

Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat bayaran sebanyak RM833 sebulan ditambah dengan keuntungan sebanyak RM208 sebulan (bersamaan RM1,041 sebulan).

Bulan demi bulan, tahun demi tahun anda bayar pada bank sehinggalah jumlah duit kepunyaan bank yang diberikan pada anda berbaki sebanyak RM834.

Dan pada bulan terakhir itu juga anda tidak ada pilihan selain dari tetap membayar RM1,041 di mana keuntungan masih tetap diberikan dalam jumlah RM208.

Ok! sekarang agaknya ada tak orang yang bodoh yang akan melakukan perkara sebegitu pada bank?

Jawapannya sudah tentu ada…ya anda dan juga saya dan kebanyakan mereka yang meminjam duit bank untuk membeli kereta atau membuat pinjaman untuk perkara lain dengan terma dan syarat yang sama.

Tidak anda rasa itu kerja bodoh?

Namun begitu, kita tetap amalkannya kerana bank memerlukan orang-orang yang bodoh sebegitu untuk mengaut keuntungan yang besar.

Tak perlu dinyatakan di sini tekanan-tekanan lain seperti cagaran, kereta atau barangan kena tarik dan dilellong dan lain-lain lagi….

Mungkin sekarang anda sedar kenapa orang seperti Teh Heong Piaw, pemilik Public Bank kaya raya berbillion-billion dan pendapatannya adalah RM 1 juta sebulan!

Nah! memang bank telah memperbodohkan kita…!

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

26 thoughts on “Bagaimana bank perbodohkan anda

  1. Sylarius Yusof

    Inilah dinamakan sebagai pembodohan secara sistematik. Zaman sekarang adalah zaman emas sistem kapitalisme. Walaupun kita secara luaran dilihat bebas, namun kita telah dipenjarakan secara halus melalui ekonomi (bank) dan minda (media massa).

    Reply
  2. Hairul Hissam

    bank mmg buat duit dan keuntungan berganda2 spt kata bro…
    satu lagi.. wang yg kita simpan, mereka akan pinjamkan kpd org lain utk keuntungan..
    dan wang yg org pinjam tu akhirnya akan masuk semula dalam bank dan digunakan semula utk pinjamkan kpd org lain…. ia berulang2.. tgk betapa bergandax99 bank gunakan wang yg sama utk memberi pinjam dan dapat untung…

    Reply
  3. Irwan Alessa

    info ni ada belajar dulu masa form 5.. dah kaji semua.. yang jadi permasalaahan sekarang, bila tak simpan bank, nak simpan di mana lagi?? adakah di peti besi?? hahahaha.. zaman dulu dengan sekarang banyak dah berubah.. di mana di setiap negara masih lagi kebergantungan penuh dengan bank.. bila nak di di nilaikan dengan bon simpanan ataupun sijil simpanan atau sebagainya pun tetap sama, sebab belum ada lagi bank yang tidak bermotifkan keuntungan yang di kenakan kepada isirumah macam kita ni..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Dua jalan terbaik…1) simpan dalam hartanah 2) hantar ke bank akhirat dengan sedekah, amal jariah, dakwah, pendidikan, dan seumpamanya.

      Reply
  4. waiman takwa

    Patutlah pinjaman kerajaan mengikut jumlah baki.. Sekarang saya dah faham.. Terima kasih HR.. Jika ada Facebook button, saya share kat facebook.. Cuba guna Addthis yang terbaru..

    Reply
  5. Zuan

    saya sering kali mendegar salah satu mencipta kekayaan adalah dengan menggunakan duit orang lain.. dan itu lah yang bank buat.. banyak sangat saya nak belajar tentang wang supaya saya tak menjadi hamba wang

    Reply
  6. kakiblog

    sekarang ini kita ada islamic bank untuk mengurangkan tahap kebodohan kita ditipu bank…

    Reply
  7. daddydee

    terpaksa jadi orang bodoh dan simpan dalam bank sementara cukup modal untuk memulakan bisnes…

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Ya ! bila tak ada duit, bank tak akan bagi pinjam utk berniaga, bila banyak duit banyak bank terpa nak bagi berbagai kemudahan…bisnes bagi berjaya dulu baru boleh pergunakan bank !

      Reply
  8. onlajer

    macam mana ya nak jadi macam khalid ibrahim kirim salam je dekat bank terus naik dividen dia

    Reply
  9. Aju Mohit

    biasalah nama pun bank kan, kalau tak buat keuntungan bagaimana nak beri pulangan kpd pendeposit kan, lagi satu hal deposit duit di CDM, duit ditelan dan tup2 mesin out of service, tau2 duit short didalam bank

    Reply
  10. titan

    haha..

    dah lama tahu. So, kena fikir la cara agar kita perbodohkan pihak bank pulak..

    Reply
    1. kakiblog

      ada yang cuba rompak bank secara konspirasi..kerja haram yang boleh mengundang kejar – mengejar dengan pihak polis..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge