Perlukah buat pinjaman perniagaan untuk berniaga?

By | 03/10/2013

Nak berniaga kena buat pinjaman perniagaan

Sebut saja pasal perniagaan, perkara pertama terlintas dalam kepala adalah ‘pinjaman perniagaan’. Kita biasa dengar orang cakap kalau pinjaman perniagaan mudah, dah lama aku berniaga.

Untuk berniaga kita gambarkan bahawa perlu buat pinjaman perniagaan terlebih dahulu daripada mana-mana bank atau institusi bantuan keusahawanan kerajaan. Bila dah lulus dan dapat pinjaman perniagaan tersebut, barulah boleh berniaga.

Memang itulah sikap orang kita atau setidaktidaknya memang itulah sikap saya sewaktu zaman muda belia dahulu. Pinjaman perniagaan seolah-olah perkara pertama dan utama yang lebih penting daripada perniagaan itu sendiri.

Wang pinjaman mesti ada dulu, samada perniagaan hidup atau tidak perkara kedua.

Dengan wang pinjaman yang banyak kononnya menjamin kejayaan

Sehingga sekarang saya sering berjumpa dengan mereka yang otaknya asyik berfikir bagaimana nak dapatkan pinjaman perniagaan mudah dengan jumlah pinjaman yang banyak. Alasannya adalah jika dapat wang pinjaman banyak, perniagaannya akan lebih besar, maju, laku dan dia akan jadi jutawan.

  • Bagi orang yang tak pernah menguruskan wang melebihi RM10,000, dia akan mengharapkan mana-mana manusia mulia atau bank atau kerajaan untuk menghulurkan bantuan pinjaman perniagaan padanya dalam linkungan RM1000.
  • Bagi mereka yang tak pernah menguruskan wang melebihi RM100,000, dia akan mengharapkan kalau-kalau boleh dapat pinjaman mudah dalam jumlah RM10,000 agar pinjaman perniagaan itu dapat membantun perniagaannya.
  • Bagi mereka yang tak pernah menguruskan jumlah wang yang melebihi RM1 juta pula, akan mengharapkan kalau-kalau dia dapat pinjaman mudah dalam jumlah RM100 ribu agar pinjaman perniagaan itu mampu melonjakkan lagi perniagaannya.

Ringkasnya kita sering mengharapkan duit pinjaman mudah dalam kadar 10% daripada kemampuan yang kita ada. Jika mereka yang dah biasa main lebih dari RM 1 juta, dia sendiri tahu bahawa setakat suntikan RM100 ribu hanya lekat dicelah gigi sahaja.

Kadar keperluan kita untuk berhutang atau buat pinjaman perniagaan sebenarnya bergantung pada tahap pengalaman kita sekarang. Dari pengalaman timbulnya imaginasi apa yang boleh dilaksanakan dengan jumlah wang yang ada.

Jika tiada pengalaman atau pendedahan, hanya mampu berimaginasi setakat RM10 ke RM15 ribu sahaja, sudah tentu terlalu sukar untuk merangka projek yang sebesar RM1 juta atau RM10 juta.

Oleh itu, apa yang sebenarnya menjadi punca kita berkemampuan menjana wang tanpa memerlukan sebarang pinjaman adalah keupayaan minda kita berfikir lebih jauh, melebihi keupayaan yang ada pada kita sekarang ini.

Untuk itu, kita hanya perlu teruskan berusaha dengan apa yang ada dan bersabar sehingga masa itu tiba.

Mulakan perniagaan dulu dengan apa yang ada

Sikap yang perlu ada pada usahawan yang mahu berjaya adalah sentiasa buat terlebih dulu dengan apa yang ada sekarang. Apa yang berkurangan, berusahalah selesaikannya. Lambat laun tentu ada jalan.

Ada banyak perniagaan dan ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memulakan perniagaan kita tanpa pinjaman perniagaan. Kalau kita menurut pesan Tun Mahathir, dia lebih suka usahawan mengeluarkan modal sendiri terlebih dulu dan meminjam hanya sedikit sahaja jika perlu.

Pesan Tun Mahathir, seeloknya usahawan keluarkan modal sendiri 80% dan selebihnya iaitu 20% barulah dicari pinjaman perniagaan daripada bank atau institusi penbangunan kerajaan.

Tapi yang biasanya berlaku adalah terbalik. Kita biasanya mengharapkan modal sendiri 20% dan buat pinjaman 80% dari bank. Jika perniagaan gagal, agak sukar untuk usahawan itu bangun kembali. Ramai kawan saya yang mengalami masalah sebegini dan mengambil masa yang cukup lama untuk pulih semula…(ramai yang masih tak pulih sampai sekarang).

Untuk pengetahuan pembaca, saya mula berniaga dengan zero modal sendiri. Saya berjaya buktikan tanpa modal kita masih boleh menjadi usahawan.

Perniagaan kedua saya selepas itu pula hanya bermodalkan RM2,500, itupun bukan duit sendiri. Seorang kawan yang menghadiahkan wang itu pada saya apabila saya memerlukannya untuk projek bisnes saya yang berikutnya. Dari situlah bermulanya perniagaan yang ada sekarang yang mencecah jutaan ringgit.

Buat dulu pinjaman perniagaan daripada keluarga dan rakan

Kalaulah anda memang teruk sangat, dan masih perlu meminjam sebab tak ada simpanan langsung macam saya dulu, fikirkan untuk mendapatkan pinjaman perniagaan daripada keluarga dan rakan yang rapat. Itu lebih mudah daripada mendapatkan pinjaman bank.

Apa yang penting adalah usaha untuk memulakan perniagaan secepat mungkin dengan apa yang ada agar kita terus belajar dan belajar. jangan membuag masa merangka kertas kerja demi kertas kerja sedangkan satu kerja perniagaanpun tak jalan.

Tapi ingat!!!, pinjaman adalah satu amanah yang anda tanggung dan perlu dilunaskan. Jangan sampai kepercayaan orang atau keluarga dan kawan-kawan pada anda lebur dengan sikap tak bersungguh-sungguh anda.

Ada juga kawan-kawan jenis yang asyik meminjam dari rakan demi rakan setiap kali projek baru perniagaan mahu dijalankan. Yang lucunya adalah kesemua projek perniagaannya hanyalah sekerat jalan dengan hutang tidak diselesaikan dan hutang baru pula dibuat untuk menjalankan projek perniagaan lain pula.

Jika anda punya ramai kawan-kawan yang boleh dikenakan mungkin tak apa, tapi jika anda tak ramai kawan-kawan, kemungkinan hidup anda untuk menjadi sukar dan tidak dipercayai oleh rakan-rakan adalah tinggi. Jadi jangan terlalu mudah pinjam dan kemudiannya buat hangat-hangat taik ayam.

Pinjaman perniagaan daripada pembekal

Kadangkala pembekal boleh menjadi sumber pinjaman perniagaan. Mereka boleh memberikan kredit pada barangan yang anda tempah dan membuat bayaran bila boleh dibuat bila perniagaan mula menjana duit.

Mencari rakan kongsi

Satu lagi cara untuk mendapatkan dana adalah dengan mencari rakan kongsi yang punya banyak wang. Atau sekurang-kurangnya, rakan kongsi yang punya banyak kemudahan perniagaan atau peralatan serta lain-lainnya.

Rakan kongsi ini boleh dijadikan sebagai penjamin untuk perniagaan baru yang anda mahu bina. Ia mestilah seorang yang punya reputasi baik walaupun mungkin dia tidak lagi ada banyak wang.

Cara ini memerlukan anda korbankan saham pemilikan syarikat yang anda ada.

Gadai rumah

Jika anda ada aset seperti rumah atau tanah dan seumpamanya, anda boleh gunakan semua itu untuk mendapatkan pinjaman perniagaan. Jika perniagaan gagal, hutang tak dapat dibayar, alamat semua yang ada itu akan tergadai.

Oleh itu, pastikan anda benar-benar sudah kira dan bersedia untuk menjayakan projek perniagaan anda itu. Jangan sampai semuanya tergadai.

Buat kertas kerja

Seperti yang saya tekan di atas, apa yang penting ialah anda perlu pastikan perniagaan berjalan dan bukannya menunggu duit masuk baru nak jalan.

Di samping semua usaha yang saya nyatakan di atas, jangan lupa juga buat kertas kerja untuk dibentangkan pada bank atau agensi kerajaan yang sesuai untuk mendaptakna pinjaman perniagaan anda.

Jika anda benar-benar berniaga, membuat kertas kerja untuk menceritakan pada orang lain atau pihak yang berminat bukanlah satu perkara yang susah. Ini di sebabkan semua maklumat sudah ada di dalam kepala anda hasil daripada keterlibatan anda dengan perniagaan itu selama ini.

Seandainya anda tak ada maklumat dan tak tahu tulis perniagaan anda di atas kertas, bermakna anda memang tak layak diberikan pinjaman perniagaan oleh sesiapa pun….nak berniaga apa kalau apa maklumatpun tak tahu.

Author: Shubhi

Penulis merupakan seorang usahawan. Memiliki beberapa syarikat sendiri dan perkongsian dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Selesa dengan gaya hidup yang sederhana dan ringkas. Selain menulis dan membaca penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui program HR Biz Coaching. Jika anda ingin berbual dan ajak penulis minum kopi O, sila whatassp ke 013-3360807

31 thoughts on “Perlukah buat pinjaman perniagaan untuk berniaga?

  1. farra

    Assalamualaikum. Alhamdulillah saya terbaca entry tuan 🙂 disini saya ingin meminta pandangan.

    Saya telah berniaga secara online selama 6thn. Mengunakan modal sendiri. Walaupun agak lama, tp saya yakin sekarang saya dah mampu utk langkah besar dalam perniagaan saya.

    Saya mempunyai sedikit modal dan bercadang utk mendapatkan modal tambahan lebih kurang 10k ke 15k shj.

    Pertanyaan saya adalah spt berikut

    1. Bank mana yg bagus utk pinjaman seperti inu

    2. Pendapat tuan adakah bagus saya membuat pinjaman utk menapung modal tambahan tersebut?

    Terima kasih tuan.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Tahniah puan ! saya gembira dan kagum dengan orang macam puan !

      Pinjaman kecil sebegitu seeloknya dapatkan saja daripada agensi bantuan kewangan kerajaan seperti MARA atau TEKUN. Tapi kalau nak Bank, saya cadangkan Bank OCBC sebab mereka agak mesra perniagaan kecil dan sederhana.

      Sediakan semua pernyataan bank duit keluar masuk, dokumen perniagaan / syarikat dan kalau boleh management account. Ikut semua syarat yang diperlukan oleh bank dan ambil masa jangan tergesa-gesa dapatkan duit.

      Yang penting usaha dan hasil yang ada sekarang diteruskan dan ditingkatkan

      Reply
  2. muhammad syafiq

    Flyers –
    Assalamualaikum, saya Syafiq Saiful dari SAS ADVISORY SERVICES boleh membantu anda dalam membuat kertaskerja untuk pembiayaan perniagaan dari PUNB, TEKUN, MARA & BANK. Pihak kami juga menyediakan servis untuk membuat I/Tax dan akaun syarikat. Boleh buat temujanji untuk berjumpa? Sila hubungi saya di talian 01128272175 / 0389262142/ 0389201254. Lawati laman web kami http://www.sas-advisory.com atau email kepada saya syafiq.sasadvisory@gmail.com

    Reply
  3. shah

    Saya pernah berniaga kedai makan tetapi tidak lama disebabkan saya bekerja. Faktor masa menyebabkan saya menarik diri dari dunia perniagaan. Siang bekerja , malam berniaga, masa bersama keluarga terabai. Kini saya cuba berniaga online dan menulis. Saya telah menulis beberapa kertas kerja perniagaan tetapi saya menghadapi masalah mengketengahkannya. Saya juga menulis proposal untuk kerajaan tetapi apabila surat cadangan atau emel pertanyaan dikemukakan tiada respon terbaik. Saya berkeyakinan tinggi, jika proposal tersebut dijayakan oleh kerajaan dan segala jentera kerajaan digerakkan matlamat dan keuntungan yang tinggi pasti tercapai. Saya mengharapkan idea saya dibayar secara royalti dan boleh berkembang sehingga ke luar negara. Apa pendapat atau cadangan dari tuan? Sila emel saya. Terima kasih atas bantuan tuan.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Biasanya proposal pada kerajaan kena ada dua faedah. 1. Political mileage dan 2. Faedah untuk rakyat

      Jadi perlu ada sokongan ahli politik yang berpengaruh untuk ketengahkan sebarang proposal sebegitu agar kedua-dua matlamat tercapai…sekadar pendapat saya Terima kasih luangkan masa datang ke sini.

      Reply
  4. diana

    Saya bermula dgn hanya buat baju nikah berharga diabawah rm300..mmg tak untung mana…tiada modal pon saya mulakan bisness ini..cuma saya design, dan customer bayar deposit..deposit itulah sy beli kain dan upah tailor jahit mengikut design sy..baki bayaran adalah untung sy..mmg pada awalnya untung tak berbaloi..tapi bila dah terbiasa buat bisness ni macam2 saya tahu..tempahan demi tempahan sy dapat kerana ramai yg berpuas hati melihat hasil baju pengantin yg sy hasilkan…sy berniaga secara online sahaja, maka tiada duit sewa butik yg sy perlu pikirkan…walaupun baru 2 tahun saya berniaga, banyak pengalaman n pengetahuan sy dapat..saya ada fikir nak buka butik, namun modal terlalu besar dan risiko agak tinggi memandangkan sy masih perlu bnyak berlajar…maka sy perlahan2 memikirkan strategi untuk berjimat dan menyimpan untuk membuka butik secara kecil2 sahaja dahulu..tq kpd penulis atas pencerahan yg membuatkan sy berfikir panjang sebelum sibuk nak buat pinjaman perniagaan…sbb mmg benar tanpa pengetahuan n pengalaman yg tinggi, takut2, perniagaan lingkup, hutang bertimbun nak kena bayar..tq2

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Terima kasih atas perkongsian ini. Saya doakan kejayaan anda …insyaallah!

      Reply
  5. kahlid abdul kadir

    hidup telah di tentukan dengan takdir yang memang tidak adil pada manusia,namun pasrah kerana kita hanya mampu berusaha.miskin dan kaya suatu yang sementara seperti datang dan perginya kita. tapi pada semua saudara islam tabah dan berserah kerana itu tujuan kita di bumi ini.berusahalah apa cara pun takdir hanya penghalang yang mahu menentukan manusia kerana itu mahunya tuhan. yang dapat bantu kita untuk niaga bukan bank tapi orang islam yang berpolitik dan berpangkat menteri,bank hanya sandaran mereka. JELAS .

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Rasanya takdir sentiasa adil dan tidak sesekali zalim kerana penentu Takdir itu Maha Adil

      Reply
  6. mohd lutfi

    Mcm mana kalau org susah mcm sy??susah kawan2 dan adik beradik nk bg pinjam..kerja pon gaji ckop2 mkn jaa..bos plak buat hal tak bayar gaji penoh..mcm mna tu??niat nk buka bengkel kereta tp xda modal..

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Saya kenal kawan yang buka bengkel dengan bermodalkan RM1000 utk bayar deposit sewa kedai dan selebihnya beli spana buatan China… kini berjaya ada dua workshop dan satu bengkel besar tahap kilang. Perniagaan berkemahiran seperti workshop kereta modalnya ada pada kemahiran itu… bukannya wang

      Reply
  7. onlajer

    nak meniaga guna duit sendiri tu la yang rasa alahai duit… aku sayang nya kalau apa2 terjadi duit aku , kalau pinjam bank err rasanya selamat lagi duit aku hehehe
    onlajer recently posted…Komisyen Pertama Bakar LemakMy Profile

    Reply
  8. Khairul Zamri

    kegagalan membuat sistem kewangan yg baik dalam perniagaan kita membuatkan kita gagal membayar kembali pinjaman perniagaan kita, perlu hati2 dan buat betul2
    Khairul Zamri recently posted…Dimana Gadis-GadisMy Profile

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Ya! betul tu, perlu berhati-hati dan bersungguh-sungguh menjayakan perniagaan

      Reply
  9. Ahmad Azhari

    Terima kasih untuk berkongsi artikel yang sangat menarik ! Daripada buat pinjaman perniagaan,lebih baik buat pinjaman buku perniagaan dari perpustakaan. Kos rendah. Hanya buat kad perpustakaan. Kan lebih senang ? Silap haribulan,bisnes bermula tanpa modal yang dipinjam ! Modal pertama bakal usahawan :- ilmu !
    Ps, pendapat je tu,dari pengalaman saya budak baru belajar !…..Wallahualam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge