PETALING JAYA, 19 Mei 2020 – Moneysave (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan platform Pembiayaan Antara Rakan Setara (P2P) (Peer-to-Peer Crowdfunding) untuk membantu 40,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia dengan sasaran pelaburan berjumlah RM8 bilion daripada pelabur dengan pulangan antara 7 hingga 16% setahun dalam tempoh 5 tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif/Pengasasnya, Vincent Soh,

“RM8 bilion hanya merupakan angka yang kecil iaitu kira-kira 0.32% jika dibandingkan dengan jumlah gabungan para deposit dan pelabur unit amanah Malaysia yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.50 trilion buat masa ini. Jumlah ini meliputi pelaburan unit amanah Malaysia yang mencatat nilai RM500 bilion dalam tahun 2018 (Sumber: Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia) dan jumlah pendeposit Malaysia yang dianggarkan berjumlah RM2 trilion pada bulan Mac 2020 (Sumber: Bank Negara Malaysia)”.

“Bagi membiayai PKS tersebut, terutamanya selepas penyebaran wabak Covid19 yang melumpuhkan ekonomi kita, Moneysave menawarkan produk pelaburan berbentuk Nota Pelaburan (Investment Notes) yang memberi pulangan kepada pelabur runcit dan institusi antara 7 hingga 16% setahun. Kepakaran kami adalah Pembiayaan Invois Dagangan yang berjangka pendek dari 30 hari hingga tempoh maksima 180 hari sehingga 85% nisbah nilai invois tersebut. Contohnya, Nilai Invois berjumlah RM100,000 boleh mendapat pembiayaan awam sehingga RM85,000,” tambahnya lagi.

Moneysave juga dipercayai merupakan platform Pembiayaan Awam Rakan Setara (P2P) yang pertama di dunia menawarkan strategi pelaburan berisiko rendah berganda untuk mengurangkan risiko pelaburan tersebut.

Platform ini membolehkan pelabur untuk memilih dan menyaring Nota Pelaburan mengikut 8 Kriteria Pengurangan Risiko yang dilampirkan dalam Jadual 1.

Jadual 1

Moneysave menawarkan platform pelaburan yang mudah yang membolehkan pelabur mendaftar secara PERCUMA dan memulakan pelaburan dalam masa kurang daripada 3 minit menerusi portal 100% dalam talian yang boleh diakses 24 jam dari seluruh pelusuk dunia.

Platform ini juga membolehkan PKS membuat permohonan pembiayaan dan mendapatkan kelulusan bersyarat daripada Moneysave dalam tempoh 3 minit.

Dalam minggu pertama perniagaan, Moneysave telah menawarkan Nota Pelaburan untuk pelbagai jenis syarikat termasuk Pakar Penjagaan Haiwan Peliharaan Dalam Talian (menerima penilaian ‘A’ dengan pulangan 10.75% setahun), Syarikat Kejuruteraan Penjimatan Tenaga (menerima penilaian ‘A’ dengan pulangan 9.50% setahun) dan Pakar Hakmilik Tanda Dagangan dan Intelek (menerima penilaian ‘C’ dengan pulangan 10.25% setahun).

Dalam masa akan datang, beberapa syarikat lain seperti Pembekal Perkakas IT, Pakar Cip Keselamatan, Pakar Sistem Air Mesra Alam, Pembekal Bahan Marina dan Minyak, Syarikat Perakaunan dan Kontraktor Pencawang Komunikasi.

Para pelanggan kepada PKS tersebut rata-ratanya merupakan syarikat yang disenarai dalam Bursa Malaysia, Syarikat dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC).

Bagi mengurangkan kos pembiayaan, PKS tersebut akan menerima ganjaran insentif sekiranya mereka merekodkan prestasi yang baik atau memenuhi kriteria pengurangan risiko yang tertentu.

Penerangan tentang pelbagai kriteria pengurangan risiko dan insentif untuk PKS dilampirkan dalam Jadual 2.

Jadual 2

Insentif maksima yang boleh diberikan pada mana-mana Nota Pelaburan adalah 5% setahun pada bila-bila masa.

Pelabur juga boleh menyaring dan memilih Nota Pelaburan berdasarkan pelbagai kriteria pengurangan risiko yang dipenuhi oleh setiap PKS, seterusnya mengurangkan risiko pelaburan mereka.

Bagi mengukuhkan lagi jaminan keselamatan ke atas pelabur, semua wang pelaburan disalurkan dan disimpan dalam Akaun Amanah Pelabur dengan Maybank Trustees Berhad. Platform Awam Rakan Setara (P2P) Moneysave juga dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Kata Soh lagi, Moneysave mensasarkan untuk meluaskan operasinya di Indonesia dan negara ASEAN lain dalam tempoh tiga tahun. Buat masa ini, platform tersebut sedang menyiapkan kertas kerja untuk dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menjadi platform pembiayaan awam rakan setara (P2P) yang patuh syariah menjelang bulan Ogos 2020.

Soh berhasrat supaya Moneysave akan menjadi platform Pembiayaan Antara Rakan Setara (P2P) yang utama di Malaysia dan Asia yang pakar dalam Pembiayaan Rantaian Bekalan Invois Perdagangan (Supply Chain Financing) yang membolehkan Penerima atau PKS menggunakan platform Moneysave untuk mendapatkan pembiayaan dengan menjual Invois Perdagangan.

Mengenai Moneysave (M) Sdn. Bhd.

Moneysave adalah syarikat hakmilik penuh dan diuruskan oleh Moneysave (M). Sdn. Bhd. yang merupakan Pengendali Pasaran (registered Recognised Market Operator) yang diiktiraf dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk mengendalikan platform Pembiayaan Antara Rakan Setara (P2P).

Moneysave mengkaji dan menilai semua permohonan sebelum membenarkan Nota Pelaburan disalurkan untuk urusniaga dalam platform tersebut dengan merujuk pada maklumat yang diterima daripada saluran rasmi atau pembekal maklumat.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Moneysave, Vincent Soh, 44 tahun mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam bidang Pengurusan Risiko Kewangan, Pengurusan Dana Institusi dan Teknologi Kewangan dengan syarikat KPMG, Unisys, Fuji Xerox, Kenanga Investment Bank Group, Hong Leong Group dan Prudential Asset Management/Eastspring Bhd dengan portfolio terkumpul sebanyak RM2.7 bilion.

Beliau juga merupakan alumni Harvard Projects for Asian International Relations sejak 1996 dan Pengarah Eksekutif Magnisave Group Sdn. Bhd., sebuah syarikat Perancang Kewangan yang Berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia sejak 2018.

Soh menerima Ijazah Sarjana Sains dalam IT Perniagaan Strategik, Diploma Pascasiswazah dalam Teknologi Maklumat Perniagaan Strategik dan merupakan Perancang Kewangan Diiktiraf serta Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sejak 2011.

Ketua Pegawai Kredit Moneysave, Eddy Lam, 60 tahun mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun dalam semua aspek perbankan antarabangsa di 13 negara di Asia Pasifik termasuklah Singapura dan Jepun.

Beliau pernah berkhidmat untuk Standard Chartered Bank, Singapura sebagai Ketua Audit dan Penilaian Kredit; Jabatan Antarabangsa DBS Bank di Singapura dan membuat penilaian permohonan kredit untuk pinjaman dan kewangan dagangan di Indonesia, Hong Leong Bank Berhad mengkhususkan dalam Pengurusan Pemulihan, RHB Bank Berhad dalam Perbankan Komersial dan tugasan terakhir di Maybank Berhad sebagai Ketua, Pemasaran dan Strategi Kredit, Analitik dan Inisiatif Pasaran Pilihan (untuk PKS & Perbankan Korporat).

Lam juga merupakan ahli majlis dalam Majlis Perbankan Perniagaan SME sewaktu bekerja d Maybank.

Lam merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan, University of Texas di Austin dengan dwi ijazah dalam Kewangan dan Pemasaran dan Pegawai Bank Bertauliah dari CSA Credit Professional Institute of Bankers.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Vincent Soh (En.) Christine Yuen (Cik)
Ketua Pegawai Eksekutif/Pengasas Naib Presiden
Emel: vincent.soh@moneysave.com.my Emel: christine.yuen@moneysave.com.my
HP: +6019-881 7319 HP: +6012-699 8711

Jadual 1 : Pelabur boleh menyaring dan memilih pelaburan yang menepati 8 Kriteria Pengurangan Risiko yang ditawarkan di platform rakan setara Moneysave

Jadual 2 : Contoh Nota Pelaburan yang menerima penilaian ‘B’ dengan pulangan 9.5% setahun dengan 3% insentif pengurangan risiko kepada PKS

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge