Rasanya orang lebih biasa menggunakan terma cash flow berbanding aliran wang tunai. Oleh itu saya rasa elok digunakan terma cash flow juga di sini agar mudah difahami dan dapat melekat dalam kepala.

Saya cuba menulis di blog ini dengan hasrat untuk membuatkan sesiapa saja mudah faham apa yang dituliskan. Penulisan di sini bukan untuk anda yang ahli bahasa, atau mereka yang mahu mendapatkan diploma atau ijazah atau apa-apa saja kertas yang berharga bagi sesetengah orang itu.

Sebaliknya ianya adalah untuk difahami dan diamalkan dalam kehidupan samada anda seorang usahawan ataupun bakal menjadi seorang usahawan. Oleh itu jika ada berlaku salah eja, salah penggunaan terma dan sebagainya, harap dapat dimaafkan asalkan anda faham apa yang nak disampaikan.

Berbalik pada cash flow dalam perniagaan, anda semua pernah dengar betapa pentingnya ia. aliran duit yang cair dalam perniagaan penting jika mahu perniagaan itu hidup.

Bayangkan perniagaan sebagai sebuah sungai. Sungai yang mengalir laju lebih bersih. Air yang masuk ke dalam sungai mesti sentiasa melebihi air yang keluar, kal tidak sungai akan kering.

Secara mudah cash flow dalam perniagaan anda adalah aktiviti duit masuk dan duit keluar yang berlaku sepanjang menjalankan perniagaan. Kalau anda kawal aliran masuk dan keluar dengan cermat dan pastikan wang masuk melebihi wang keluar, perniagaan akan selamat.
sistem akaun murah untuk perniagaan

Pengurusan cash flow penting

Apa yang pelik berlaku di kalangan para usahawan adalah sikap tak melihat perjalanan cash flow dalam perniagaan mereka. Sebaliknya para usahawan hanya melihat wang tunai dalam poket sahaja. Jika banyak, mereka belanja banyak dan jika sikit mereka belanja sedikit.

Begitu juga jika tak ada wang dalam poket, usahawan akan berkejaran seperti lipas kudung untuk dapatkan pinjaman samada daripada kawan-kawan, pembekal,a tau Along.

Begitulah kebiasaannya amalan para usahawan yang tak reti nak lihat pengaliran wang tunai. Mereka tak ada ilmu pengurusan cash flow yang penting untuk pastikan perniagaan selamat.

Bagaimana melaksanakan pengurusan cash flow

Berikut saya senaraikan apa yang anda perlu lakukan untuk pastikan bahawa pengurusan cash flow dalam perniagaan anda berjalan lancar.

  1. Buat akaun perniagaan. Ini selalu saya dah sebut. Banyak kali sangat dan kalau masih tak faham dan masih tak mau buat juga elok jangan berniaga saja. Macam mana nak tengok aliran wang tunai atau buat pengurusan cash flow kalau tak buat akaun perniagaan syarikat? Kalau nak sistem perakaunan murah klik di sini.
  2. Pantau agar perniagaan sentiasa berada atas tahap breakeven sales. Kalau anda berjaya buat jualan dengan jumlah yang mencukupi untuk membiayai semua kos tanpa ada satu senpun keuntungan, itu namanya breakeven point. Sebab itu anda perlu lihat jumlah sales sekurang-kurangnya seminggu sekali dan pastikan ianya melepasi tahap breakeven. kalau tidak perniagaan anda akan mati kebuluran wang.
  3. Kawal hutang. Ini satu lagi masalah usahawan yang biasa berlaku. Kerja banyak tapi tidak dapat bayaran. Jika terlalu banyak sangat berlaku, perniagaan akan mati cepat. Tempoh masa juga penting dipantau, walaupun bayaran diterima, tetapi terlalu lewat, perniagaan akan mati juga. Catitkan semua penhutang dan kejar bayaran dari mereka, kalau malas nak buat semua itu, jangan kasi hutang, mudah saja.
  4. Elakkan hutang lapuk. Jika anda tak kawal hutang dan pembayaran, lama kelamaan hutang jadi lapuk dan tidak dibayar. Banyak perniagaan lingkup disebabkan masalah ini. Sekali anda tutup perniagaan, selama-lamanya hutang itu tidak akan dibayar. Jadi pasti ada polisi hutang yang jelas.
  5. Terlalu banyak stok. Ada perniagaan terpedaya dengan promosi pembekal untuk beli banyak stok bagi mendapatkan harga diskaun. Jika anda mamu menjualnya dengan cepat. ok lah. Jika tidak anda akan hadapi masalah tak ada cash. Terlalu banyak pekerja yang tak ada kerja juga sama macam beli stok tapi tak jual. Jadi kawal pekerja dan juga stok yang dibeli ngam-ngam saja.
  6. Tak cukup modal pusingan. Jika anda ambil kerja terlalu banyak sampai tak cukup modal beli barang, anda akan kekeringan duit. Maknanya perlukan modal untuk beli barang bagi menjalankan kerja. Oleh itu berhati-hati dengan jumlah penerimaan kerja jangan sampai tak cukup modal.
  7. Taukeh buat belian mengarut atau buat pelaburan lain. Ada juga kes bila syarikat ada duit lebih taukeh menggunakannya untuk bina perniagaan lain yang tak ada hubung kait. Ada juga taukeh yang beli barang entah apa-apa sekadar suka-suka sebab dia tahu perniagaan itu dia punya.

Sebenarnya, perkongsian berkenaan pengurusan cash flow ini saya dah pernah tulis sebelum in. Tapi mungkin dalam ayat dan cara berbeza. Namun begitu, perkara penting ini perlu sentiasa di ulang agar ianya melekat dalam kelapa untuk para usahawan melaksanakannya khasnya untuk diri saya sendiri.

Total
23
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge