Tentu anda juga nak tahu kenapa saya sedih dengan usahawan kita. Jika anda juga seorang usahawan, saya rasa mungkin anda termasuk dalam golongan usahawan yang menyedihkan saya.

Ada banyak perkara yang membuatkan saya rasa sedih dengan para usahawan ini. Paling asas adalah, hanya terdapat segelintir kecil sahaja orang kita yang menjadi usahawan.

Kalau nak di ikutkan data lama yang pernah saya baca dalam satu buku seorang penyelidik masalah usahawan bumiputra, hanya 5% sahaja kaum bumiputra terutamanya orang Melayu yang berniaga.

Mungkin peratusan itu sudah meningkat sekarang memandangkan ada banyak peluang untuk memulakan perniagaan dengan mudah.

Ramai yang boleh mulakan perniagaan hasil daripada kecanggihan teknologi internet yang ada. Perniagaan online merupakan satu fenomena buat masa ini. Ramai telah berjaya menjadi usahawan berjaya memalui business online.

Dengan menggunakan internet, anda boleh mulakan perniagaan tanpa perlu meletakkan jawatan untuk berhenti kerja. Keistimewaan itu tidak ada sebelum adanya kemudahan internet.

Namun begitu, saya yakin bahawa peratusan orang kita yang berniaga masih jauh terlalu kecil kalau nak dinisbahkan kepada jumlah populasi orang kita di Malaysia.

Sedih dengan usahawan sepenuh masa

Jika jumlah usahawan kita yang tak ramai itu menjadi asas kepada kesedihan saya, ada satu lagi perkara penting yang membuatkan saya sedih dengan usahawan kita.

Di kalangan sedikit orang kita yang terjun menjadi usahawan pula, majoriti daripadanya tidak memperdulikan pengurusan akaun perniagaan.

Ramai usahawan yang sibuk buat kerja mengendalikan perniagaan mereka tanpa memantau kedudukan wang keluar masuk. Sedangkan itu adalah perkara asas yang mesti dilaksanakan oleh semua usahawan.

Tak kira apa saja perniagaan yang kita jalankan, semuanya akan menjurus kepada satu perkara yang sama, iaitu duit.

Nak jalankan perniagaan mesti ada duit. Nak perniagaan berjaya mesti tingkatkan nilai duit. Nak untung, mesti pastikan duit masuk lebih tinggi daripada duit keluar.

Pendek kata duit menjadi satu titik ukur yang penting bagi mengetahui kedudukan perniagaan yang sedang dijalankan.

Tapi malangnya, majoriti para usahawan tak pantau urusan keluar dan masuk duit ini. Ramai yang tak catit jumlah duit yang masuk, daripada siapa mereka dapat, kerana apa, bila dan seumpamanya.

Begitu juga ramai yang tak catit ke mana duit dikeluarkan, berapa jumlahnya dan kenapa dikeluarkan serta bila dikeluarkan duit tersebut.

Kalau catit secara ringkas pula dalam dairi atau mana-mana kertas yang bersepah dalam kedai, ramai pula yang tak jumlahkan keseluruhan wang keluar masuk dalam tempoh sehari, dalam tempoh seminggu, sebulan dan setahun.

Sedih dengan usahawan yang suka beri alasan

Setiap kali saya bertanya kenapa tak catit semua urusan duit keluar dan masuk, semuanya menjawab mereka tak punya masa untuk buat itu semua.

Mereka terlalu sibuk nak buat kerja dan tak ada masa nak pantau kewangan. Disebabkan itu, mereka tak tahu dengan jelas berapa jumlah jualan sebulan, berapa jumlah jualan bulan lepas, tahun lepas dan sebagainya.

Cuba fikirkan sejenak, khas untuk anda yang sedang berniaga tapi tak ambil perduli berapa jualan dan berapa perbelanjaan, kenapa anda jalankan perniagaan?

Adakah anda berniaga sebab nak sibuk buat kerja atau sebab anda sibuk nak buat duit?

Jika soalan itu yang ditanya, laju sahaja menjawab, “tentulah nak buat duit!”…

Tapi amat pelik bilamana apa yang mereka nak buat itu tidak pula mereka perhatikan dengan tekun berdisiplin dan konsisten.

Bayangkan betapa sedihnya ramai usahawan yang berniaga bertahun-tahun, tapi tak sedar kedudukan perniagaan mereka dari segi kewangan… dalam masa yang sama masih tetap mencari alasan tak ada masa.

Kenapa penting usahawan jaga akaun

Dalam urusan perniagaan, kewangan adalah salah satu perkara wajib yang mesti diuruskan. Usahawan tidak ada pilihan. Samada tak ada masa atau tak tahu, itu bukanlah alasan untuk mengabaikan perkara tersebut.

Rehat, atau bersenam adalah salah satu perkara penting dalam kehidupan. Suka atau tidak suka anda mesti lakukannya.

Anda tak boleh ambil ringan dengan rehat atau bersenam dan hanya menunggu masa lapang untuk melakukannya. Jika tidak bersenam, sehari, dua, sebulan atau setahun, anda masih boleh hidup.

Tapi tabiat tak bersenam itu, dihimpunkan begitu lama sampai ke satu tahap akan meragut kesihatan yang anda kecapi sekarang.

Ketika itu, semuanya sudah terlambat. Anda terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan hilang kesihatan seperti terkena kencing manis dan seumpamanya.

Urusan menjaga kewangan, lebih kurang sama dengan urusan bersenam menjaga kesihatan. Tak buat sehari, sebulan, setahun dua masih tidak mematikan perniagaan anda. Perniagaan akan tetap sibuk dan kerja tak akan pernah habis.

Tapi sekali kesannya datang. masalah akan turun seperti hujan bertimpa-timpa. Ketika itu segalanya sudah terlambat.

Anda terpaksa mengharung ketempangan yang berlaku dalam masa yang lama. Dan lebih teruk, perniagaan anda mungkin akan terus meninggal dunia.

Tak ada masa bukan alasan

Oleh itu, saya menyeru pada diri saya sendiri dan juga semua para usahawan di luar sana, tolonglah jaga kewangan dengan baik.

Untuk membolehkan anda jaga kewangan dengan baik, anda mesti pantau urusan keluar dan masuk duit dengan berdisiplin. Hanya dengan mencatit secara bersistem sahaja anda dapat menjaga kewangan perniagaan.

Jika anda jaga kewangan syarikat dengan betul, anda akan mampu menguasai perniagaan yang sedang dijalankan sekarang.

Dengan penjagaan kewangan yang baik, membaca segala maklumat daripada aktiviti catitan wang keluar dan masuk, anda boleh merangka berbagai strategi.

Maklumat kewangan membolehkan anda menyusun strategi peuntungan.

Maklumat kewangan membolehkan anda menyusun strategi pemasaran.

Maklumat kewangan membolehkan anda merangka strategi pembesaran.

Maklumat kewangan membolehkan anda merangka hala tuju syarikat.

Dan banyak lagi yang boleh anda lakukan dengan adanya maklumat kewangan yang baik… yang pentingnya mulakan terlebih dahulu dengan kadar segera, mencatitkan urusan keluar dan masuk duit dengan sistematik.

Tiada ada masa bukanlah satu alasan yang boleh diterima. Kalau anda tak ada masa, cari orang yang ada masa, upah mereka lakukan untuk anda secara parttime atau fulltime. Yang pentingnya urusan itu mesti dilakukan.

Itu kelebihan dalam menjaga perniagaan berbanding menjaga kesihatan. Jika bersenam, anda tak boleh outsource pada orang lain, tapi dalam urusan catitan kewangan, anda boleh lakukannya.

Buatlah secara manual atau dengan menggunakan sistem. Kalau nak sistem murah, boleh klik pada sistem DKS yang mudah dan murah yang saya promosikan. Pelaburan yang sedikit sekali itu sebenarnya amat berbaloi jika anda tahu betapa pentingnya menjaga akaun perniagaan.

Total
63
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

15 comments

  1. kalau syarikat besar memang ada je buat akaun untuk pantau berapa duit keluar dan masuk tapi peniaga-peniaga kecil ni mungkin pandang remeh je..

  2. Sistem DKS dah beli… Tapi Term2 akaun tu saya tak familiar sangat… Tengah belajar nak paham Term2 dalam DKS tu… Tapi mcm complicated la jugak untuk orang baru ni… ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge