Semua orang yang berniaga mahukan bantuan perniagaan. Bila dah namapun bantuan, sudah tentu ianya diperlukan oleh mereka yang sedang menghadapi masalah perniagaan.

Ada banyak masalah perniagaan yang biasanya dihadapi oleh para usahawan. Walaupun ada banyak masalah, namun ramai usahawan akan rumuskan bahawa masalahnya hanyalah masalah kewangan. Atau lebih mudah lagi, masalah modal pusingan.

Kenapa usahawan sering merasakan bahawa masalah utama mereka adalah masalah wang atau masalah modal pusingan?

Sebabnya adalah, dengan wang, usahawan boleh buat berbagai urusan dengan mudah.

Dengan wang…

Usahawan boleh sediakan segala peralatan yang diperlukan.

Usahawan boleh sediakan premis yang baik sebagaimana yang diidamkan.

Usahawan boleh jalankan macam-macam aktiviti pemasaran.

Usahawan boleh merekrut pekerja yang terbaik di pasaran.

Usahawan boleh beli kereta mewah, lalu orang akan memandang tinggi pada keupayaan dan kejayaan usahawan.

Usahawan akan dapat selesaikan masalah aliran tunai yang tersangkut tidak tepat pada masanya.

Usahawan akan tenang tanpa gangguan dikejar oleh pembekal.

Usahawan akan dapat beli barangan secara tunai dan mendapat keistimewaan harga yang rendah.

Usahawan boleh beli stok yang banyak dan pelanggan ada banyak pilihan dan tentu ramai orag suka

Usahawan boleh delegate segala kerja pada orang bawah, kerana boleh rekrut ramai pekerja dan akhirnya usahawan tak payah buat apa.

Usahawan ada masa nak bercuti dan bersantai kerana semua urusannya orang tolong lakukan.

Dan banyak lagi perkara yang seronok-seronok dapat dilakukan oleh usahawan dengan adanya bantuan kewangan.

Dengan bantuan wang, wang ada banyak dan semua masalah akan selesai. Maka sebab itu apa saja masalah yang menimpa para usahawan, mereka rasakan jalan penyelesaiannya adalah wang atau modal pusingan.

Dan kalau boleh modal pusingan itu mestilah banyak. Cukup banyak sehingga dia tak perlu risaukan lagi masalah kewangan.

Wang sebagai bantuan perniagaan

Lihat semula senarai contoh apa yang boleh dilakukan dengan wang di atas. Fikirkan semula apakah benar-benar hanya wang sahaja yang boleh selesaikan kesemua masalah itu.

Lihat semula juga, akhirnya apa kesan jika wang yang ada cukup banyak. Usahawan tak perlu fikirkan lagi berkenaan masalah kewangan. Akibat leka tidak memikirkan masalah kawangan, akan datang menjadi satu masalah yang besar satu hari nanti… masalah kewangan bakal datang semula.

Satu masalah yang paling besar bila adanya bantuan kewangan yang usahawan tak suka fikirkan, kena bayar balik bantuan kewangan tersebut.

Hakikat sebenar bantuan kewangan adalah “Hutang”. Bila berhutang perlu bayar. Samada mampu nak bayar atau tak mampu hutang wajib dibayar. Itu hakikat sebenarnya. Itu yang paling utama mesti difahami.

Jika usahawan faham hal tersebut, maka jalan paling baik untuk selamat adalah fikirkan terlebih dahulu bagaimana kita dapat mantapkan perniagaan, naik sedikit demi sedikit tanpa perlu berhutang.

Jika kita cukup kreatif, sudah tentu ada anyak lagi jalan lain selain daripada berhutang. Pilihlah jalan sebegitu kalau mahu selamat dan belajar menjadi usahawan yang tulin yang menggunakan akalnya secara maksimum.

Hakikat sebenar bantuan perniagaan

Mana-mana institusi yang keluarkan bantuan kewangan, terutamanya pihak swasta, ia adalah satu perniagaan.

Bila sebut perniagaan, tentu ada sasaran untuk mengaut keuntungan. Lagi tinggi untung, lagi baik. Jadi bila mereka berikan hutang, apa yang ditagih sebenarnya adalah keuntungan.

Bila ada bantuan kewangan daripada kerajaan pula, biasanya ada cadangan daripada pembekal peralatan dan kelengkapan perniagaan yang bekerjasama dengan institusi kewangan untuk memberikan dana atau bantuan kewangan melalui peralatan atau kelengkapan perniagaan.

Cadangan sebegitu tentu menarik minat pembiaya kerana ia dapat pastikan usahawan tidak salah guna wang yang disalurkan. Maka disitulah timbul satu peluang buat duit pada pihak pembekal peralatan.

Para usahawan yang memang mahukan peralatan sebegitu akan ambil peralatan dan segala kemudahan perniagaan dalam bentuk barangan. Mereka akan bayar jumlah nilai barangan itu secara ansuran. Dan biasanya ansuran itu amat lama dan melegakan komitmen usahawan.

Tapi malangnya, barangan yang diberikan biasanya diletakkan harga yang jauh teralu tinggi daripada harga pasaran. Sedangkan jika usahawan beli sendiri harganya rendah. Tapi oleh kerana syarat nak ambil dana bantuan kewangan mesti ambil barang dari pembekal yang dilantik, maka usahawan tiada pilihan.

Bantuan perniagaan yang menguntungkan sebelah pihak saja

Apa yang lebih malang lagi adalah sikap terlalu nak untung yang hanya mementingkan diri sendiri para pembekal. Usahawan diberikan barangan dan tidak diajar untuk menggunakan barangan atau peralatan itu secara optimum untuk faedah usahawan.

Saya lihat ramai usahawan yang ambil peralatan secara hutang dari cara yang saya sebutkan di atas mensia-siakan keupayaan barangan mereka.

Bila ditanya kenapa tak pakai barang atau peralatan tersebut, usahawan jawab mereka tak tahu gunakannya. Pembekal tidak mengajar dengan ikhlas sampai usahawan pandai.

Usahawan pula tak tahu dan tak ada ilmu dan tak pernah gunakan barangan tersebut. Lalu mereka lembab untukbelajar memahami cara menggunakannya dan tak tahu apa nak tanya. Alhirnya barang yang hutang masih belum habis tidak digunakan dan hanya jadi barang hiasan meja atau kedai…. teraniaya para usahawan.

Bantuan perniagaan untuk untungkan broker

Saya ada satu pengalaman daripada pihak bank. Ada pegawai besar sebuah bank yang nak pencen. Dia boleh luluskan bantuan kewangan yang agak besar.

Ditawarkan pada saya sampai melebihi RM5 juta sebagai bantuan kewangan. Lalu saya berikan segala butiran syarikat pada bank itu. Dan dari rating pihak bank saya lepas untuk menerima kelulusan bantuan kawangan dengan jumlah yang tinggi.

Jika saya setuju dan tanda tangan perjanjian, wang akan masuk terus dalam akaun dalam tempoh kurang dari sebulan. Syarikat saya tak ada masalah untuk kesemua dana tersebut.

Bila saya berbincang dengan pegawai bank yang nak pencen itu, dia minta komisyen sampai 20%. Saya hanya tergelak dan pelik dengan sikapnya mengira duit.

Itu belum masuk lagi kos pinjaman yang biasanya antara 8% ke 12%. Ertinya pinjaman saya akan membuatkan saya perlu jana keuntungan dari duit perniagaan itu sampai melebihi 40% !, itu kerja katun!, ingat senang nak buat macam tu?

Lalu saya kata padanya, jika saya ambil bantuan kawangan itu, yang paling untung adalah pegawai bank. Jika saya ambil RM5 juta, dia dah pasti dapat RM1 juta. Dia akan pencen goyang kaki tanpa perlu buat apa-apa.

Sedangkan saya akan terkial-kial cuba buat untung dengan konsisten melebihi 40% agar tidak mengamlami kerugian. Lalu apa kata pegawai bank itu..?

Kalau hang tak nak bayarpun tak apa, larikan saja wang pada akaun lain, declare bankrup dan hidup sebagai mayat hidup atas nama orang lain dengan simpanan RM4 juta dalam akaun…!. wah macam itupun ada!

Hutang bukan habis setakat di dunia. Hutang ini adalah bab dunia dan akhirat. Jangan ingat jika buat lari dan tak bayar anda lepas di akhirat nanti.

Berhati-hati pada bantuan perniagaan

Walau bagaimanapun, nak marah pembekal atau institusi kewangan kerajaan tak boleh juga. Pihak pembekal adalah pembekal yang juga usahawan. Mereka tentu mahu buat untung dan itu adalah satu peluang untuk tingkatkan jualan dan untung tinggi.

Pihak institusi bantuan kewangan kerajaan pula, batu ukuran mereka adalah berapa banyak jumlah wang yang telah disalurkan pada usahawan. Jadi asalkan usahawan diberikan wang yang banyak untuk berniaga, mereka dah capai KPI mereka.

Jadi pihak usahawan yang sebenarnya mesti ada sikap bertanggung jawab dengan apa yang mereka buat. Mesti tahu hak mereka sebegai pengguna atau pembeli dan peminjam.

Pihak usahawan juga mesti tahu bagaimana mengira kos sebenar pinjaman yang dibuat. Mereka mesti tahu apakah faedah dan peningkatan bantuan kewangan itu mampu lakukan pada perniagaan mereka. Sekurang-kurangnya mereka mesti dapat tingkatkan jualan atau tingkatkan kecekapan dan seterusnya tingkatkan keuntungan.

Tapi malangnya ramai usahawan kita tak reti langsung buat kiraan unjuran kewangan. Malah jumlah jualan sebulanpun tak tahu. Kos jualanpun tak pasti dan tak dikawal. Untung bersih pun tak kira dan banyak lagi kelemahan pengurusan kewangan.

Lalu nak salahkan siapa sebenarnya? adakah salah usahawan atau salah pembeal atau salah pihak pemberi bantuan kewangan?

Cuba fikirkan masak-masak soalan di atas. Berhati-hatilah pada bantuan kewangan sebelum mengambilnya.

Total
11
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. pandai. Benda ni la yg saya tengah elakkan dari partner sy yg sibuk nak buat loan. Nak buat bisness bukan nak menjual, tapi nak buat loan dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge