Bagaimana tentukan untung kasar perniagaan

By | 24/07/2014

tumblr_na068gQQJr1tubinno1_1280Dalam perniagaan ada dua jenis untung yang anda perlu tahu. Untung kasar perniagaan adalah perkara asas yang usahawan perlu peka dan tahu membuat kiraan dengan betul.

Bila sebut tentang perniagaan, semua orang akan fokuskan pada persoalan berapa untung yang boleh dikaut pada setiap pembelian. Perniagaan jadi seronok bila ada untung. Dan perniagaan juga boleh jadi mimpi ngeri bila tak ada untung.

Ramai juga yang tersilap pandang dengan bab untung ini. Ada ramai juga yang tak tahu bezakan antara untung kesar perniagaan dengan untung bersih perniagaan.

Bila tak tahu bezakan antara untung kasar perniagaan dengan untung bersih perniagaan, silap-silap hari bulan perniagaan akan rugi pada keseluruhannya. Lebih malang lagi bila kiraan untung perniagaan anda hanya berkisar pada untung kasar perniagaan dan bukannya untung bersih perniagaan.

Bila jadi begitu, usahawan mungkin akan rasa syok sendiri dan percaya perniagaannya mendapatngkan keuntungan sedangkan secara keseluruhan, perniagaan itu tidak menjana keuntungan langsung.

Silap pandang dalam bab untung kasar perniagaan membuatkan usahawan pening kepala mencari jawapan kenapa perniagaannya tidak menjana duit sedangkan dah banyak tahun menjalankan perniagaan yang amat sibuk.

Beza untung kasar perniagaan dengan untung bersih perniagaan

Sebagai permulaan, tak payah nak kira secara terperinci. Bab untung kasar perniagaan dan untung bersih perniagaan adalah sebahagian daripada perkara asas kewangan dalam perniagaan anda.

Bila sebut perkara asas kewangan dalam perniagaan, anda tak boleh lari daripada menyediakan aliran wang tunai perniagaan anda. Aliran wang tunai atau biasa kita sebut Cash Flow, adalah perkara asas yang perlu disediakan jika anda mahu kuasai dan seterusnya menguruskan perniagaan dengan baik.

Walaupun ini cash flow ini adalah perkara asas kewangan dalam perniagaan, tapi jangan terkejut jika saya katakan majoriti usahawan tak pernah ambil tahu bab ini.

Mereka tenggelam dalam aspek operasi perniagaan dan sentiasa sibuk. Hasilnya, usahawan akan anggap operasi adalah perniagaan dan perniagaan adalah operasi. Sedangkan perkara kewangan adalah pokok pangkal menentukan samada ada untung atau tidak.

Kalau tanya saya, tak payah nak berniaga kalau tak mahu ambil tahu bagaimana nak buat cash flow dalam perniagaan anda. Perniagaan sebegitu hanya akan menghasilkan penat dan tekanan jiwa, bila kekayaan yang dikejar tak kunjung datang.

Oklah! kita hentikan leteran disini dan terus kepada tajuk utama iaitu menentukan untung kasar perniagaan.

Untuk buat cash flow, anda hanya perlu pantau dua perkara:

  1. Jumlah duit masuk dalam perniagaan
  2. Jumlah duit keluar atau perbelanjaan dalam perniagaan

Apa yang anda perlu pastikan adalah, jumlah duit masuk mesti lebih banyak daripada jumlah duit keluar. Dari situ, perniagaan akan mencatatkan keuntungan. Jika sebaliknya berlaku, perniagaan akan hasilkan kerugian. Mudah bukan?.

Untuk tahu semua nilai wang keluar dan masuk yang dinyatakan di atas, anda tak boleh lari dari membuat kiraan. Kiraan bermula daripada setiap transaksi berlaku satu persatu, kemudiannya dijumlahkan untuk sehari perniagaan berjalan.

Jika anda pernah beli barang dikedai orang Cina pada waktu kedai nak tutup, anda tentu pernha lihat taukeh atau pekerjanya akan duduk kusyuk depan meja dengan buku log di atasnya.

Mereka sedang tutup ledjer harian perniagaan mereka. Dari aktiviti itu, mereka dapat rumusan berapa duit keluar dan berapa duit masuk hari itu. Dari situ juga mereka dapat gambaran samada hari itu menghasilkan keuntungan atau kerugian.

Persoalannya, adakah anda buat begitu?.

Ramai usahawan yang saya tanya, tersengeh-sengeh menjawab tidak!. Bila habis kerja berniaga, mereka tutup kedai dan semua urusan, tanpa tutup ledjer wang keluar masuk. Kalau perniagaan mereka ada kerani yang uruskan semua itu tak apa. Tapi biasanya perniagaan baru tak mampu gajikan lagi kerani.

Jika amalan terus tutup tanpa tutup akaun, lambat laun, perniagaan itu sendiri akan kena tutup. Jadi kalau tak mahu jadi begitu, disiplin tutup akaun mesti dipaksa dalam diri. Itupun kalau anda mahu berjaya.

Mengira untung kasar perniagaan

Dalam bab duit masuk. Perniagaan biasanya datang daripada hasil jualan. Wang masuk hasil daripada jualan merupakan sumber penting untuk hidupkan perniagaan. Pastikan wang masuk bukannya datang daripada hasil berhutang atau daripada duit poket sendiri.

Dalam bab duit keluar pula, asasnya ada dua jenis:

  1. Duit keluar apabila proses jualan berlaku. Kalau tak ada jualan maka tak ada duit keluar. Ini kita namakan sebagai ‘Kos Jualan’. Biasanya salah satu kos jualan adalah kos produk. Jika anda berniaga, cuba fikirkan apakah kos yang perlu dibayar setiap kali adanya jualan.
  2. Duit keluar samada berlaku jualan atau tidak berlaku jualan. Ini kita namakan sebagai ‘Kos Tetap’. Biasanya kos tetap adalah seperti sewa, bil utiliti, gaji pekerja tetap termasuk gaji taukeh. Jika anda ada pinjaman perniagaan, wang bayaran ansuran adalah kos tetap. Fikirkan apakah kos tetap perniagaan anda dan senaraikannya.

Bila anda dah tahu senarai kos jualan, anda dah boleh kira untung kasar perniagaan anda. Formulanya amat mudah:

UNTUNG KASAR = JUMLAH JUALAN – KOS JUALAN

Dari kiraan di atas, anda dah dapat tahu untung kasar perniagaan anda. Jumlah ini amat penting!. Tolong buat kiraan segera dan sentiasa pantau nilai untung kasar perniagaan ini saban hari, saban, minggu dan saban bulan. Buat kalau nak berjaya dan tak payah buat kalau perasan bagus!.

Kiraan margin untung kasar perniagaan

Biasanya untung kasar ini berubah dari satu produk ke satu produk. Ia juga berubah dari satu hari ke hari lain dan begitu juga ianya berubah dari minggu dan bulan. Oleh itu anda perlu ada formula untuk pantau kedudukan untung kasar perniagaan anda.

Formulanya mudah saja. Hanya perlu tahu sedikit asas matematik untuk buat kiraan peratusan. Mungkin ada menyesal tak belajar matematik bersungguh-sungguh masa sekolah dulu!, ha! sapa suruh malas, kan dah kena belajar semula?

Untuk seragamkan maklumat berkenaan untung kasar perniagaan tak kira masa dan produk, kita mesti tukar jumlah kepada peratusan. Dalam bab untung kasar perniagaan formulanya adalah seperti di bawah:

Peratusan Untung kasar = (Untung kasar / Jumlah jualan ) x 100

Katakan jumlah untung kasar anda adalah RM10,000 dan jumlah jualan anda adalah RM20,000. Dari situ Peratusan Untung Kasar Perniagaan anda adalah sebanyak:

10,000/20000 x 100 = 50%

Ertinya margin untung kasar anda adalah 50%.

Itu bukan jumlah untung bersih perniagaan anda lagi. Itu hanya jumlah untung kasar perniagaan. Dan jumlah itulah yang perlu digunakan untuk menyara kesemua kos tetap perniagaan anda.

Rumusan itu mudah bukan?, jika margin untung kasar perniagaan anda tinggi, anda tak akan hadapi masalah untuk tanggung semua kos tetap.

Oleh itu, berhati-hati tentukan margin untung kasar. Biar setinggi yang boleh sehingga menghampiri 100%. Lagi tinggi untung kasar perniagaan anda, lagi mudah untuk jadikan perniagaan anda berjaya.

Ok! kita dah berikan maklumat berkenaan untung kasar perniagaan. Bab untung bersih perniagaan, rasanya anda dah boleh kira sendiri. Pandai-pandailah cari jalan untuk kira untung bersih pula. Nanti bila ada senang, saya tuliskan berkenaan untung bersih pula.

Untuk sementara waktu ini, pastikan anda fasih buat kiraan untung kasar perniagaan terlebih dahulu. Ada banyak lagi perkara anda boleh belajar daripada maklumat atau data kiraan untung kasar perniagaan anda.

Jika anda cekap, maklumat untung kasar dari cash flow perniagaan yang dibuat setiap bula mampu membantu anda mengetahui samada ada kesilapan berlaku atau tidak dalam perniagaan.

Anda juga boleh tangkap pekerja tak jujur atau pekerja tak cekap daripada kiraan untung kasar perniagaan anda. Juga boleh kesan samada anda tersilap kira tentukan harga atau terbeli bahan mentah mahal. Semua ini boleh dikesan hanya daripada aktiviti mencatit dan memantau margin untung kasar perniagaan anda…. menarik bukan?, siapa kata matematik tak best?

17 thoughts on “Bagaimana tentukan untung kasar perniagaan

  1. Jeffrey

    Kalau Saya hanya ada kos jualan macam mana nak cari jualan Dan untung kasar menggunakan margin untung kasar atas jualan bersih๏ผŸ๏ผŸ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
    Tolong Saya.. soalan ini I telah buat sangat lama dah ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

    Reply
  2. EDA

    TERIMA KASIH KERANA SANGAT MEMBANTU DLM PERNIAGAAN…

    Reply
  3. Shahrin Keriya

    Bagus blog anda boleh wassup or email saya quotation nk beli software DKS.
    Disini saya ada 2 soalan;
    1) Adakah tuan boleh memasang dikedai runcit saya.
    2) Bagaimana dengan perkhidmatan selepas jualan?

    Sekian
    Shahrin
    0122372489

    Reply
  4. ERENTERPRISE

    perkiraan yg sangat membantu perniagaan saya. baru tahu cara nak kira untung rugi. tq tuan

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Terima kasih dan semoga sentiasa kira untung dan rugi perniagaan setiap hari

      Reply
  5. Fairuz

    Terima kasih En Bihi. Memang berguna lah perkiraan ni. Baru saya tau nak kira peratusan untung.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge