Walaupun perniagaan yang paling menyeronokkan adalah perniagaan yang tunai, tapi bukan semua perniagaan yang boleh dibuat begitu. Ada kalanya, perniagaan perlu membenarkan pelanggan berhutang dalam tempoh masa tertentu sebelum membuat pembayaran.

Jika perniagaan anda membenarkan pelanggan berhutang, pastikan anda ada menyediakan langkah kawal hutang daripada bertingkat-tingkat dan akhirnya menjadi lapuk.

Tak guna dalam kertas pendapatan perniagaan menunjukkan jumlah yang banyak, tetapi hakikatnya satu bayaranpun kita tak dapat. Semuanya tinggal dalam kertas akaun saja selagi tidak ada usaha untuk kawal hutang tersebut daripada terus kekal.

Berikut cadangan bagaimana anda boleh lakukan dalam usaha untuk kawal hutang yang dibuat pelanggan terhadap perniagaan anda.

Kawal hutang dengan adakan sistem punggut duit berkesan

  1. Semak polisi pembayaran. Biasanya kita akan letakkan terma pembayaran samada Tunai, 30 hari, atau 45 hari atau lain-lainya. Jangan alpa dan leka dengan terma yang diberikan. Anda perlu serius dengan terma tersebut dan amalkan selalu. Ingatkan dan tekankan terma pembayaran itu pada pelanggan agar dia juga serius dan faham bahawa anda ambil serius dengan terma tersebut. Biasanya usahawan kita buat sambil lewa dengan terma yang diberikan dan tidak memberikan penekanan yang mencukupi.
  2. Buat panggilan seminggu sebelum tempoh pembayaran berakhir. Jika terma pembayaran adalah 30 hari, pastikan anda buat panggilan seminggu daripada tarikh tersebut berlaku. Buat semakan pada pelanggan samada mereka menerima salinan inbois. Semak juga jika pelanggan menghadapi apa-apa masalah berkaitan dengan pembelian yang telah dilakukan.
  3. Segera buat panggilan sebaik saja masanya tiba. Jika terma bayaran adalah 30 hari contohnya, dan anda tidak mendapat apa-apa pembayaran berupa cek atau tunai pada hari yang ke 30, terus buat panggilan dan sampaikan maklumat bahawa anda masih tidak menerima pembayaran sedangkan masanya dah cukup. Tanya pelanggan bila anda akan menerimanya.
  4. Hantar surat formal peringatan mesra selepas seminggu. Sebaik saja seminggu telah melepasi tempoh pembayaran dan pelanggan masih tak buat bayaran, hantar surat formal sebagai peringatan kalau-kalau mereka terlupa bahawa tempoh pembayaran telah berlalu seminggu. Ingatkan pelanggan bahawa terma pembayaran adalah sebulan sahaja dan mereka telah melewati tempoh tersebut selama satu minggu.
  5. Hantar surat formal peringatan kedua selepas dua minggu. Jika 2 minggu berlalu dan bayaran masih tak ada. Segera hantar satu lagi surat peringatan. Gunakan warna kertas surat merah untuk menunjukkan kelainan dan anda sudah naik marah. Selepas itu, ikuti pula dengan panggilan telefon dan tanyakan bila anda akan menerima bayaran.
  6. Hantar surat amaran selepas 3 minggu atau 4 minggu. Jika pambayaran masih tiada setelah 3 atau 4 minggu berlalu. Keluarkan satu lagi surat terakhir berwarna merah dan bertulisan terang dan besar daripada biasa. Kharabrkan pada pelanggan bahawa mereka diberikan tempoh 5 hari untuk buat bayaran. Jika tidak kes mereka akan diserahkan pada pemunggut hutang profesional dan semua kos akan dikenakan pada pelanggan.
  7. Senarai hitamkan pelanggan yang rekod mereka diserahkan pada pemunggut hutang profesional.

Begitulah secara ringkas langkah-langkah yang anda perlu buat untuk kawal hutang jika perniagaan anda menerima terma bayaran selain dari tunai. Jika anda tak buat proses atau langkah sebegitu, perniagaan akan bermasalah besar dan hutang akan bertimbun tinggi dan akhirnya anda akan ketawa sendirian tersengih-sengih di tepi jalan.

Total
8
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

14 comments

  1. Biasanya orang hutang itu menjadi kebiasaan , kalau sudah lapuk baru menyesal. selamat berpuasa semoga tunai 1 bulan penuh.

  2. berhutang untuk pusingan modal… kalau maju dapat bayar hutang tapi kalau tersadai di tengah jalan terpaksa juga jelaskan hutang… selamat berpuasa bro subhi.

  3. dalam islam, hutang tu berat ditekankan.

    dalam dunia perniagaan hari ni, susah nak build kalau tak ada modal. tapi pada den, hutang tu bagus, kalau dia memberi pulangan lumayan kepada kita dngan menjadikan ia satu aset, bukan liabiliti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge