Kenapa perniagaan perlu ada keuntungan?

Keuntungan dalam perniagaan merupakan salah satu syarat wajib untuk meletakkan apa yang anda buat sekarang masuk dalam kategori perniagaan.

Yang dikatakan untung itu adalah jumlah jualan ditolak segala kos menguruskan perniagaan. Kos pengurusan perniagaan bermula daripada langkah awal pemasaran, membuat jualan, merealisasikan jualan hingga sampai ke tangan pengguna sehinggalah kepada urusan selepas jualan.

Dalam semua proses yang tersebut di atas ada banyak kos terpaksa dikeluarkan. Gaji taukeh juga merupakan salah satu kos tetap. Ada usahawan yang tak ambil kira gajinya sebagai kos perniagaan, itu cara yang salah kerana ia mengundang amalan taukeh membelasah kesemua lebihan pendapatan hasil daripada aktiviti perniagaan.

Ringkasnya, keuntungan adalah kepunyaan bersih perniagaan itu sendiri dan ia diperlukan untuk membolehkan operasi terus berjalan diulang semula dari mula sampai habis sebagaimana yang saya sebutkan diatas.

Keuntungan dalam perniagaan diperlukan untuk menyara masa depan yang tidak pasti kedudukannya. Tak ada sesiapapun yang tahu apa akan berlaku esok hari. Jadi sekurang-kurangnya keuntungan perniagaan dapat djadikan bekalan bagi menyara ketidak tentuan tersebut.

Tingkatkan keuntungan perniagaan anda

Berikut saya senaraikan beberapa langkah untuk meningkatkan keuntungan dalam perniagaan yang ada jalankan:

  1. Pastikan anda buat senarai produk dan harga serta keuntungan kasar produk tersebut. Walau apapun perniagaan anda, samada produk atau perkhidmatan, jangan lupa buat senarai dengan jelas satu persatu tanpa ada pengecualian. Tak ada senarai, anda tak akan boleh mengkaji dan mencari idea bagaimana nak tingkatkan keuntungan perniagaan.
  2. Buat perbandingan produk anda dengan pesaing. Adakah harga anda sama, lebih rendah atau lebih tinggi dari pesaing? kalau lebih rendah kenapa? kalau lebih tinggi kenapa dan kalau sama apa yang membuatkan produk anda menjadi pilihan pelanggan?
  3. Kenal pasti mana produk yang bawa untung dan mana produk yang tak bawa untung. Berikan tumpuan pada produk yang terjual dan membawa banyak untung. Fikirkan kenapa anda perlu kekalkan produk yang tak bawa keuntungan sedangkan secara logiknya tak guna berniaga kalau produk yang anda jual tak ada keuntungan. Kalau tak boleh untungkan produk tersebut, nyahkan saja dari senarai produk anda.
  4. Buat senarai pembaziran. Apa saja aktiviti dalam perniagaan anda pasti akan ada pembaziran samada dari segi masa, ruang atau kewangan. Buat senarai tersebut dan senaraikan ia mengikut susunan dari yang paling tinggi kepada paling rendah. Ambil langkah lenyapkan pembaziran satu persatu dengan membetulkan proses perlaksanaan kerja.
  5. Kawal stok barang. Semua barangan dalam perniagaan anda merupakan wang. Jika tidak dikawal, anda hanya membekukan wang dari mengalir dalam perniagaan anda. Buat senarai stok barang mengikut susunan dari yang paling lama sehingga yang paling cepat bergerak. Matlamatnya adalah untuk pastikan wang sentiasa cair.
  6. Rangka produk premium. Apakah perniagaan anda ada tawaran produk atau perkhidmatan premium? kalau tak ada pastikan anda merangkanya dan buat tawaran. Ingat! produk premium adalah khas untuk ditawarkan pada pelanggan yang percaya pada anda dan bukannya untuk orang luar yang masih belum jadi pelanggan.
  7. Buat mesyuarat bulanan secara konsisten. Pastikan anda ada satu mesyuarat khas untuk melihat kesemua yang saya senaraikan di atas tadi. Dengan adanya satu platform untuk melihat kesemua itu secara konsisten, anda akan pasti berjaya meningkatkan keuntungan perniagaan, insyaallah!.

Begitulah serba sedikit seara ringkas untuk anda amalkan bagi meningkatkan keuntungan perniagaan anda. Semuanya perkara mudah yang anda dah tahu.

Walaupun mudah, tapi belum tentu anda dah lakukannya secara sistematik. Jangan cari alasan lagi untuk tidak amalkannya kalau anda benar-benar mahu tingkatkan keuntungan perniagaan anda. Selamat berjaya dan selamat berpuasa.

Untuk makluman pembaca, saya akan berada di Ipoh minggu ini. Saya akan berurusan dengan para usahawan di sana dalam masalah yang sama iaitu untuk tingkatkan jualan dan tingkatkan keuntungan para usahawan di sana. Kalau ada pembaca yang free, boleh kita berjumpa diwaktu saya ada kelapangan.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge