Ada banyak kesilapan besar yang boleh membuatkan perniagaan anda terbunuh dan terkubur kaku. Ini salah satu daripadanya yang saya mahu kongsikan buat anda yang sudah menjalankan perniagaan.

Moga kesilapan besar ini menjadi panduan buat anda dan juga saya. Kesilapan ini nampak macam biasa sangat, untuk mengatasinya juga mudah sangat, tapi malangnya ramai daripada kita yang leka dan tak ambil apa-apa tindakan untuk betulkannya.

Kesilapan besar dalam harga

Pagi ahad lalu saya berhenti pada sebuah gerai menjual buah-buahan. Saya tengok banyak buat pisang Berangan bergantungan di depan gerainya. Buah pisang Berangan itu kelihatan segar dan cantik digantung sesikat dalam satu gantungan.

Oleh kerana saya suka makan pisang berangan, terutamanya yang cantik dan segar, saya tak fikir panjang untuk ke tepi dan hentikan kenderaan.

Turun dari kereta dan berjalan kaki menuju ke kedai buah tersebut, saya pilih salah satu sikat pisang dan keluarkannya dari gantungan lalu berikannya pada taukeh buah.

Taukeh buah ambil dan letakkan atas penimbang, lalu saya tanya berapa harga pisang itu satu kilo. ” Sekilo RM5.50 “, jawan taukeh buah itu ringkas.

Mata saya terbeliak tidak percaya. Oleh kerana saya dah ambil dan sudahpun ada atas timbangan, saya berikan taukeh itu satu peluang untuk merasionalkan harga yang ditentukannya.

“Kenapa mahal sangat, harga biasa paling tinggi di sekitar Lembah Kelang adalah RM3.50 sekilo…?” saya tanya taukeh gerai buah itu.

“Nak buat macam mana, saya ambil dari Pasar Borong, mereka kasi RM4.50 satu kilo pada saya, jadi terpaksalah saya jual RM5.50 satu kilo!”, jawab taukeh buah.

“Orang lain ambil daripada pemborong buah yang menghantar pisang ke gerai mereka, mereka dapat RM2.50 sekilo. Sebab itu mereka boleh jual dengan harga RM3.50 sekilo”, terang taukeh buah itu lagi untuk merasionalkan harganya.

“Oklah!, terima kasih dan saya tak jadi beli buah ini…”, jawab saya ringkas sambil terus berlalu menuju ke kereta saya kembali.

Kesilapan besar yang taukeh buah buat

Saya terfikir panjang kenapa itu alasan terbaik yang taukeh buah boleh berikan pada saya kenapa harga buah ang dijualnya amat mahal.

Kalau dia gebang bahawa pisangnya berkualiti tinggi diambil dari tempat yang hebat kualitinya, tentu saya tak akan lawan hujahnya dan menerima bulat-bulat dan rasa puas hati untuk membeli produk jualannya.

Bukan saya nak anjurkan agar para usahawan bergebang. Saya mahu anjurkan agar kta bersedia dengan jawapan yang boleh diterima pakai dan dapat memberikan perasaan lega pada emosi pelanggan.

Anda boleh ambil buah dari pasar borong dengan alasan buah di sana telah disaring kualitinya. Anda boleh tambah lagi aksi menyaring buah-buah terbaik antara yang terbaik di pasar borong untuk ditawarkan pada pelanggan anda di gerai.

Itu semua adalah kerja penting dan tekun yang menghalalkan anda untuk menawarkan garha tinggi. Ia adalah satu value added yang anda tawarkan dan juga salah satu konsep perniagaan yang anda mahu ketengahkan.

Satu lagi kesilapan besar taukeh buah

Kalau anda tak mahu jadikan itu salah satu kelebihan produk anda, maka buatlah sedikit perbandingan harga pasaran. Letakkan harga yang sama level dengan pesaing.

Tapi untuk membolehkan anda buat begitu, anda perlu ada satu sikap membandingkan harga pembekal. Tetapkan harga yang anda mahu terima dan carilah pembekal yang sanggup tawarkannya sampai jumpa.

Kalau anda serius dalam sesebuah industri, anda tentu ada semua maklumat pasaran harga dan maklumat pasaran pembekal. Kalau tak tahu ertinya anda masih tidak mendalami apa yang anda mahu niagakan. Jangan salahkan bangsa lain jika anda tak boleh lawan harga mereka.

Bagaimana syarikat besar elakkan kesilapan besar harga

Dalam mana-mana syrikat besar, anda akan dapati mereka ada satu jabatan yang dipanggil Procurement. Jabatan ini kerjanya membuat belian untuk syarikat besar tersebut.

Masa saya kerja di salah satu syarikat besar antarabangsa dulu, mereka ada jabatan yang dipanggil “Buyer”. Kerja mereka juga sama. Fokus hanya pada kerja pembelian bahan mentah untuk operasi pembuatan kilang mereka.

Lihatlah betapa mereka sedar itu satu kerja penting untuk kekalkan harga yang kompetitif. Kerja mereka adalah cari pembekal, nego harga, bandingkan harga dan uruskan semuanya agar pembeliannya adalah yang terbaik untuk meningkatkan atau kekalkan tahap keuntungan yang mereka sasarkan.

Apakah anda buat begitu dalam perniagaan anda?

Tentu anda jawab mereka syarikat besar dan boleh gajikan orang untuk lakukan semua kerja itu.

Tapi itu bukan alasan. Dah tahu tak ada duit banyak untuk gajikan orang, maka andalah yang perlu buat semua urusan tersebut. Buat carta organisasi dan tarik satu jabatan procurement di bawah anda.

Letakkan nama anda sebagai pekerja di jabatan itu dan laksanakan tugas anda untuk kekalkan tahap keuntungan yang optimum.

Elak kedua-dua kesilapan besar dan lancarkan perniagaan anda naik tinggi

Bayangkan jika anda lakukan kedua-dua saranan yang saya sebutkan di atas. Anda berupaya mengelakkan dua kesilapan besar dan sudah tentu perniagaan anda meningkat naik macam roket.

Pertama pastikan anda jual dengan harga tinggi daripada pasaran. Cari sebab paling kukuh untuk rasionalkan harga tersebut dengan membuat konsep yang saya gambar tadi. Kualiti, saringan, pilihn terbaik dan sebagainya.

Kedua lancarkan kerja procurement yang tidak jemu-jemu nego harga. Pantau harga dan bandingkan semua pembekal. Minimumkan harga sebaik mungkin dan dalam masa yang sama kekalkan kualiti yang anda tetapkan.

Lakukan semua itu tanpa henti kerana ia adalah salah satu urusan yang tidak ada hentinya. Sebaik saja anda berhenti, anda membiarkan pasaran membunuh perniagaan anda.

Total
6
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Klu saya..saya bli ja…murah la hrga 2…tanam pisang smpai nk dapat buah mkn masa 8-9 bulan…dh ambil buah,pokok dh xblh guna…tebang trus…dia ambil dr pekebun..pekebun jual rm2.50/kg…xkn dia nk jual rm3@4 ringgit…x bbaloi….kita sebagai pembeli sblum nk cakap mahal pikir dulu..cer try p tanam sendiri pisang 2…rasa tgk bbaloi x klu jual hrga 4@5 skilo?…sekadar pendapat…trima kasih

    1. Faham apa maksud tuan, terima kasih atas nasihat yang baik tu. Mungkin tuan tidak dapat membaca mesej sebenar yang saya cuba sampaikan. Walau bagaimanapun, komen tuan amat saya hargai. Terima kasih.

  2. Saya ingat encik bukak bengkel saja dan anjurkan kursus cara niaga dan cara atasi kesilapan kepada taukei taukei cina.

    Ajarkan kepada mereka cara untuk jual pisangvlebih murah kepada customer macam encik.

  3. Kena banyak belajar lagi dia tu. Mungkin bro boleh tawarkan coaching pada dia utk meningkatkan perniagaan. Ambil peluang dari kelemahan yang ada. Kan bijak gitu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge