bagaimana jadikan perniagaan banyak untungSiapa yang tak mau perniagaan untung banyak? orang yang tak berniagapun kalau ditanya samada mahu perniagaan untung banyak atau tidak, dia akan angguk laju!. Apatah lagi jika anda sedang berniaga, tentu mahu mengaut keuntungan hasil daripada perniagaan yang sedang dijalankan.

Ramai orang yang berniaga tahu prinsip asas apa yang dikatakan sebagai untung dalam perniagaan. Formulanya ringkas saja dan tak perlu masuk kolej atau universiti untuk memahami perkara itu:

Untung = (Jumlah duit masuk) – (Jumlah duit keluar)

Mudah bukan?, sebab ianya terlalu mudahlah, maka ramai yang menjalankan perniagaan tanpa memantau urusan perakaunan.

Senang maaa!, selagi ada baki duit dalam poket setiap kali selepas selesai urusan perniagaan, itu tandanya untung ler…!

Perniagaan untung banyak mana?

Sikap tidak mencatit dan mengira dengan terperinci sebegitu, bakal membuatkan seseorang peniaga tak pasti samada peniagaan yang dijalnkannya untung bayak atau untung sedikit.

Sikap sebegitu juga membuatkan peniaga tak tahu berapa sebenarnya keuntungan yang dia raih setiap kali habis menjalankan perniagaan.

Kita perlu tahu dengan tepat berapa untung dan berapa rugi. Kalau banyak, banyak mana? kalau sedikit, berapa?, kenapa?. Kita juga perlu tahu berapa keuntungan satu hari, berapa keuntungan seminggu, berapa keuntungan sebulan.

Kita juga perlu tahu samada, ada duit yang keluar masuk dalam perniagaan tersebut disalah gunakan untuk urusan rumah tangga atau kehidupan lain yang tak ada kena mengena dengan perniagaan.

Keadaan bertambah parah apabila kita ada dua atau tiga perniagaan, dan kesemua sumber duit keluar dan masuk kita campur adukkan.

Bertambah parah lagi apabila kita campur adukkan pula duit keluar masuk sekali dengan kos sara hidup, makan minum suami isteri dan anak-anak…dan tambah lagi pula urusan minum dengan kawan-kawan, belanja saudara mara dan belanja aktiviti sosial seharian…..lepas tu kita hairan kenapa dah berniaga 10 tahun macam tu jugak!

Alat ukur perniagaan untung banyak atau sikit

Kalau berat badan diketahui dengan alat penimbang, keuntungan dalam perniagaan pula diketahui dengan alat atau sistem perakaunan.

Sekadar tahu berat badan berapa tidak membawa sebarang makna jika kita tidak cari sedikit maklumat apa yang boleh dibaca dari berat yang kita ada. Berat berlebihan kah? berat berkurangan kah? berat ideal kah?

Oleh itu perlu ada ilmu untuk menggunakan maklumat terhadap berat badan kita. Kalau kurang apa maknanya dan nak kena buat apa. Kalau lebih apa maknanya dan apa perlu dilakukan?

Begitulah juga dengan sistem perakaunan. Ada seribu satu maklumat dalam sistem perakaunan yang boleh dibaca untuk menentukan tahap kesihatan sesebuah perniagaan. Ada cash flow, ada balance sheet, ada pernyataan profit & lost dan lain-lain lagi.

Urus cash flow dan jadikan perniagaan untung banyak

Untuk perniagaan kecil, cukup sekadar kita menguruskan cash flow sahaja terlebih dahulu untuk pastikan perniagaan untung banyak. Berikut antara maklumat yang boleh kita baca dari cash flow:

  1. Apakah jumlah minimum jualan yang mesti dicapai dalam tempoh sebulan (atau seminggu atau sehari).
  2. Apakah hasil jualan kita mencapai tahap minimum itu sepanjang masa.
  3. Jika ya! kenapa?, dan jika tidak kenapa dan apa cara nak atasinya?
  4. Apakah status kawalan hutang perniagaan kita. Penghutang dan pemiutang.
  5. Adakah kita ada banyak jumlah hutang lapuk.
  6. Apakah wang tunai kita terperap banyak pada bahan mentah dan berapa lama diperlukan untuk tunaikannya semula.
  7. Adakah kita kekurangan modal tambahan untuk melancarkan atau membesarkan perniagaan.
  8. Apakah pemilik belasah duit perniagaan melebihi daripada yang sepatutnya.
  9. Apakah harga yang kita letakkan terlalu murah
  10. Apakah produk yang paling laris dalam perniagaan kita
  11. Apakah produk yang tak guna dan perlu dimansuhkan
  12. Apakah kita berlebihan pekerja
  13. Dll

Memang banyak sangat kalau nak disenaraikan dan semuanya membuatkan perniagaan menjadi sesuatu yang menyeronokkan.

Kalau anda suka buang masa main chess memikirkan strategi untuk memang, tentu anda juga berupaya main chess dalam perniagaan dengan melihat data cash flow.

Begitulah secara ringkas perkongsian saya kali ini dalam bab nak jadikan perniagaan untung banyak. Ini merupakan perkara nombor dua yang akan saya serang  setiap peserta personal business coaching saya tanpa belas kasihan jika mereka memang bersemangat nak berjaya dan menjadikan perniagaan untung banyak.

Jika anda rasa mahu dapatkan khidmat personal business coaching dari saya sila berhubung dengan saya segera….
[squarebox id=4] Nota: Semenjak dua menjak ini, kesibukan melanda diri sejak masuk tahun baru akibat daripada urusan penyesuaian diri untuk meringkaskan semula aktiviti kehidupan dan urusan mengklasifikasikan mana yang perlu dibuat dan mana yang perlu ditinggalkan. Saya perlu pastikan hanya aktiviti mendatangkan hasil saja diterus dan digandakan, seterusnya mencapai matlamat menjadikan perniagaan untung banyak….sebab itu kurang artikel.

Total
6
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge