Jika selama ini anda cari satu pedoman terbaik, bagaimana nak tingkatkan perniagaan.

Nak pergi seminar bisnes anjuran sifu handal negara, atau nak ambil khidmat coaching peribadi mereka, rasa tak mampu.

Mahal sangat.

Mula rasa marah. Rasa meluat kepada para sifu. Konon nak bantu orang ada masalah bisnes. Orang macam anda ni. Tapi bila nak ambil khidmat mereka, dikenakan bayaran tinggi. Harga bukan macam nak bantu orang susah berniaga!

Kalau ada rasa macam tu. Saya bantu anda sekarang. Ini tips yang bagi saya sangat “power”. Ringkas !. Tapi sangat berkuasa tinggi!

Tak payah bayar satu sen pun.

Percuma kesemuanya. Seperti yang anda nak tu.

Memang nak tolong la ni.

Nak tolong perniagaan anda sekarang, nak kongsikan bagaimana cara asas, mudah dan ringkas untuk tingkatkan perniagaan supaya sentiasa naik dan naik sehingga akhirnya anda jadi kaya raya dan boleh tolong orang lain pula.

Video panduan tingkatkan bisnes

Hari ini juga saya kongsikan satu video kat FB Page, dengan topik yang sama.

Video tu bukan rakaman saya berceramah berikan ilmu nak tingkatkan bisnes. Hanya video paparan kesemua slide yang saya gunakan setiap kali kongsikan ilmu yang sama pada usahawan.

Bila nonton video tu, jika anda berikan tumpuan, tak payah dengar penerangan saya pun insyaallah akan faham.

Sebagai usaha tambahan dari saya, untuk pastikan anda dapat penerangan lebih jelas, saya tambah lagi dengan artikel ini.

Artikel ini berikan penerangan untuk slide yang dipaparkan dalam video tersebut. Slide yang awal berkenaan flow bisnes dan apa kiraan yang anda perlu peka, catit dan pantau. Slide selanjutnya, saya 100% yakin anda bole baca tanpa perlukan penerangan.

Video tu diberi nama, formula rahsia melonjakkan prestasi syarikat.

Rahsia sebab ramai yang tak perasan betapa mudahnya langkah asas nak besarkan bisnes. Sebab itu mereka sanggup bayar mahal untuk dapatkan ilmunya.

Rahsia itu juga mudah, sebab kesemua asas untuk tingkatkan bisnes anda tu, sebenarnya ada dalam semua 5 proses yang menghasilkan duit dalam perniagaan anda sekarang.

Saya terangkan satu persatu secara ringkas.

Proses 1 – Berapa ramai orang tahu tentang bisnes anda

Semua pemilik perlu sedar bahawa inilah pencetus mula yang membawa kepada berlakunya jualan dalam apa saja perniagaan yang anda buat.

Selagi orang tak tahu anda wujud, selagi itu dia tak akan jadi pelanggan anda. Mustahil dia datang tanpa sedar lalu membeli produk atau servis yang anda tawarkan.

Dalam proses ni, tumpuan anda sebagai Taukeh adalah fikirkan macam mana semua orang kat seluruh kawasan, sasaran perniagaan anda, tahu yang anda ada kat situ.

Paling mudah nak tahu samada orang tahu ke tidak adalah dengan bertanya.

Setiap orang yang anda jumpa, cuba tanya tahu tak pasal syarikat anda?

Selagi jumpa ada orang yang geleng kepala kata tak pernah dengarpun nama syarikat macam tu, selagi itulah kerja anda tak habis lagi.

Katakan secara kasar, anda rumuskan ada 10 ribu orang dah tahu pasal syarikat dan bisnes anda sekarang.

Kita pergi ke proses 2 pula.

Proses 2 – berapa ramai datang beli

Tahu saja tak cukup. Perlu dilanjutkan lagi supaya dia datang dan beli buat pertama kalinya produk atau servis anda.

Maknanya dari sekadar prospek sebelum ini, dia dah bertukar jadi pelanggan anda. Dia convert jadi customers, kata orang putih.

Anda perlu kira peratusan setiap pelanggan yang tahu pasal bisnes anda tu menjadi pelanggan. Kita buat andaian yang peratusannya adalah 10%.

Ertinya setiap kali anda keluar beritahu dan terangkan pasal bisnes tu kepada 100 orang yang baru, akan ada 10 orang yang datang membeli. Mungkin anda pergi jumpa sendiri, mungkin anda iklan kat FB atau Google dan ada 100 orang klik.

Dari 100 orang yang klik tu, 10 keluarkan duit dan beli produk atau servis anda.

Ini membawa kepada proses ke-3 dalam perniagaan anda.

Proses 3 – Berapa purata setiap pelanggan berbelanja

Cuba kira setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, berapa purata seorang pelanggan anda berbelanja dapatkan produk atau khidmat anda.

Untuk dapatkan jawapan ini, anda terpaksa kira berapa orang yang jadi pelanggan setiap hari.

Kalau jual nasi lemak, kira berapa ramai datang. Beli saja tasbih eletronik tu, tekan setiap kali ada pelanggan datang dan beli, macam pramugari kira penumpang atas kapalnya.

Habis berniaga petang tu, anda dapat tahu berapa orang pelanggan anda.

Kemudian kira pula berapa sales yang anda buat hari tu. (Saya yakin amalan kira jumlah sales masuk dah dok buat dah selama ini. Itu asas yang tak payah nak beritahulah kan!)

Untuk kira purata setiap orang pelanggan anda berbelanja kepada bisnes anda tu, hanya perlu kira jumlah jualan bahagi dengan jumlah pelanggan.

Jika jualan anda hari tu adalah RM1,500 dan jumlah pelanggan adalah seramai 10 orang,

Purata belanja setiap pelanggan: RM1,500 / 10 = RM150

Buat kiraan yang sama untuk seminggu dan seterusnya untuk sebulan. Disebabkan anda kira setiap hari berapa jumlah pelanggan datang, mudahlah nak kira untuk seminggu dan sebulan. Campur saja keseluruhannya.

Setiap bulan anda wajib kira berapa jumlah jualan dan berapa orang pelanggan. Anda bahagikan jualan dengan jumlah pelanggan, maka dapatlah nilai belanja setiap seorang pelanggan anda.

Dalam bisnes workshop, yang selalu saya ajar, jumlah pelanggan di sebut “Intake”. Pergi tanya kesemua pusat servis apa saja jenama kenderaan dari Jepun sampai ke Jerman, mereka boleh berikan angka ‘intake’ pusat servis mereka setiap hari. Mereka juga tahu dengan tepat purata belanja setiap pelanggan yang masuk ke pusat servis mereka dari sejak mula mereka berniaga sampai sekarang.

Untuk anda yang bisnes lain, boleh pakai nama ini juga. Sebut saja sebagai intake. Itu maklumat penting untuk anda kira, pantau dan hafal. Ia penting kalau anda ada niat nak maju dan tingkatkan perniagaan anda sekarang.

Sekarang kita pergi ke proses yang ke-4

Proses 4 – Kekerapan pelangan yang sama datang

Dalam tempoh setahun, jika anda punya bisnes jenis cepat ulang beli, kena kira kekerapan dalam tempoh sebulan atau mungkin sehari.

Untuk tujuan inilah kenapa orang berniaga terpaksa guna sistem. Supaya mudah kira dan dapat segala maklumat ini dengan jelas dan betul. Semua rekod pelanggan akan dimasukkan ke dalam sistem. Jumlah transaksi setiap pelanggan akan dapat diketahui dengan tepat.

Penciptaan kad loyalty adalah proses untuk kira maklumat ni. Itu tujuan utama sebenarnya. Bukan nak bagi hadiah sangat pun.

Bila anda tawarkan point atau apa-apa saja bentuk kelebihan, maka setiap kali pelanggan datang, dia akan berikan maklumat kad kesetiaannya untuk kemas kini. Dan anda akan dapat kira berapa kali dia datang dalam tempoh semingu atau sebulan atau setahun.

Katakan setelah anda cari jalan untuk kira kekerapan setiap pelanggan datang adalah 2 kali setahun. Itu kiraan purata.

Kalau ada 10 pelanggan, ada yang datang 5 kali setahun, ada yang datang sekali saja setahun, ada yang datang 2 kali setahun. Kira jumlah semua kekerapan tu dan bahagikan dengan jumlah pelanggan. Dapatlah purata berapa kerap seorang datang dalam tempoh setahun.

Kesemua proses dari Proses 1 sehingga proses 4 membawa kepada jumlah jualan yang bisnes anda buat dalam tempoh setahun.

Nampak tak!

  • Dari 10 ribu orang tahu, 10% jadi pelanggan. Iaitu 1000 orang pelanggan
  • RM150 perbelanja setiap pelanggan
  • 2 kali datang beli

Anda menghasilkan RM300,000.00 jualan setahun !

Membawa kita ke proses terakhir dalam bisnes anda, iaitu ..

Proses 5 – Berapa margin untung bersih

Ini perkara paling penting yang anda wajib buat. Kira jualan, kira untung kasar kemudian kira kos tetap dan dapatlah jumlah untung bersih yang perniagaan anda hasilkan.

Jumlah untung bersih tu, bahagikan dengan jumlah jualan, anda dapat margin peratusan untung bersih perniagaan anda.

Katakan tahun sudah, anda buat 10% margin untung bersih.

Jadi, anda ada RM30,000 duit dalam akaun bank anda tahun lepas. Itu jumlah yang bisnes anda hasilkan setelah tolak kesemua kos termasuk gaji anda sendiri dan sebagainya.

Ada baki lagi RM30 ribu, kena bayar cukai perniagaan dan bayar zakat perniagaan dan bakinya, boleh sedekah kesemuanya kat masjid, jika itu yang anda mahu. Atau laburkan semula ke dalam perniagaan anda supaya jadi lebih mantap dan boleh bantu orang lebih banyak lagi di masa hadapan.

5 formula asas tingkatkan bisnes

Sekarang anda dah nampak kesemua perkara asas yang berlaku dalam perniagaan anda dari A ke Z sehingga menghasilkan keuntungan dalam bsines tu.

Apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah aktiviti tingkatkan kesemua nombor yang dah diukur tadi.

  • Dari 10,000 orang tahu, naikkan lagi 10% supaya jadi 11,000
  • Dari 10% yang tukar jadi pelanggan, naikkan 10% kepada 11%
  • Dari purata belanja seorang pelanggan RM150, naikkan 10% kepada RM165
  • Dari kekerapa 2 kali datang, naikkan 10% kepada 2.2 kali
  • Dan dari untung bersih 10% naikkan 10% kepada 11%

Kesemua peningkatan kecil 10% dalam setiap satu dari proses bisnes anda itu akan membawa kepada peningkatan sebanyak 61% untung bersih yang anda hasilkan pada keseluruhan perniagaan anda.

Itulah formula rahsianya!

Sekarang pergi lihat semula satu persatu. Cari jalan macam mana nak naikkan angka setiap satu urusan tersebut. Ada saya kongsikan secara ringkas dalam video tu. Tengok setiap slide satu persatu dari mula dampai habis untuk mudah faham.

Jika anda rasa semua ini bermanfaat, kongsikan pada seramai mungkin kawan-kawan yang berniaga. Jangan anda pula kemut, kedekut, tangkai jering tak mahu kongsikan apa yang anda belajar supaya semua orang lain dapat naik sama.

Kongsikan artikel ini juga pada kawan-kawan.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge