Menguruskan aliran wang keluar masuk perniagaan

By | 08/05/2014

Menguruskan aliran wang keluar masuk perniagaanRamai usahawan yang tidak menguruskan aliran wang keluar masuk perniagaan dengan betul. Bukannya mereka tak perdulikan samada perniagaan ada membawa wang masuk atau tidak.

Tetapi pengurusan mereka hanyalah sekadar mengambil tahu jumlah wang yang mereka ada di dalam poket atau dalam akaun bank untuk membuat segala pembayaran yang perlu termasuklah untuk meneruskan kehidupan mereka.

Adakah anda menguruskan aliran wang dengan betul

Bagaimana nak tahu samada usahawan menguruskan aliran wang keluar masuk perniagaan dengan betul?, cuba tanya pada diri anda, jika anda usahawan berapa jumlah jualan yang perniagaan telah buat pada tahun 2013, 2012 atau sebelum daripada itu.

Mungkin anda tak hafal secara tepat, tapi sekurang-kurangnya anda tahu dan peka akan jumlah hasil jualan dalam perniagaan yang telah anda buat. Ertinya data untuk maklumat tersebut sentiasa boleh dikeluarkan setiap kali ianya diperlukan.

“Jika anda mahu satu sistem menguruskan aliran wang keluar masuk yang mudah dan murah, boleh dapatkan Sistem ini>>> Sistem Perakaunan DKS “

Sepanjang saya menemuramah para usahawan dalam sesi bimbingan perniagaan bersama mereka, boleh dikatakan hampir kesemua daripada usahawan gagal menyimpan rekod secara baik maklumat jualan dan kos yang dibuat oleh perniagaan mereka.

Bila ditanya berapa jumlah jualan tahun lepas, dan berapakah jumlah jualan yang mahu dicapai tahun ini, mereka akan tersengih-sengih tak dapat menjawabnya.

Mesti peka pada aliran wang untuk tingkatkan perniagaan

Yang pastinya mereka memang mahu tingkatkan hasil jualan perniagaan lebih tinggi berbanding tahun sudah, kata mereka dengan yakin bila ditanya samada mahu tingkatkan hasil perniagaan atau tidak.

Tapi persoalannya berapa yang nak dinaikkan, tak tahu!

Macam mana nak tingkatkan hasil jualan, tak tahu!

Apa teknik pemasaran yang paling berkesan yang abakal digunakan untuk meningkatkan jualan, tak tahu!

Semuanya tak tahu dan begitulah perniagaan tersebut berjalan tahun demi tahun tanpa ada sebarang perancangan yang jitu dan sistematik.

Sudah tentu anda tak akan tahu secara tepat apa yang berlaku pada perniagaan, dan tak tahu melihat kecenderungan pada aktiviti operasi dan aktiviti jualan dalam perniagaan anda jika tidak pernah melihat data akaun.

Sedangkan maklumat dari data tersebut amat penting sebagai panduan untuk mengurangkan kos, atau meningkatkan keuntungan atau membuat perancangan untuk masa hadapan.

Tips menguruskan aliran wang dalam perniagaan

Berikut saya berikat beberapa tips penting yang anda perlu buat untuk pastikan aliran wang dalam perinagaan diuruskan dengan betul.

  1. Catitkan segala transaksi wang keluar dan masuk tanpa ada pengecualian. Jika anda terima wang, catitkan daripada siapa, untuk urusan apa, bila, banyak mana dan segala macam lagi butiran yang diperlukan. Begitu juga jika wang dikeluarkan, catitkan kepada siapa, untuk apa, bila banyak mana dan sebagainya. Pastikan segala urusan disokong dengan resit atau bukti pembayaran atau pengeluaran.
  2. Jika anda tidak menggunakan apa-apa sistem perakaunan, gunakan microsoft office excel untuk membuat catitan pada semua aliran wang tersebut. Anda mesti berupaya membuat ringkasan jumlah wang kelar dan masuk samada untuk sehari, seminggu, sebulan atau setahun.
  3. Terjemahkan semua maklumat itu pada satu carta aliran wang keluar dan masuk untuk sekurang-kurangnya selama dua tahun. Dari aliran tersebut anda boleh melihat trend naik dan turun perniagaan anda dan boleh memantau segala kos penting seperti kos bahan mentah, kos perbelanjaan tetap, sewa, gaji dan lain-lain.
  4. Dari pada aliran wang keluar masuk itu juga anda boleh kenal pasti jumlah jualan paling minimun yang perlu dibuat untuk membuatkan perniagaan anda hidup.
  5. Bila dah tahu jumlah jualan minimun tersebut, pastikan segala aktiviti ditumpukan ke arah untuk menaikkan hasil jualan melebihi jualan minimum itu.
  6. Patau samada perniagaan anda ada memberikan hutang pada pelanggan. Jika ada pantau kedudukan pembayaran mereka dan pastikan ada seorang pekerja atau anda sendiri yang kejar segala pembayaran sehingga dapat.
  7. Lihat semua duit yang habis digunakan untuk membeli barang dan juga segala kelengkapan perniagaan. Kira jumlah wang yang tertanam di situ dan pastikan ianya memberikan pulangan yang baik.
  8. Kira jumlah stok atau barangan yang ada dan lihat senarai barang yang sudah lama berada di dalam perniagaan tetapi tidak dijual atau digunakan. Kenapa tidak dikosongkan semuanya dengan menjualnya sahaja. Anda akan mencairkan banyak wang yang boleh digunakan untuk meningkatkan hasil perniagaan anda.
  9. Semak semua senarai pembekal anda. Lihat berapa jumlah wang yang telah anda keluarkan untuk diberikan pada mereka. Lihat pembekal yang paling banyak anda berikan wang dan bawa maklumat itu untuk berbincang diskaun atau kemudahan kredit, jika perlu.
  10. Lihat senarai pelanggan yang telah membeli atau menggunakan perkhidmatan anda. Lihat senarai pelanggan yang paling anyak memberikan wang pada anda. Belikan cenderamata dan hantarkan pada mereka. Jika berkesempatan pergi jumpa mereka dan nyatakan rasa terima kasih anda pada mereka.

Terlalu banyak maklumat yang boleh dijana daripada aktiviti pengurusan akauan dan pengurusan aliran wang dalam perniagaan, jika anda lakukannya dengan betul.

Jadikan amalan untuk memantau dan membaca laporan aliran wang keluar dan masuk dalam perniagaan anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ini dapat memberikan input penting ke dalam otak untuk anda mencari idea dan tindakan baru bagi meningkatkan perniagaan.

Sistem menguruskan aliran wang keluar masuk mudah dan murah

Kebanyakkan usahawan ambil ringan urusan untuk menguruskan aliran wang keluar masuk perniagaan ini disebabkan samada tak tahu ilmu perakaunan ataupun tahu tapi tak berkemampuan untuk membeli satu sistem perakaunan yang ada di pasaran kerana semuanya agak mahal.

Jadi untuk mereka yang nak belajar berkenaan akaun dan dalam masa yang sama menguruskan aliran wang keluar masuk perniagaandengan bersistematik, anda boleh dapatkan sistem perakaunan DKS berasaskan Microsoft Excel, yang mudah dan murah ini>>> Sistem Perakaunan DKS

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

3 thoughts on “Menguruskan aliran wang keluar masuk perniagaan

  1. Rainna

    Assalamualaikum.. Nak tanye, nk kire gaji pekerja dari untung kasar jualan atau untung bersih jualan selepas tolak semua kos overhead?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge