BW-Front-And-Back-Of-Gold-iPhone-5Ini saya nak kasi formula mudah untuk tingkatkan untung perniagaan.

Ingat ! saya hanya berikan formulanya sahaja. Terpulanglah pada anda sendiri, bagaimana nak laksanakan formula yang akan saya berikan di bawah nanti.

Jika anda berjaya laksanakan formula di bawah sampai jadi, sudah pasti untuk menjadikan perniagaan anda meningkat keuntungannya adalah pasti, insyaallah.

Tingkatkan untung perniagaan

Ada dua perkara penting yang anda mesti lakukan kalau nak tingkatkan untung perniagaan yang sedang anda jalankan sekarang.

  1. Naikkan harga.
  2. Kurangkan kos.

Dari dua perkara yang tersebut di atas maka anda boleh buat 3 formula untuk tingkatkan untung:

  1. Naikkan harga, kekalkan kos yang ada
  2. Kurangkan kos, kekalkan harga
  3. Buat kedua-duanya sekali, iaitu naikkan harga dan kurangkan kos sekali gus.

Cara lain tingkatkan untung

Anda mungkin akan bertanya, tak ada cara lain ke nak tingkatkan keuntungan perniagaan ?

Kalau seperti mana yang saya berikan di atas, semua orang dah tahu !.

Memang betul !.

Tiada apa-apa yang baru dalam formula tersebut di atas. Dan itu bermakna memang tak ada cara lain untuk anda tingkatkan untung melainkan dengan menggunakan salah satu daripada 3 formula asas di atas.

Formula mudah tapi susah

Suka atau tidak itulah hakikatnya dalam usaha untuk tingkatkan untung perniagaan yang sedang dijalankan sekarang.

Itu fakta yang amat jelas dan sukar untuk dipertikaikan. Hakikatnya adalah ianya merupakan satu formula yang amat ringkas dan mudah yang amat.

Tetapi formula mudah itu memang susah untuk dilaksanakan. Bukan sebab ia adalah satu formula yang tak betul.

Tapi sebaliknya, disebabkan oleh emosi atau perasaan dalaman yang tidak berlandaskan bukti atau fakta statistik yang meyakinkan.

Kebanyakan daripada usahawan akan menolak terus secara spontan apabila cadangan untuk naikkan harga diberikan pada mereka.

Naik harga pelanggan lari

Alasan paling munasabah yang diberikan adalah, jika harga naik, maka pelanggan akan lari pergi kepada pesaing.

Alasan itu memang logik.

Jika pelanggan yang kita kejar adalah pelanggan yang menjadikan harga sebagai penentu segala-galanya, mereka akan tidak teragak-agak untuk pergi ke tempat lain bila ada harga yang lebih murah.

Jika anda kurangkan lagi harga jauh lebih murah daripada pesaing, pelanggan jenis itu akan datang semula pada anda. Mereka kekal menjadi pelanggan anda sehinggalah ada pula pesaing lain yang akan lawan dan turunkan harga jauh lebih rendah.

Jalan ceritanya sama macam cerita P Ramlee, saya tak ingat tajuk ceritanya. Pesaing lawan harga sehinggalah mereka memberikan tawaran percuma dan akhirnya kedua-dua pesaing mampus !.

Betulkah pelanggan lari ?

Itulah persoalannya yang saya sering tanya pada diri sendiri dan juga pada kawan-kawan usahawan lain setiap kali persoalan naikkan harga ini timbul.

Kebanyakan daripada usahawan akan cakap dengan penuh yakin, bahawa pelanggan akan lari sekiranya harga dinaikkan.

Soalan kedua yang akan saya tanya adalah, berapakah jumlah peratusan pelanggan yang akan lari itu ?

Adakah 100%, semua pelanggan akan lari ?

Adakah 70%, atau hanya 30% ? atau mana-mana nombor antaranya ?

Untuk dapatkan jawapan, anda perlu pastikan terlebih dahulu samada harga baru tersebut:

  • Adakah jauh lebih tinggi daripada semua pesaingan yang ada.
  • Adakah lebih tinggi daripada sesetengah pesaing sahaja.
  • Adakah sama seperti majoriti pesaing lain.
  • Adakah harga baru itu masih rendah daripada majoriti pesaing.

Ringkasnya, sebelum anda menolak terus idea menaikkan harga, perlu terlebih dahulu buat kajian.

Bukannya terus tolak mentah-mentah dan kemudian bila dikemukakan soalan-soalan berupa statistik atau data untuk disandarkan penolakan itu anda terpinga-pinga.

Tapi, majoriti usahawan yang saya jumpa memang sering buat andaian cetek tanpa sedikitpun memikirkan faktanya secara rasional. Harap yang membaca artikel ini tidak begitu.

Sah! tak boleh naikkan harga

Katakan setelah buat semua kajian anda putuskan memang tak boleh naikkan harga. Mungkin ianya masuk kes jika harga dinaikkan, harga akan jadi lebih tinggi daripada semua pesaing.

Biasanya memang elok jika tidak jadi begitu, walaupun ianya bukanlah satu hukum yang mutlak untuk tidak menaikkan harga.

Anda masih boleh tawarkan harga yang jauh lebih mahal dari pesaing asalkan ada alasan yang kukuh dan masih ada permintaan yang mencukupi untuk terus kekalkan perniagaan anda.

Contoh paling mudah adalah produk Apple. Harga tinggi yang ditawarkan ternyata tidak mengambil kira harga pesaing (direct atau indirect). Dan mereka berjaya juga.

Tetapi tentu ramai yang akan jawab, kami bukannya Steve Job dan bukan seorang yang genius sepertinya.

Ok! boleh diterima. Anda sama saja macam saya. Biasa-biasa saja dan bukannya seorang yang hebat atau tidak normal berbanding yang lain.

Tingkatkan untung dengan kurangkan kos

Untuk itu, pilihan yang paling mudah adalah kekalkan harga dan dalam masa yang sama terpaksalah kurangkan kos.

Itulah yang biasanya saya cadangkan pada mereka yang berjaya meyakinkan saya bahawa menaikkan harga bukan pilihan yang logik.

Dan untuk kurangkan kos anda ada 2 aktiviti pilihan:

  1. Kurangkan kos jualan – Kos yang hanya berlaku setiap kali adanya jualan.
  2. Kurangkan kos perniagaan – Atau kos tetap perniagaan anda yang perlu dibayar walaupun tiada jualan berlaku.

Bila sampai di sini, ramai akan terkedu pulak !

Sebabnya adalah, tidak pernah buat catitan kewangan duit keluar dan masuk. Mana nak tahu berapa kos jualan dan berapa kos perniagaan.

Malah selama ini berniaga main hentam saja. Gaji tak pernah tetap, semua harga barang atau bahan mentah main hafal macam seorang yang kuat ingatan tahap gaban.

Wajib catit semua kos

Kalau tak buat lagi, jangan panik. Anda masih boleh mulakannya sekarang dengan membuat senarai mana satu kos jualan dan mana satu kos perniagaan.

Bila dah ada senarai tersebut, mula buat catitan setiap kali berlakunya transaksi. Kalau perniagaan masih kecil sangat, masih boleh gunakan buku diari.

Tapi jika perniagaan agak besar jumlah transaksinya, tak ada pilihan lain selain dari menggunakan teknologi komputer.

Beli sistem akaun jika nak lebih teratur dan tersusun. Jika tak mampu, cari syarikat perakaunan yang tawarkan kemas kini akaun perniagaan secara berkala.

Tingkatkan untung dengan kurangkan kos jualan

Cara paling mudah dan pantas untuk anda tingkatkan untung sekelip mata adalah dengan kurangkan kos jualan.

Sebab itu adalah wajib bagi setiap usahawan untuk ketahui dengan jelas dan nyata apakah kos jualan yang terlibat dalam perniagaannya.

Wajib bukan untuk orang lain, tapi untuk dirinya sendiri juga sebab naik tingkatkan untung perniagaan menjadi lebih mudah.

Biasanya kos jualan adalah sama dengan kos bahan mentah, jika anda terlibat dengan industri pembuatan.

Jika anda teribat dengan aktiviti beli dan jual semula, kos jualan adalah kos barang yang anda beli secara pukal itu. Untuk tingkatkan untung, anda hanya perlu kurangkan harga barang yang dibeli secara pukal tersebut.

Setiap kali saya berikan petua untuk dapatkan kos barang yang lebih murah, maka sebagai mana biasa, usahawan akan jawab.. tak ada murah lagi dah !.

Soalan selanjutnya jika anda juga berkata begitu, dah semak betul-betul kah ?

Maka ternyata dalam hal ini, anda tak ada cara lain untuk kurangkan kos jualan selain daripada menjadikan usaha menyemak pembekal dan mencari peluang pembekal baru dan membandingkan harga pembeal sebagai kerja rutin.

Jika anda tak boleh lakukan semua itu sendiri, pastikan ada kakitangan dalam syarikat yang bertanggung jawab terhadap urusan itu untuk dilaksanakan secara rutin.

Harga bahan mentah tinggi sebab anda Melayu

Pernah orang tanya saya macam mana nak pastikan orang Cina tidak mengamalkan sikap double standard dalam menawarkan harga barang kepada para usahawan Melayu.

Saya tanya kenapa orang Cina buat begitu ?

Sebabnya adalah kerana memang begitu jika yang membelinya adalah orang Melayu. Jika yang membelinya adalah Cina, maka harga lain yang special akan diberikan.

Oleh itu, usahawan Cina mendapat harga bahan mentah yang jauh lebih rendah berbanding orang Melayu. Ini membuatkan perniagaan orang Cina menjadi lebih menguntungkan.

Ringkasnya, ramai yang percaya bahawa punca semua masalah itu adalah disebabkan perbezaan bangsa, terutamanya antara orang Cija dan Melayu.

Pada pendapat saya, kenyataan itu mungkin benar dan mungkn juga salah. Untuk memastikannya kita perlukan kajian lapangan dan mencari alasan sebenar kenapa orang Cina jual dengan harga yang lebih mahal kepada orang Melayu.

Daripada pertanyaan-pertanyaan yang saya selalu buat, ini yang saya dapati:

  • Orang Cina biasanya beli dalam kuantiti yang banyak sebab mereka dah lama berniaga dan punya pelanggan atau hasil jualan yang tinggi.
  • Orang Melayu beli dalam kuantiti yang sedikit sebab mereka tak ada modal dan takut jika beli banyak barang tak boleh jual dan stok terpendam lama.

Itu adalah fakta jelas dan masih lagi berlaku di dunia sebenar keusahawan dalam negara kita sekarang. Dari situ juga ternyata faktor utama yang menjadi penentu harga jualan adalah faktor kuantiti dan bukannya faktor bangsa.

Namun biasanya orang yang suka cari alasan, akan membuat rumusan mudah untuk mengelak mereka cari jalan dengan menyalahkan bangsa.. !.

Cara paling mudah untuk kurangkan kos beli barang adalah dengan membeli dalam kuantiti yang banyak. Carilah jalan untuk membolehkan anda buat begitu sampai jumpa.

Samada anda Melayu atau Cina yang membeli daripada pembekal tak kira samada Melayu atau Cina, faktor kuantiti adalah faktor yang amat kuat dalam membuat pertimbangan terhadap diskaun.

Jika ada orang Cina yang masih tak mahu bagi diskaun apabila Melayu nak beli dalam kuantiti yang besar (dalam pasaran terbuka dan bukannya monopoli atu kartel dan seumpamnya), maka sahih orang Cina itu adalah seorang peniaga yang gila.

Kurangkan kos dan tingkatkan untung

Saya rasa dah panjang perkongsian kali ini. Tentu anda dah nampak sedikit sebanyak apa yang cuba nak saya sampaikan dalam artikel kali ini.

Ianya adalah satu peringatan untuk diri saya sendiri supaya sentiasa berusaha untuk meningkatkan keuntungan agar perniagaan dapat diteruskan dan menjadi lebih besar dan maju.

Jika tak dapat nakkan harga, maka kurangkanlah kos, itu saja yang anda boleh laksanakan untuk pastikan kejayaan perniagaan yang sedang dijalankan.

Selamat berusaha !

Total
62
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. Dalam isu ini ia adalah subjektif. Ada produk yang sensitif dan jika harga dinaikkan, permintaannya akan menurun. seperti pakaian dan alat solek. Namun untuk produk makanan, nak tak nak terpaksa juga beli.
    Saya sendiri pun terpaksa menaikkan harga buku saya dari RM30 kepada RM35 disebabkan kos percetakan yang meningkat. Tambahan pula saya mencetaknya mengikut ‘Print on Demand’. Tapi nak tak nak, terpaksa juga naikkan harga daripada saya menanggung kerugian.

  2. Pada saya, isu naikkan harga ni, bukan semua pelanggan akan lari. Sebab bukan semuanya melihatkan pada harga. Ada sesetengah pelanggan yang akan bertanya terlebih dahulu: “Apa yang aku akan dapat dengan harga yang ditawarkan? Berbaloi tak dengan harga yang aku bayar?”

    Satu lagi, di sinilah pentingnya kita mengkaji pasaran untuk produk kita. Kaji sekali kuasa membeli mereka. Contohnya macam pengeluar kereta BMW. Mereka tidak tawarkan kereta tersebut pada pekerja kilang, sebab logiknya pasaran begini tiada kuasa membeli yang tinggi.
    Pakar Merawat Sihir recently posted…7 Jenis Sihir Melibatkan Suami Isteri & Ketahui Tanda-TandanyaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge